Sexual Harassments Di Pejabat Oleh Ex-CEO Yang Tidak Sihat

Beberapa hari lepas, berlaku satu hal di pejabat. Dan ini bukanlah yang pertama kali.

Seorang intern — baru, muda, diganggu secara fizikal oleh seorang individu warga emas dalam syarikat. Dia bekas orang besar. Bergelar D*.

Dulu dihormati, sekarang kesihatan dia makin merosot, dan kadang fikirannya tak stabil. Walaupun syarikat kini diuruskan oleh anaknya, D* masih datang ke pejabat.

Katanya, doktor sarankan begitu — supaya dia tak terperuk di rumah, supaya dia tak makin murung.

Tapi setiap kali dia datang, kami semua berjaga. Sebab ada masa dia “bergurau” dengan staf perempuan — tepuk bahu, pegang tangan, sentuh pinggang.

Mungkin dia fikir itu hal biasa. Tapi bagi yang kena, ia tinggalkan rasa tak selesa yang dalam.

Dan kali ni, yang jadi mangsa adalah seorang intern.

Dia cuba simpan, tapi akhirnya dia bersuara.

Dia dah buat laporan kepada pensyarah universiti — dan tindakan sedang diambil.

Saya dan team dah cuba macam-macam.

Kalau tahu Dato’ datang, kami akan stay dekat. Alert.

Tapi kami pun manusia. Tak mampu ada setiap saat. Tak semua masa kami boleh ada untuk protect orang di floor tu.

Benda ni bukan baru. Dah lama berlaku. Tapi ramai yang pilih untuk diam. Ramai yang anggap “alah, dia tak sengaja” atau “biarlah, dia dah tua.”

Tapi bila banyak kali jadi — dan makin ramai rasa tak selamat — kita tak boleh lagi pura-pura semuanya okay.

Yang paling berat nak diterima… kenapa keluarga dia tak ambil kisah?

Kenapa dibiarkan macam tu saja?

Macam dah penat nak urus. Macam lepas tangan dan serahkan tanggungjawab tu pada staf syarikat.

Saya tulis ni bukan sebab nak aibkan sesiapa. Tapi sebab saya percaya, kalau kita sayang tempat kerja kita — kita tak boleh biar budaya “diamkan saja” ni berterusan. Kena ada suara. Kena ada batas.

Intern tu berani bersuara. Kita pun patut sama.

Tempat kerja sepatutnya jadi tempat yang selamat. Bukan tempat orang muda rasa takut. Bukan tempat orang senyap sebab nak jaga ‘nama’.

Kalau benda tu salah — ia tetap salah.

Tak kira siapa. Tak kira tua mana. Tak kira tinggi mana jawatan dia dulu.

Everyone should speak up.

Jangan tunggu sampai ada mangsa seterusnya.

– MalekEzekiel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. malang. kesian anak2 baru nak kenal dunia pekerjaan. moga sentiasa ada pembelaan. usah biarkan harimau tua bermaharajalela. kesian. Allah beri umur panjang supaya perbanyakkan amal soleh & perbanyakkan taubat. masih tak sedar diri bererti hati mereka tak pernah digilap. moga Allah campakkan taufiq & hidayahNya.

  2. Musibat punya orang tua…ni esok esok mati dalam kehinaan

    Ya jangan takut bersuara.
    Kena berani.Aku paling benci gangguan seksual MCM ni…

  3. ala org tua biasala terkena sikit. bdan dah xkuat. intern tu pun xperlu nk lebih2 konon dinodai padahal nk perhatian je

    • dok kena kt hang mmg snng la ckp nk perhatian bagai. tau badan x kuat buat apo dia duk mai dtg ofis? org tua tu siap pegang2 pinggang tau.tak normal. mmg patut budak intern tu bersuara.

  4. eh, hangin plak aku dgn enabler gini. tolong protect intern tu in all cost. jd pape, apa pon dh tak guna. tak kisah la dato’ ke tan sri ke.. ko igt ko ada reta, semuanya boleh beli. please ye. tua2 nak mampus, dah bau2 tanah pon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *