Sexuality Confusion In Life

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau post ni berjaya ditapis dan dikongsi.

Aku nak buat confession dekat sini yang aku keliru dengan seksualiti aku.

Aku ni lelaki tapi aku ada perasaan pada lelaki dan perempuan. Senang kata, bisexual laa.

Tapi sekarang aku bukan nak kongsi cerita pasal crush aku dekat perempuan sebab benda tu normal. Aku nak cerita pasal crush aku dekat lelaki.

Aku mula ada feeling dekat lelaki bila masuk sekolah menengah. Nampak yang hensem sikit, mulalah mengada nak crush.

Tapi tak ada siapa yang aku betul-betul usha sampailah masuk diploma aku tercrush dengan classmate aku. Dia memang straight dan ada girlfriend, tapi masalahnya aku perasan je dia usha aku jugak.

Banyaklah kes-kes yang terjadi buatkan aku tahu dia ada feeling jugak dekat aku sebab bukan aku je kantoi time usha dia, dia pun banyak kali kantoi dengan aku.

Tapi aku tak layankan perasaan ni sebab aku masih boleh kawal diri, jadi aku elakkan berkawan dengan dia supaya feeling ni tak terbawak jauh.

Jadi selama tiga tahun diploma memang aku tak bertegur sangat dengan dia dan maybe sebab aku tak tegur dia, dia pun tak tegur aku.

Alhamdulillah, selamat tiga tahun aku tak buat benda bukan-bukan cuma kami termain mata laa kadang-kadang.

Ingat masalah aku berhenti sampai situ sebab dah habis belajar, rupanya rezeki aku panjang aku dapat sambung degree pulak.

Time degree ni aku ramai kawan tapi tak ada siapa pun yang aku nak crushkan sampailah aku masuk semester 3, kawan aku sorang ni entah macam mana dah tarik perhatian aku.

Aduh terus aku macam “kes diploma balik la ni”. Aku memang tak nak layan perasaan ni sebab aku takut jadi macam dulu, terus tak berkawan.

Rupanya aku tak kuat dan benda jadi jugak, dan lebih teruk aku dengan dia berkawan baik.

Tapi Alhamdulillah, Allah nak selamatkan aku, tiba-tiba aku lost contact dengan dia.

Sebab apa aku tak tahu dan dia pun bukan sama course dengan aku, jadi possibility untuk sekelas tu memang sikit.

Jadi aku tak perlu risau untuk terjumpa dia dan layan perasaan aku ni.

Tapi jadi problem untuk aku bila one day dia add FB aku, yang buatkan aku rasa dia nak keep in touch dengan aku balik.

Tapi tak tahu macam mana sampai dia tegur aku dekat FB chat, tapi aku balas ala kadar je supaya perasaan aku ni tak hanyut.

Tapi aku lemah jugak laa sebab walaupun aku tak bersembang dengan dia, aku tetap perhatikan aktiviti FB dia.

So siapa-siapa yang boleh tolong aku, tinggalkanlah komen-komen murni anda supaya dapat bantu aku.

Atau sesiapa yang pernah alami benda yang sama, kongsikanlah macam mana kau deal dengan benda ni.

Sekian terima kasih.

– bro konfius (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. cuba bro keluar tengok alam, bersatu dengan alam, hirup udara segar.. pergi brisk walk ke, hiking ke, g pantai ke? tenangkan sikit otak tu, jangan dilayan sangat perasaan tu

  2. jgn layan perasaan suka sejenis ni, berpotensi untuk jadi lebih teruk dan takut nanti kamu tk boleh kawal diri, terus hanyut, apa yg kamu buat tu betul, jgn ikutkan dan jarakkan hubungan kamu dgn mana2 lelaki yng kamu suka, bila dh terjebak, susah nk kembali ke pangkal normal, jadi bnykkan berdoa mohon bantuan Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *