Putus Kerana Hiking

Assalamualaikum wbt. Dulu aku menerima lamaran seorang mamat negeri di bawah bayu. Memang impian aku daripada sekolah Menengah lagi nak kahwin dengan orang jauh. Masa tu dirasakan satu impianku sudah terkabul.

Detik perkenalan hanyalah kerana sebuah nasihat yang dikatakan oleh mamat tu, aku memberi nasihat seperti nenek kebayan. Disebabkan nasihat nenek kebayan ini lah mamat tu jatuh hati sebab tiada seorang pun berani bagi nasihat kat dia sebelum ini.

Detik nak minta nombor pula, bukan main old style. Mamat ni pura-pura minta mahu copy cerita running man yang popular dikalangan pelajar uia masa tu. Aku pula ada full episod.

Detik memulangkan semula disk yang dipinjamya, terselit nota pada satu folder. Bila aku baca, mak aiii, romantiknya lahai. Kandungan notanya sudah tentu ayat berbunga-bunga, boleh buatkan mana-mana hati para gadis cair.

Lama-kelamaan dia jadi serius dengan lamarannya dan aku sudah buka hati untuknya.

Dalam 5 tahun aku jadi calonnya. Tak pernah dating, tak pernah call, meseg jarang-jarang dan no sweet2. Kerana aku dididik untuk menjaga kemanisan2 sebelum kahwin. Lagipun aku memang garang orangnya dan berpegang dengan batas2 Islam gariskan.

Jadi macam mana aku bercinta?

Sebenarnya ianya tak bercinta pun. Lebih kepada taaruf. Namun, taaruf yang diikuti dengan harapan dan kesetiaan. Sepanjang 5 tahun aku setia dengannya kerana tiada keperluan untuk aku mencari yang lain. Segala urusan berkaitan mamat itu biasanya kakak aku dan adik aku yang uruskan. Orang tengah.

Pernah sekali, mamat tu datang masa Hari Convocation dengan tujuan untuk meminta izin merestukan hubungan ini di hadapan keluarga yang datang. Nasib baik ada keluarga yang jadi jurucakap. Aku hanya kelu.

Paling lucu, saat kakak aku menolak aku ke belakang untuk bercakap sepatah dua dengannya. Aku hanya boleh cakap 4 perkataan sahaja, “terima kasih kerana datang” sambil menundukkan kepala tak berani memandangnya.

Serius masa tu jantung aku bagai nak terlompat bila berhadapan dengan mamat ini. Kakak aku hanya menggelengkan kepala. Macam mana nak kahwin kalau malu macam ni. Aku hanya senyum. Itulah keistimewaan hubungan ini.

Sekian lama taaruf, mamat ni sangat memahami dan toleransi dengan sikap aku yang tidak suka itu dan tidak suka ini. Boleh dikatakan aku dilayan sebagai puteri.

Sehinggakan trip hiking aku pun dia sponsor. Ye lah masa tu masih belajar, duit tak berapa nak cukup. Dialah supporter terbaik aku. Hampir semua mengetahui pasal aku. Sehinggakan daripada balasan meseg je pun dia sudah tahu mood aku baik ke tak. Sangat memahami.

Cuma, kelemahannya ialah dia terlalu protective sehinggakan rasa insecure dengan kawan2 sekelilingku terutama kawan hiking aku. Setiap komen yang ada dalam fb aku dia baca. Dia tahu aku berkawan rapat dengan siapa dan akan add orang itu.

Mostly dia tahu siapa kawan2 baikku dan siapa kawan hikingku. Boleh dikategori sebagai stalker lah. Kalau parah, aku sendiri pun akan rasa rimas bila ada orang yang terlalu mengambil tahu.

Mula2 aku masih boleh terima kerana mungkin tandanya sayang. Tapi, aku sendiri tak dapat nak control komen-komen orang terutama apabila ramai kawan dalam dunia hiking. Beberapa kali jadi isu pergaduhan kerana baginya hobi aku sudah melampau.

Melampau dari segi mana aku tak tahu. Tapi, apa yang aku sanggah dengan kata-katanya ialah dia bagitahu orang yang suka pergi hiking ini adalah kerana nak cari jodoh.

Astargfirullah! Aku sudah 5 tahun dalam dunia hiking tidak terfikir ke arah situ pun. Walaupun aku bagi penjelasan kenapa aku pergi hiking, alasan aku semuanya tidak diterima.

Akhirnya, mamat ni suruh aku berhenti hiking jika aku memilihnya. Aduhh, masa inilah aku tersepit dan dilema antara mengalah atau berdegil. Keluarga aku pun tidak halang hobi aku dengan ugutan seakan ini.

Setelah berbincang dengan keluarga, mendapatkan pandangan dari sahabat dan ustazah yang disayangi, akhirnya aku memilih untuk meneruskan aktiviti hiking.

Ya, itu hanya keseronokan sementara, tapi itulah side income aku. Aku hiking sambil bekerja bukan kerana seronok je. Dan aku dinasihatkan untuk mencari jodoh kaki outdoor juga baru sekufu. InshaAllah jika berjodoh.

Di sini boleh disimpulkan. Jodoh yang tidak sekufu ini bersiap sedialah menghadapi pelbagai dugaan.

Islam sendiri mengajarkan kita untuk mencari pasangan yang sekufu. Biarlah enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Jangan risau jika masih single kerana ramai lagi di luar sana masih single. Aku pun masih single. Tapi, dek kerana umur masih 20 an, belum diwajibkan berkahwin lagi.

Wassalam. Sekian.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *