Sharing is Caring

Assalamualaikum semua..

Izinkan abam mengulas sedikit isu yang sedang hangat diperkatakan, yakni berkaitan isu pelajar tak makan dan juga isu pemberian makanan.

Isu si penerima:

Seperti yang dah sedia maklum, banyak sangat bantuan yang telah disediakan. Namun, adakala abam tengok macam tak wujud pula pelajar yang kurang berkemampuan ni.

Manakan tidak, tiap kali ada sahabat-sahabat yang nak kongsi rezeki melalui pemberian makanan, sorang pun susah nak muncul. Apatah lagi yang mahu mengesyorkan kepada rakan-rakan yang dikenal pasti kurang berkemampuan.

Mungkinkah kita belum cukup mengenali sahabat-sahabat sehinggakan tidak mengetahui seorang pun yang kurang berkemampuan?

Malah, bagi mereka yang berkenaan, amat susah nak mengaku… malu… segan… kononnya nak berdikari, tak nak mengharapkan bantuan orang lain.

Kita tak minta pun anda umumkan kepada public, “saya tak mampu”, “saya miskin”, PM/ WhatsApp/ mesej sahaja dah cukup. Jangan sombong bila Allah nak bagi rezeki.

Abam pun bukan orang senang, abam pun dari golongan yang kurang berkemampuan (financially), tapi bila kita ada rezeki lebih, apa salahnya kita kongsi?

Kenapa perlu malu merasa diri ‘miskin’? Setiap kita ini dijadikan untuk manusia lain melakukan kebaikan.

Isu si pemberi:

Ada yang mengatakan golongan pemberi ini hanya akan membantutkan kreativiti dan survival hidup seseorang. Tetapi apalah gunanya survival hidup hanya untuk diri sendiri?

Kerana itu abam lebih menyokong pemberian makanan berbanding duit perbelanjaan. Depa failed exam sebab tak mampu beli buku, tapi depa tak mati pun, tak sakit pun. Tapi kalau depa tak makan, tu yang sakit, pengsan, sampai keluar berita.

Untuk tujuan-tujuan lain tu, maka barulah pandai-pandai depa untuk ikhtiar. Terbantutkah kreativiti hanya dengan memberi makan? Biar failed exam, jangan failed jadi manusia.

Isu parasit:

Parasit ni ada dua. Satu, yang suka ambil kesempatan.

Bila dah terang-terang si pemberi bagitahu untuk mereka yang kurang berkemampuan, alih-alih yang berkemampuan ni pula yang minta. Kononnya nak berjimat. Kononnya sebab malas nak keluar. Kononnya duit dah sikit sebab banyak berjoli/shopping.

Kedekut dengan diri sendiri, jangan sampai Allah juga kedekut nak bagi rezeki. Usah ditanya mana silapnya diri.

Satu lagi parasit, jenis yang suka cari buruk orang yang nak buat/terima kebaikan. Dia nak sedekah, lantak pi la dia. Dia nak ambil kupon suspended meal/makanan bantuan, lantak pi la dia.

Ya, dengan memberi makan takkan selesaikan masalah, tapi sekurang-kurangnya tidak pula menambahkan masalah. Hanya golongan yang negatif ini sahaja yang bermasalah.

More and more people become selfish…

Many people take for granted…

Where is the love?

Sekian…

– Abam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *