Untuk part I, (https://iiumc.com/she-fell-first-he-fell-harder/).
Nak tahu kan apa jadi dengan si Iqmal ni? Meh nak share. Sorry lambat, kitonyo busy.
One fine day, aku lepas balik solat Dhuha dekat surau. Aku lalu kaki lima nak ke kelas. Tiba-tiba ada suara sorang lelaki dari belakang cakap dekat aku, “Tumpang lalu.”
Aku pun berhenti lah sebab nak menoleh. Lelaki tu terlanggar aku. Rupanya lelaki tu dia. Maksud aku Iqmal! Kitorang pandang each other.
Time ni, sumpah jantung aku macam nak gugur, mix feeling weyh. Rasa rindu yang aku kuburkan tu macam keluar balik ke dunia. Haha. Aku mula la nak tegur dia, tapi dia berlalu pergi macam tu je. Terkedu beb aku. Dia jalan cepat gila.
Sumpahlah time ni rasa nak nangis. Takkan la dia tak perasan yang tu aku. Mustahil la tak perasan. Atau dia sebenarnya mengelak dengan aku. Dia buat aku macam stranger. Sangat. Terlalu banyak persoalan dalam fikiran aku.
Aku ni punya lah ingatkan dia pindah sekolah ke, kena gantung sekolah ke. Bila jadi macam ni, takkan aku nak fikir dia hilang ingatan pulak kan.
Dua kali kitorang terserempak actually. Kali kedua dekat tangga, dia macam random. Lepas jumpa dekat surau, berapa minggu macam tu baru terserempak balik. Kenapa lah macam Chipsmore sangat eh budak ni. Tapi kali ni aku sempat tanya dia.
“Iqmal, kenapa dengan kau eh? Kenapa mengelak jumpa aku?” Aku pandang je muka dia waktu ni.
“Takde apa lah. Entah. Takde jodoh mungkin.” Dia balas sambil mengelak bertentangan mata dengan aku.
Dua kali dia bercakap pasal ‘jodoh’, tapi kenapa feeling nya kali ni berbeza. Kali ni rasa hancur. Macam ni je dia mainkan hati aku. Tak bercinta pun boleh broken. Hebat tak hebat aku ni hmm.
Sejak kejadian tu, aku kalau boleh memang tak nak terserempak dengan dia langsung. Tapi aku tak tahu la ketentuan Tuhan tu kan, asyik laa aku ternampak dia. Bukan terserempak tau, tapi aku ternampak dia dari jauh macam tu.
Literally, di mana-mana mesti ternampak dia. Aku pergi subuh, aku lalu kaki lima, dalam DM (Dewan Makan), even dia lalu depan kelas aku sekali pun mesti akan ternampak dia. Ujian apa pulak dah kali nih. Bila rindu tak jumpa, bila cuba melupakan hari-hari pulak nampak batang hidung.
Betul lah orang cakap rindu tu berat. Aku cuba kurangkan fikir pasal dia tapi tak berjaya.
Mostly hari-hari aku akan tulis sesuatu tentang dia. Sampai tahap, dalam sujud tahajjud aku pun, aku doa dekat Tuhan, kalau betul Tuhan tak redha dengan perasaan aku saat tu, buangkan lah perasaan tu jauh-jauh.
Menangis sebab lelaki.. Siapa kat sini pernah lalui? Lagipun aku dengan dia hanya sebatas kenangan sepanjang beberapa hari je. So yes, I’m okay Kenchana! (Huhuu sob sob konon dah move on).
Masih tak tahu kan, apa jadi dengan Iqmal ni sampai sebulan tak nampak batang hidung.
Bila aku balik cuti sekolah, dia ada direct message aku. Dia cakap dia minta maaf sebab buat aku tunggu. Dia accident patah tangan and recover dalam sebulan jugak, plus sebenarnya dia dah ada girlfriend.
Lahhh. Lepas tu layan aku macam diri tu single tu apesal..
Awek dia pulak dikenali satu sekolah kitorang. Jumpa bila ada pertukaran pelajar atau game tournament. Dah tak memasal nak kena figure out siapa perempuan tu. Sebab tu lah Iqmal mengelak jumpa aku. Tapi takpelah, aku cut off dia kat situ je. Redha je la ek.
Fast forward, setahun jugak berlalu. Kitorang memang takde bertegur and aku pun dah slow down. So aku boleh belajar sungguh-sungguh tingkatan 4 tu. Tanpa perlu hilang focus pikirkan lelaki.
Alhamdulillah dapat naik pentas lagi and boleh flex depan si Iqmal hehee sebab dia tak naik pentas pon (Padan muka).
Masuk tingkatan 5, lah tiber kelas dia sebelah aku. Aku amik aliran sains, dia amik account. Kitorang jugak kerap tuition malam sekali dalam kelas Sejarah.
Memandangkan aku dah move on (hmm yela tu), aku pun buat tak heran je. Lagipun aku dah nak SPM, banyak nak focus study lagi, tuition, quiz, exam trial, and so on.
Nak jadikan cerita, ingat boleh betul-betul focus study, lahh tiber tahun ni ada secret admire pulak dah. Almost every week aku akan dapat coklat melalui orang tengah. Orang tengah tu akan bagi tiap waktu rehat dengan pesanan “ada someone bagi”.
Siapa tak suka coklat kan, mestila aku ambik hahaha tapi tak makan pun, aku simpan. Sampai dah penuh drawer aku. Aku tak syak langsung si Iqmal, sebab aku dengar gossip yang dia ni ada crush dekat someone huhu. Budak yang baru pindah sekolah kitorang.
Ramai yang cakap muka perempuan tu seiras si Iqmal ni. Jadi aku tak berapa endah sape secret admire aku ni sebab aku tengah busy cari tahu pasal status budak baru tu dengan si Iqmal.
Aku pernah nampak diorang study sama-sama huwaaaaa. Waktu ni dah pikir strategi nak try Iqmal balik. Lupa dah hajat nak move on semua tu. Aku kena bertindak!
Aku guna je taktik sama dengan mamat misteri yang bagi aku coklat ni. Aku letak Cadbury Hot Chocolate 2in1 plus love note bawah meja dia setiap Jumaat (hahah spesifik betul). Aku tak guna orang tengah, sebab perkara-perkara desperate ni malu kalau ada orang tahu hahaha.
Ayat dalam love note tu aku tak boleh recall dah apa aku tulis. Pembaca anggap je la ayat-ayat budak hingusan bercinta eh. Aku buat semua ni berbulan jugak, pokai jugak aku keluar duit nak beli air Cadbury ni tiap kali cuti balik kampung (Mahal yee effort).
Tapi sayangggggg betulll huwaaa. Semuanya tak jadi macam yang aku harapkan. Aku ingat Iqmal akan notice effort aku. Rupanya tak. Bila kawan-kawan dia tahu benda ni, diorang anggap budak baru tu yang bagi. Si Iqmal pon nampak macam percaya.
Waktu ni la aku dengar desas-desus junior bercakap, “Sweetnya akak tu dengan abang Iqmal. Sesuai sangatt”.. (Euw). Macam tu je khabar angin tu, tapi aku takde dengar pulak si Iqmal bercinta.
Aku masih dapat coklat dari orang tengah. “Siapa la mamat yang nak try aku ni kan?”. Tiba-tiba curious nak cari tahu.
Petang Jumaat tu macam biasa, aku akan naik kelas si Iqmal untuk letak air Cadbury senyap-senyap bawah meja dia. Tiba-tiba aku ternampak si Iqmal datang dari arah yang bertentangan.
Aku menyorok belakang pintu kelas dia. Dia masuk dalam kelas Sains. Aku pon perhati la dari jauh. Dia pergi dekat meja aku letak sesuatu dan terus keluar.
Aku pun cepat-cepat masuk. Ada coklat atas meja aku! Jadi selama ni lelaki misteri tu Iqmal ke? Dia minat aku jugak ke? Tapi kenapa dia diamkan diri dan seolah mengelak dari aku?! (Aaaaa aku speechless time ni koranggg).
Hehee sambung part 3…
Cuba teka siapa buat first moveeee?
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nak part 3 plissss
curious ni nak tahuuuu
Part 3 posted heheh stay tuned! emm