Untuk part I, (https://iiumc.com/she-fell-first-he-fell-harder/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/she-fell-first-he-fell-harder-part-ii/).
Ada jugak orang berminat dengan cerita aku ni eh hahahha. Sorry tau update cerita lambat sebab malas recall balik moment lama ni. Mixed feeling weyhhh.
Berbalik pada sambungan. Siapa buat first move?
Ok macam ni. Lepas kejadian aku tahu siapa sebenarnya mamat misteri tu, aku tak nak bertindak terburu-buru. Mana la tahu kan dia cuma jadi orang tengah hari itu saja. So bermula lah fasa memerhati. (tapi dari jauh je la haha). Aku masih cari tahu relationship si Iqmal dengan budak baru tu.
Guess what? Rupanya budak baru tu cuma syok sendiri. Hahahaha lucu. Macam one side love story gitulah. Apa yang aku tengok Iqmal tak layan dia pon kecuali untuk study certain subject yang dia lemah. Tapi budak baru tu, bila kat asrama, cerita pasal Iqmal, macam gajah pon boleh terbang.
Hakikatnya, si Iqmal tu masih lagi letak coklat atas meja aku senyap-senyap. (dia dah pokai nak hire orang tengah dah kot hahah).
Aku takdela kepochi sangat pergi spy sentiasa, cuma macam mana aku boleh tahu dia yang letak coklat? Sebab, aku tinggal note and tampal kat meja dengan ayat macam nih ‘Don’t know who you really are, but I hope you’re someone written by Him’. Haaa ginihh.
Masih ingat lagi ayat ni hahha sebab macam ayat keramat gituu. Lepastu korangggg, dia akan reply note aku tu and letak initial ‘I’ with emoticon love. Maka, meja aku pun penuh dengan balasan demi balasan yang menceriakan minggu aku hehe.
Aku pun masih je letak hot chocolate 2in1 bawah meja dia. Mamat ni pun tinggal note jugak sebab curious nak tahu siapa crush dekat dia kan hehe. Tapi aku tak balas, saje biar jadi misteri hehehe.
Masa berlalu cepat sangat korang, sedar-sedar dah nak penghujung tahun. SPM pun dah nak bermula. Study aku jangan cakap la, memang entah kemana. Ni satu penyesalan aku sampai sekarang, cinta monyet time sekolah memang a big no.
Back to story, minggu busy last push for SPM. Siang malam tuition. Korang pon tahu la kan ape yang aku excited kan hahaa.
Bila dapat tengok dia depan-depan. Tengok dia flip rambut pon dah hensem. Buat presentation depan kelas lagi lah hensem hahaha. Zina mata banyak betul zaman tu adehhh. Kita pun curi-curi la snap gambar crush dari jauh. (hehe time ni curi bawak phone konon for study purposes. Cehh).
Waktu ni aku dengan Iqmal ade la jugak bercakap pasal subject or pasal kelas je. Itu pun dah memadai sebab bila cakap dengan si Iqmal ni, aku memang focus kat mata je, sebab mata dia cantik.
Masya Allahh. Bulu mata lebat melentik, warna coklat pulak tuh. (jantung dah berirama time tu). Tapi bila bercakap tu a bit awkward. (kalau crush each other memang macam tu ke?).
SPM pun tiba, kitorang exam dalam dewan. Boleh nya dia duduk depan aku. Ujian betul lah. Sebab kedudukan ikut urutan huruf awalan nama. Kan Muhammad dengan Nur dekat-dekat tuh. Time ni lagilah banyak drama. Dengan pass-pass kertas soalan nya, paper terbang bawah kerusi dia, pen tergolek bawah meja aku.
Hahaha ic aku pun sampai tertinggal atas meja time keluar dewan. Boleh pulak dia simpan ic tu and bagi next week isnin. Gambar aku dah lah hingusan dalam ic tu. Aaaa malu weyhhh.
Waktu ni, seketul Tiara ni bahagia betul ye bila ada eye contact and conversation dengan crush. Berkat usaha aku yang keciput plus doa mak ayah aku, dapat la aku jawab exam dengan tenang. Betul salah lain cerita korangg.
Fast forward, on last week of SPM, ingat lagi, waktu ni subject Al Quran sunnah. Malam tu kononya nak study lah kan, sebab banyak dalil-dalil Quran kene ingat. Tiba-tiba meriah whatsapp dekat phone aku weyhh. It’s from Iqmal. Jackpot!. So the confessions begin hahaha. Kitorang chat almost pukul 3 pagi.
Dia memang crush dekat aku korang. Dia cuba nk tepikan perasaan tu, sebab nak jaga hati ex dia. Tapi perasaan tu keep bothering him hahaha.
So lama jugak la kitorang ni crush each other and the truth is most of our friends dah tahu perasaan kami, except us. Ingat lagi kata-kata yang aku pegang waktu tu, ‘He loved her. She loved him. Everyone knew—except them’. Time ni rasa la macam miracle happened.
So yeahh, Iqmal buat first move heheh.
And the next day, last aku jumpa Iqmal, aliran account habis seminggu awal. Aku yang aliran sains ni extend seminggu lagi huhu. Killer subjects, but love kills me even harder hahahha. Setiap malam yang sepatutnya aku study, banyak dihabiskan dengan late night talks dengan si crush.
Untuk aku yang first time bercinta waktu tu, aku memang culture shock hahaha. Simptom awek clingy tu makin terserlah hari demi hari. Dahaga attention betul hahaha.
Sejujurnya korang, aku bahagia dengan Iqmal, sifat dia memang indah macam rupa dia. Dalam diam, banyak benda yang aku baru tahu pasal dia bila makin lama kitorang bercinta.
5 tahun bukan sekejap ye. Setengah relationship akan ada suka duka kan, tapi entah kenapa sepanjang dengan Iqmal, aku tk merasa saat duka tu, everything runs smoothly.
Dia banyak ajar aku tentang kehidupan, tentang hati dan perasaan dan tentang kesabaran. Kitorang jugak try to be better, improve diri kearah lebih baik,
Yes, bercinta itu sendiri dah salah pada awalnya, zina mata zina hati and so on. Tapi dengan dia alhamdulillah, even bersentuhan tangan pun tak pernah, dia sangat menjaga. Kesimpulannya aku Bahagia.
Kesimpulannya aku Bahagia. Tapi percaturan tuhan tu suatu rahsia. Tuhan dah susun cantik cerita hidup aku. Siapa yang tahu akhirnya kami tak bersama. Tak ada angin tak ada ribut kami pun berpisah.
Tiber sangat ke korangg.. nak tahu lagi ke sambungan emm? Takut ending dia tak seperti expectation korang.
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ini first time aku baca story kau dik. Tiber teringat aku dekat seseorang. Sampai sekarang dia belum kawin lagi. Entah dia memang tunggu aku kot kahkah.
Nakkkkkkk.Related lah love story ni😭🥹❤️