Shopee Dan Postage

Salam ramadhan kepada semua muslim dan salam 1 Malaysia kepada non-muslim.

Hari ini saya nak tulis secara ringkas tentang, SHOPEE, POSTAGE & SELLER. Kenapa saya highlight kan 3 perkataan tu?

Sebenarnya saya mewakili as Seller Shopee di Malaysia nak meluahkan sedikit kesalan dan pandangan seller lain. Saya ni newbie lagi sebagai seller kalau nak di bandingkan dengan seller lain..

Semua pun tahu kan. PKP ni ramai yang stay at home, beli barang keperluan pun di rumah melalui apps sahaja, samada Shopee, Lazada dll.

Oleh sebab ramai yang beli, barang untuk postage meningkat berganda-ganda.. perkhidmatan courier terpaksa dikerah berganda juga, ada yang kena buat O.T..

Yew saya tahu anda semua bayar, cuba anda tanya pekerja2 courier atau posmen. Kalau di beri o.t banyak pun mereka nak? Mereka tak nak weyh, mereka nak rehat, nak duduk rumah macam kita, jaga kesihatan.

Ada seorang posmen, masa dia hantar barang saya, tiba2 dia cakap, dia penat sangat, terlalu banyak barang nak kena hantar.

Sampaikan bila sampai rumah customer ada yang lambat buka pintu, ada yang call tak angkat, yang paling sedih lagi posmen tu kena marah2 dan maki dengan customer. Serius weyh masa tu muka dia keletihan sangat.

Kejadian ni baru berlaku kemarin, seorang posmen datang bagi surat kat rumah, aku tanya banyak ka barang, dia kata barang meningkat berganda lagi minggu ni. Muka dia keletihan, pucat ja. Cakap pun dah tak bermaya. Bayangkan la sekarang bulan puasa..

Kalau anda ada sifat belas kasihan tak perlu la pergi serbu laman sosial mana2 courier dan cakap perkara negatif, tak perlu la post kata pekerja2 tu curi tulang, malas, buat kerja lepas tangan ke.

Ye ada je pekerja yang baling ja barang customer smpai pecah.. jangan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelangan. Ramai lagi pekerja yang handle barang kita betul2 ..

Ok kita masuk ke SELLER Shopee pula..

Untuk pengetahuan semua, Kami sebagai seller di shopee ada ranking, performance, prestasi yang di awasi oleh shopee.

Jika kami perform dengan baik. Kami akan di beri pelbagai insetif oleh shopee, contoh nya di nobatkan sebagai preffered seller, boleh join shocking sale.

Saya sekarang mewakili semua seller di shopee nak luahkan perasaan pula.

Contoh situasi :

Ada customer ni beli barang di shopee, dia beli baju (contoh). Seller tu terus post pada hari yang sama dia payment juga.. Jika seller tu lambatkan postage barang cutomer dia akan dikenakan penalti ataupun dapat bad reputasi. Jadi insetif di atas dia tak layak..

Bila seller dah post pada hari yang sama payment, n then tersekat di courier sebab lambakan barang, jadi barang untuk dapat tu maybe 2 hingga 4 minggu.. ada yang lebih.. oleh sebab penghantaran lambat. Kami sebagai seller pula yang kena tempias.

Barang dah sampai kepada customer, sistem shopee barang dah sampai tekan received order dan bagi rate bintang.. ramai CUSTOMER yang sakit hati sebab postage lambat.

Diberinya seller tu 4 bintang ke bawah.. dan komen yang negatif, semua komen katanya penghantaran lambat. Penghantaran barang di luar bidang kuasa kami sebagai seller.

Untuk pengetahuan kamu semua jika seller dapat 4 bintang kebawah dan komen negatif. Secara automatik prestasi kami menurun.

Ramai yang kena penalti oleh sebab sikap anda yang tidak memahami keadaan. Yang anda tahu barang aku kena sampai dalam masa 2/3 hari..

Sekarang ni pihak seller hadapi masalah, pihak courier pun hadapi masalah. Sama2 timbang rasa dan faham la.

Untuk kes yang barang pecah tu. Meh nak cerita sikit, ada juga salah seller sebenarnya, ada yang tak letak bubble wrap, ada yang tak balut betul2. Sebab tu pecah, ye ada juga salah courier tak handle betul2. Tapi tak SEMUA..

Kami sebagai seller pun hadapi masalah juga. Oleh sebab barang lambat smpai payment kami pun lambat. Kami nk rolling modal tu sangat susah.

Macam saya ni terpaksa stopkan jualan di shopee sebab dah tak ada modal, banyak payment tengah pending.. nak dapat stock tu pun terhad, banyak kedai tutup masa PKP 1 & 2 haritu.

Ada juga kes di shopee yang customer dah payment, sblom payment tanya dulu ada stock ke tak, dia jawab ada, lepas dah paymeny dia pending pula kita punya barang, tak post, dah lebih 2 minggu.

Bila chat tak jawab pula, bila refund dia tolak, saya pun pernah kena, seller2 lain pun kena juga.. saya tak pasti apa modus seller itu, sama ada barang dia pre- order ataupun dropship.

Ada juga seller yang ambil kesempatan masa PKP ni. Harapnya customer dapat pilih seller yang betul2.

Saya rasa sampai sini sahaja penulisan saya. Saya harap sesiapa yang baca ni boleh faham situasi sesama kita..

Kita jaga kita, Kita 1 Malaysia, No racist.

– Madam Utara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *