Should I? Should I Not?

Assalamualaikum warga IIUM Confession dan admin. Apa yang aku bakal tulis ni bukan la luahan tapi sekadar meminta pandangan sebab aku sekarang sedang dilema.

Diringkaskan cerita, 6 tahun lepas aku berkenalan dengan seorang jejaka di alam maya. Personaliti aku yang agak serius dan sukar didekati membuatkan aku memilih untuk mempunyai ramai kenalan secara online baik di dalam mahupun luar negara. Lelaki itu merupakan warga Malaysia dan berusia 2 tahun lebih tua berbanding aku.

Awalnya, aku tidak menyangka yang kami akhirnya akan jatuh cinta. Yelah, hubungan atas talian ni sangat risky sebenarnya. Tapi setelah 2 tahun berkomunikasi, aku yakin yang dia adalah insan yang baik dan sangat mengambil berat terhadap aku.

Dia pada waktu itu belajar medik di luar negara dan aku sedang melakukan persiapan untuk ke luar negara juga. Setelah 2 tahun, kami hanya berjumpa sekali iaitu seminggu sebelum aku berangkat ke luar negara untuk sambung degree.

Pertama kali bersua muka, kami ditemani oleh ahli keluarga. Mak aku memang berkenan dengan dia. Ayah baru meninggal dunia ketika itu. Mak cakap dia nampak sopan dan jujur. Aku akui yang dia memang soft-spoken dan menjaga batas. Mulanya, aku fikir hubungan kami ini akan berjalan dengan lancar. Aku ke luar negara selama 4 tahun, kemudian kembali ke Malaysia untuk mengikat pertunangan sebelum menikah.

Namun, apabila hubungan kami semakin lanjut, baru aku tahu yang dia sebenarnya mengalami kesukaran untuk menghabiskan pengajian. Apabila ditanya mengapa, jawapannya dia tidak ingin menjadi seorang doktor dan mengambil jurusan tersebut atas paksaan keluarga. Aku menasihatinya untuk berhenti dan memulakan kehidupan baru dengan mempelajari sesuatu yang diminati.

Dilahirkan dalam keluarga yang majoriti merupakan ahli perubatan, aku yakin pelajar medik yang tidak meminati bidang ini sepenuhnya akan kecundang. Atau, pelajar tersebut tidak akan menjadi doktor yang bagus. Malangnya dia tetap berdegil untuk meneruskan pengajian only to quit pada tahun akhir.

Aku ketika itu agak tergamam kerana dia memilih untuk berhenti setelah 6 tahun berhempas-pulas. Sejujurnya aku agak kecewa kerana dia mengambil waktu yang sangat lama untuk membuat keputusan tersebut. 6 tahun terbuang begitu sahaja.

Waktu itu, aku telah graduate dan pulang ke Malaysia. Aku sedang sibuk dengan kerja sebagai analyst di financial firm tapi aku tetap membantu si dia untuk mencari universiti yang baru. Apabila semester bermula, dia masih mengamalkan lifestyle yang lama. Pergi ke kelas menaiki Grab, tidak ingin memandu ke mana jua, masih bergantung pada elaun yang diberikan oleh ibu bapa.

Aku tahu yang walaupun dia sebenarnya sudah dewasa, kebolehan dia untuk memandu agak lemah. Dia berjanji untuk improve apabila kembali ke Malaysia namun perkara itu tidak berlaku.

Aku sudah terbiasa melakukan kerja part-time ketika bergelar undergraduate. Sebolehnya aku ingin menjadi independent dan tidak membebankan sesiapa. Dia pula tidak pernah menyusahkan diri untuk mendapatkan duit. Tidak pernah berusaha untuk mencari kerja sementara juga. And that, is a huge turn off for me.

Tapi aku cuba untuk fokus pada perkara yang baik sahaja. Contohnya, apabila dia mempunyai duit lebih, dia tidak pernah berkira. Selalu membelikan aku hadiah. Tidak pernah tinggi suara (huge plus) dan suka masak (major plus). Oh, dia suka kucing juga.

Kami mempunyai prinsip dan values yang agak sama. Cuma mungkin sekarang ini, masa depan dia agak kabur. Aku tidak putus memberikan semangat dan berasa sangat gembira apabila dia kelihatan lebih ceria dengan bidang barunya. Meskipun dia agak ketinggalan dari segi umur, pengalamannya yang banyak membuatkan dia digemari oleh para pensyarah.

Cuma, ada kalanya aku berasa tawar hati apabila dia terus berkeras untuk tidak memandu. Bagi aku, sudah jatuh wajib buat para lelaki untuk cekap memandu. Kemudian, dia mengajak aku untuk kahwin meskipun dia tidak mempunyai sebarang income.

Katanya setelah menamatkan degree nanti baru dia ingin mencari kerja. Dan itu bermakna beberapa tahun dari sekarang. I’m happy with him but I don’t feel safe and protected. Not physically but you understand what I mean.

Dan jika aku tidak kuat dan memutuskan hubungan kami, bukan bermakna aku menyukai orang lain. Dan aku juga agak penat untuk memulakan hubungan yang baru. Kata mak, aku patut berikan dia peluang. Mungkin rezeki dia datang lambat. After all he’s a nice person. Kata kakak, I shouldn’t marry someone based on possibility. Half of me accepts him, another half don’t.

Oh god, what should I do, what should I do?

I know I’m not that great of a person, so if you think I’m bad for not accepting him, please give me good advice.

But if you agree with my confusion, please tell me why.

Please keep me in your prayers.

– Krispy Kreme (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *