Assalamualaikum Wr. Wb. Salam sejahtera pada warga IIUM Confession. Jutaan terima kasih aku sampaikan pada admin andai confession aku ini, admin siarkan.
Confession ini khas untuk mereka yang bergelar keyboard warriors secara mereka sedar ataupun tidak.
Aku seseorang yang suka kongsi cerita, kisah, pengalaman and my 2 cents opinion. Suka menulis tapi skill penulisan aku kena brush up. Jadi aku jadikan IIUM Confession dan beberapa page lain sebagai satu jambatan untuk aku sampaikan pesanan pada orang awam.
Oleh kerana aku berkongsi, aku jugak tak terlepas dari kecaman dan kritikan yang menjatuhkan, bukan membina. Sama ada orang tau siapa yang menulis ataupun tidak, mereka akan memberi komen sesuka hati, sesedap mulut dan rasa yang cukup sebagai satu kritikan yang menyakitkan hati.
Betul. Aku patut cuba jadikan cemuhan itu sebagai satu motivasi. Tapi macam bila korang buat salah, dan diherdik di khalayak ramai. Apa yang akan korang rasa?
Keadaan alam maya sama je macam contoh yang aku bagi. Cuma sama ada kita tahu atau tidak siapa orangnya yang dikecam dan dicemuh.
Bersyukur sangat aku, saat aku dikecam tu, Allah tunjukkan di alam realiti adanya manusia yang baik dan elok budi bahasa. Jadi aku sedar yang kita ni bukan hidup dalam alam maya. Sikit tips aku nak bagi pada mereka yang suka beri komen di mana-mana page atau confession.
Pertama, sebelum komen, kau fikir dulu. Komen kau berupa negatif atau positif.
Kedua, kau dah tau which is which, kau susun ayat pulak.
Ketiga, sebelum kau klik enter, kau baca balik komen kau. Ayat yang kau susun tu, kalau negatif pun, maksudnya mengkritik, adakah kritikan itu akan menjatuhkan si penulis? Atau kritikan yang berupa teguran yang baik? Kau baca balik ayat kau. Ada ke perkataan yang agak kasar pada pandangan mata seseorang yang mungkin akan menyakitkan hati mereka?
Kalau ada, sama ada kau susun ayat kau balik seelok-eloknya, atau kau tak payah komen. Walaupun kau cuma taip, tapi apa dalam hati kau tu satu hari tetap akan dipersoalkan di akhirat nanti. Perbuatan kau dan kata-kata yang kau keluarkan melalui keyboard tu, akan dipersoalkan di padang mahsyar nanti.
Betul kata Rasulullah S. A.W.
Berkatalah yang baik, ataupun diam.
Kalau kau dah susun ayat cantik kau rasa takkan sakitkan hati sesiapa tapi still orang tu tersakit hati, sekurang-kurangnya kau ada effort untuk jaga hati orang. Dan Allah tahu usaha murni kau tu.
Kalau ada orang datang depan mata kau bila kau buat sesuatu yang mereka tak suka, dan cakap…
‘Kau jahat. Kau akan masuk neraka.’
‘Baik kau tak payah tulis. Kejadah macam ni.’
Ayat-ayat ni semua memang lah akan sakitkan hati orang. Walaupun kau rasa teguran kau pendek je.
Hati-hati lah dalam percakapan, kawan-kawan. Lidah ni lebih tajam dari pedang.
Jagalah hubungan kita sesama manusia. Tak salah kan usaha sikit untuk jaga hati orang lain? Kita sesama manusia, akhirnya pun hidup sesama kita juga.
Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.
– Angah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit