Show The Beauty of Islam

Assalamualaikum para pembaca IIUMC. First of all, terima kasih kepada IIUMC kalau luahan aku ni tersiar. Di sini aku nak confess pasal sikap orang-orang Islam kita untuk memberi peringatan kepada semua. Korang mesti tahu kan yang kita ni selalu belajar dan menilai sesuatu daripada apa yang kita nampak. Begitu jugak dengan orang lain. kalau macam tu cara kita tunjukkan, macam tu la orang lain fikir. Mesti korang tak faham kan apa yang aku nak sampaikan ni. Bertenang. Biar aku mulakan dengan sebuah cerita yang terjadi lately kat sekitar aku.

Raya ke 3 hari tu, ada rombongan pengantin lelaki untuk ke rumah pengantin perempuan. Jarak boleh dikatakan agak jauh jugak la disebabkan jem. So, rombongan tu berhenti sekejap untuk solat kat sebuah masjid. That time, tok siap tu tengah bersiap-siap nak kunci masjid tu. Rombongan tu minta izin nak solat sekejap dengan Tok siak tu. Tetapi Tok Siak tu tak nak. Macam-macam dia cakap. Takut rombongan tu nak mencuri la. Apa la. But, diorang nak jugak solat. So, masa segelintir rombongan tu tengah solat, Tok Siap tu tutup kipas. Disebabkan tu, mereka yang tak sempat solat dalam masjid tu pun solat la kat luar sebab Tok Siak tu bertegas nak kunci jugak pintu.

Tengok macammana cara seorang Muslim mempersembahkan Islam. Orang bukan Islam tengok dia cakap apa? Fikir sendiri la. Kita mempermudahkan urusan orang lain pada jalan Allah, in sya Allah DIA akan mempermudahkan urusan kita pulak. Sama la macam satu kes ni. Lelaki ni nak beli pampers untuk anak dia. Pergi masjid minta duit sumbangan. Macam-macam orang masjid minta. Surat tu. Surat ni. Last-last dia pegi gereja. Senang. Ambil je berapa banyak duit yang dia nak then tulis dalam buku. See how they treat people and attract their heart? Bila kita nak bagi derma, ikhlaskan hati kita. Dia menipu ke apa ke. Tu urusan dia dengan Allah. Kita ikhlaskan hati kita. Ni tak Bila kita tengok orang minta sedekah, macam-macam kita cakap. “Penagih dadah la ni”. “Nak beli dadah la tu”. Tipu ni. Bukan cacat betul pun. Saja malas kerja”. Macam-macam kita cakap kat dia. Kalau kita tak nak bagi, tak perlu nak hina dia. In fact tak perlu cakap apa-apa. Kalau nak bagi, ikhlaskan niat kita kerana Allah. nanti kita pula yang dapat dosa sebab cakap buruk pasal orang lain. Husn zhon. Bersangka baik kan.

Cuba kita renung sejenak. Kenapa orang bukan Islam tidak tertarik kepada Islam? Kenapa mereka lebih tertarik dengan agama-agama lain? Perkara ini datangnya daripada diri kita sendiri. Cuba kita perhatikan kehidupan-kehidupan seharian kita. Macammana mereka hendak jatuh cinta kepada Islam jika kita sendiri tidak menghidupkan Islam dalam kehidupan seharian kita. Kita sendiri tidak mengamalkan dan menzahirkan meseg-meseg Islam dalam kehidupan seharian kita. Malahan ia menjadi terbalik apabila kita pula yang mencontohi mereka.

nak tutup aurat dengan sempurna pun kita tak mampu. Bila orang bukan Islam tengok Islam, mereka akan fikir apa beza Islam dengan mereka. Sama sahaja. Lantas macammana mereka hendak mengetahui betapa indahnya Islam kalau diri kita sendiri tidak merasai keindahan dan kemanisan daripada Islam. Show them the beauty of Islam. Kebanyakan daripada orang-orang bukan Islam jatuh cinta dengan Islam kerana mereka sendiri mengkaji keindahan melalui kalam-kalam Allah SWT. Mereka mengkaji tentang kebesaran Allah SWT.

Tetapi kita. Al- Qur’an pun jarang-jarang sahaja kita baca. Apatah lagi untuk kita memahami apa yang Allah SWT ingin sampaikan pada kita daripada kalam-kalamnya. Kalau kita sendiri tidak menghormati dan menghargai Islam, macammana kita nak orang lain menghormati Islam. ita sendiri yang berikan label yang tidak baik tentang Islam dengan perbuatan kita. Contohilah Kekasih Allah Rasulullah SAW. Bagaimana baginda mampu melembutkan hati orang-orang kafir kepada Islam hanya dengan akhlaknya yang tersangat indah. Mereka jatuh cinta dengan akhlak Rasulullah SAW. kalau kita nak orang lain menghormati dan menghargai Islam, kita sendiri yang harus memulakannya dahulu. Semuanya bermula daripada diri kita sendiri.

Aku ingat satu peristiwa yang berlaku masa aku kat UIA hari tu. Masa tu aku dalam kelas Psychology of Religion. Lecturer aku bercakap tentang topic berkaitan dengan dakwah. “Kadang-kadang, kita tidak perlu berkata apapun untuk berdakwah”. Ringkas sahaja ayat ini. Tetapi maksud yang ada padanya terlalu dalam bagi aku. Memang betul. Kadang-kadang dalam berdakwah, kita tidak perlu untuk berkata apa-apa pun kerana ianya tentang macammana akhlak kita. Macammana kita mempersembahkan diri kita. Macammana kita sampaikan meseg-meseg Islam daripada perbuatan kita. Ini kerana, manusia terlalu suka menilai daripada apa yang mereka lihat.

Kerana itu, kadang-kadang apabila ada yang menegur dan cuba menyampaikan kebaikan kepada seseorang, mereka membalas dengan kata-kata menilai macam “Diri sendiri itu pun bukannya baik sangat. Hendak nasihat orang konon. Tak perlu”. Itu ayat yang biasa kita dengar. Kita rasa kecewa kan apabila mendengar mereka berkata seperti itu. Bibir terlalu mudah mengungkapkan kata-kata. Tetapi untuk menzahirkannya dengan perbuatan itulah yang susah untuk dilakukan. Tetapi tidak bermakna kerana perkara itu, kita menjadikannya alasan untuk kita tidak menegur orang lain kerana berpendapat bahawa kita belum sempurna lagi untuk membetulkan orang lain. Kalau kita hendak menunggu supaya diri kita yang lalai ini untuk menjadi sempurna dan barulah kita mempunyai keyakinan untuk berdakwah, entah bilalah kita boleh mula untuk berdakwah.

Kita semua adalah manusia yang tidak sempurna. Kadang-kadang kita lakukan kesilapan. Dalam kita berjaga-jaga pun, kita masih boleh melakukan kesilapan. Tetapi itu semua bukanlah halangannya. Apa yang penting, kita mencuba sedaya upaya kita untuk perbaiki kesilapan-kesilapan itu dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Tegurlah sahabat-sahabatku. Tetapi beringatlah, apabila kita ingin menegur seseorang itu, pada masa yang sama, kita cuba untuk ubah diri kita supaya menjadi yang lebih baik. Zahirkan perkara-perkara yang sebetulnya. Cuba untuk sampaikan perkara-perkara yang kita tegur itu dengan perbuatan kita agar manusia akan menjadi lebih mudah untuk menerima teguran kita itu.

Jadi sahabat-sahabatku, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita. Tanya diri kita samaada malaikat yang berada di sebelah kiri ataupun yang berada di sebelah kanan yang lebih banyak menulis? Mari kita semua cuba untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan kita. Berubah untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Kita sudah terlalu lama lalai dan leka dengan permainan dunia. Bangkitlah. Bersama-sama kita ubah diri kita untuk menjadi hamba yang benar-benar mencintai Tuhannya. Allahuakhbar.

– Alia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit