Assalamualaikum para pembaca IIUMC. Luahan aku ialah mengenai ibu bapa aku.
Apa yang korang perlu tahu pasal aku, nama aku Airaa, 27 tahun tahun dan aku anak sulong dalam keluarga. Aku dua beradik jer. Adik aku lelaki berusia 23 tahun. Dia tak nak sambung belajar dan sampai sekarang menganggur.
Ayah aku bukan orang sini. Dia orang luar. Dia jumpa mak aku masa sama-sama kerja dekat kilang. Dulu arwah nenek aku tak kasi mak aku kawin dengan ayah aku. Dia risaukan masa depan mak aku.
Tapi alhamdulillah ayah aku dia rajin kerja sampai berniaga sendiri sekarang. Kehidupan aku serba lengkap. Ayah aku sediakan semuanya. Bukanlah mewah, cuma kategori serba lengkap.
Bermula umur 11 tahun, aku mula tak rapat dengan ayah aku. Tengok muka pun aku tak suka. Kalau ayah balik kerja aku mesti duduk dalam bilik biar tak berkomunikasi dengan ayah.
Aku mula tak suka sebab ayah aku naik tangan dekat mak aku (walaupun lepas tu dia minta maaf), dia suka atur2 hidup aku, dan dia tak boleh terima orang kritik dia.
Maksud aku atur-atur hidup aku ialah katakan kitorang nak keluar nak pergi makan satu keluarga, lepas aku dah bersiap dia akan suruh aku tukar baju lain. Katanya, baju aku nampak tak cantik jatuh standard dia. Aku tak suka perangai dia yang macam tuu.
Bila ayah gaduh dengan mak, aku akan sebelahkan mak. Lagi laa hubungan aku dengan ayah aku renggang. Ayah kalau gaduh suka tinggikan suara sampai jiran2 dengar.
Mak pun sama cuma bagi aku tak gentleman la kalau ayah aku buat macam tu. Ego dia sangat tinggi. Kata2 carut tu dah biasa. Kadang dia mencarut dalam bahasa dia. Pernah masa gaduh mak nak bunuh diri, dia doa biar Allah ambil nyawa dia cepat.
Aku nangis masa tu pujuk mak. Masa tu aku sayang mak sangat2. Aku tak sanggup nak kehilangan. Alhamdulillah ok sikit lepas2 daripada tu.
Lepas spm aku sambung belajar. Aku belajar sampai diploma jer. Duduk dekat hostel ok sikit laa. Aku balik jer setiap minggu. Ayah aku masih atur2 aku. Katanya lepas habis belajar cari kerja kerajaan. Hurmmmm…
Kalau pembaca nak tahu, semakin aku besar, aku sedar dua benda. Pertama, mak lebih sayangkan adik aku lebih dari aku. Kedua, mak tetap sayang ayah walau macam mana sekalipun.
Mencecah umur aku 20 tahun, mak ayah aku masih tak matang. Selalu jugak gaduh. Kadang aku cemburu tengok mak ayah kawan2 aku yang kehidupan diorang bangun pagi sarapan sama2, duduk borak dengan anak2, dan ayah yang memahami anaknya. Aku pergi kolej naik bas.
Kalau nak suruh ayah aku hantar memang susah sebab masa tuu ayah aku ada motor jer. Aku faham laa. Tapi kadang nak mintak jemput dekat perhentian bas pun susah. Ada saja kerjanya.
Bagi aku ayah aku sengaja dan sangat pentingkan diri. Aku anak perempuan tidakkah dia khuatirkan aku?
Semenjak dari banyak kejadian yang macam tu aku buat semua benda sendiri. Masa aku dah pandai bawa kereta, aku kemalangan. Aku langgar motor. Abang yang aku langgar tuu ugut aku nak lapor polis dan tanya mana mak ayah aku.
Aku cuma jawab diorang dekat kampung dan sila teruskan dengan langkah seterusnya atau nak selesaikan aku bayar kerosakan motor dia. Isteri abang tu datang dekat klinik masa tu. Aku takut tapi aku tak ada tempat nak mengadu.
Mak ayah aku sibuk bergaduh, jaga adik aku dan banyak lagi urusan mereka. Mana mungkin diorang ada masa untuk aku. Untuk pengetahuan pembaca, aku tak takut jalan sendirian, aku tak takut berjalan sekitar penang ni sorang2.
Asbab aku selalu melawan ayah aku, aku bukan macam perempuan lain yang takut atau tak berani dengan lelaki. Aku bersahaja saja walaupun pernah kena tengking dengan bos lelaki.
Mengenai emakku pula, dia seorang yang penyayang. Tak pernah suruh2 aku buat kerja rumah, selalu belikan makanan kegemaran aku dan tak suka bandingkan aku dengan orang lain.
Mak selalu bela aku kalau ayah marah. Mak ni disebabkan dia penyayang, semua anak buah mak, rapat dengan mak. Sampai ada yang ambil kesempatan.
Aku banyak kali nasihat tapi bagi mak, aku hanyalah iri pada anak buahnya. Mak suka pada perhatian aku dan kadang2 menjadi-jadi perangai mak melayan anak buah dia tu.
Bermula aku cecah usia 23 tahun, aku jadi seorang yang pemarah dan pembengis. Mak yang dulu aku sayang sangat aku mula rasa aku tak sayang.
Aku tak kisah. Sebab, mak selalu tak nak ikut nasihat aku dan lebihkan orang lain. Aku rasa seperti “buat apa aku nak sayangkan mak, kalau mak tak sayangkan aku?”
Untuk pengetahuan pembaca, mak pernah tinggalkan aku sorang2 semata-mata nak balik kampung ayah sebab ayah sakit kat sana masa tuu.
Tapi sakit pun ada isteri no.2 dia jaga. Iyer ayah aku kawin dua. Lagi laa aku tak suka masa dapat tahu tuu. Aku tak nak mak kecewa nanti. Aku merayu tolong jangan tinggalkan aku. Tapi mak tetap pergi.
Sekali lagi langsung tidak memikirkan perasaan aku. Benda ni buat aku jadi seorang pemberontak dan pemarah. Bila aku dah marah, aku tidak lagi bahasakan mak sebagai mak. Tapi aku bahasakan sebagai ‘kau’.
Iya aku memang seorang pemarah. Lepas aku marah aku akan menangis semahunya dalam bilik. Tak ada orang pujuk. Aku akan tenangkan diri kemudian minta maaf dengan mak. Kemudian benda yang sama akan terulang lagi.
Aku tak dapat kawal. Aku jarang solat tapi aku sering doa supaya Allah bagi aku kesabaran bila berdepan dengan mak dan ayah aku. Ada waktu aku mampu ada waktu aku kembali marah dan herdik mak ayah aku.
Masa marah aku membahasakan diri aku sebagai “aku” kepada mak ayah aku dan aku akan cakap mereka bodoh, “aku benci laa”, “eee kenapa laa bodoh sangat”, “kalau kau tak faham diam” dan banyak lagi.
Ayah aku pernah lempang aku. Tapi aku tunjukkan yang aku tak kisah akan tindakan beliau.
Kemudian aku menangis semahunya dalam bilik senyap2 dan aku akan usap dada aku mengatakan “tak per laa airaa kau kuat, jangan nangis ehh”. Iya laa aku tak ada siapa nak pujuk. Pujuk diri sendiri jer laa.
Untuk pengetahuan pembaca, kalau gaduh dengan mak aku akan minta maaf lepas tu. Tapi kalau gaduh dengan ayah, lepas seminggu baru aku minta maaf atau ayah aku yang minta maaf.
Ayah minta maaf pun macam tak ikhlas. Aku minta maaf sebab aku nasihatkan diri sendiri yang aku kena sedar aku ni anak. Jadi aku cuba.
Akhir, hari tu mak aku tertumpahkan ais coklat dekat dalam kereta aku. Aku jadi marah, meraung dan mengangis masa tuu jugak. Sebab aku dah cakap baik2 letak air tuu dekat tempat letak air tu tapi mak tak nak dengar, mak degil nak pegang jugak.
Terus aku meroyan Ali cakap “kalau aku cakap dengar laa. Aku ni bodoh kan semua aku cakap semua tak nak dengar”. Aku meraung sambil hentak stereng. Sebab bau coklat tu nanti kalau dah kering macam milo basi. Aku tak suka.
Benda terus trigger sifat pemarah aku. Mak lepas tuu cakap dia tak nak naik kereta aku lagi kemudian aku nampak mak nangis senyap2.
Aku sedih aku menyesal aku berteriak dalam hati, “alangkah baiknya kalau aku ni seorang anak perempuan yang lemah lembut, macam anak orang lain”.
Hurmmm yang buat aku marah sangat, inilah sikap mak. Tak pernah dengar dan percaya cakap aku. Cakap orang lain dia boleh jer ikut, percaya padehal orang tuu berbohong.
Tolonglah bagitahu aku macam mana nak hilangkan sifat pemarah ni. Aku ‘lost’. Aku perlukan kasih sayang tapi semua keluarga aku pentingkan diri sendiri. Cuma panggil aku kalau ada nak minta tolong. Aku rasa sorang2 sangat. Tolonglah aku…
– Airaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit