Si Aneh

Salam semua warga IIUM Confession. Terima kasih admin, jika cerita ini disiarkan.

Aku seorang perempuan di penghujung 20-an. Aku cuma nak tanya pendapat semua. Memang wujud ke ya lelaki se-innocent ini? Ke pelik? Ke acah-acah je? Haa mari aku cerita.

Ok secara muqaddimahnya, aku last bercinta masa kat sekolah menengah je kot. Lepastu dah takde dah sampai sekarang.

Aku anak last, yang mendapat princess treatment dari kecik bahkan sampai sekarang even dari broken family. Alhamdulillah, rezeki dari semua aspek boleh dikatakan cukup.

Nak dijadikan cerita, aku mempuanyai kawan perempuan yang baik, yang mana sudah berumahtangga. Pastu, suami dia pun nak kenalkan la aku dengan kawan dia yang masih single & available. Ok, pasal si lelaki ni la aku nak ceritakan.

Bermulanya perkenalan kami masa last year, kira setahun dah ni kenalnya. Chatnya on off jugak la atas faktor kekangan masing-masing. Aku boleh katakan diani baik, baik yang macam mana tu?

Haa baik yang dia memang boleh katakan tak bergaul dengan perempuan sangat. Nak jumpa perempuan dalam bidang berlajar/kerja dia sekarang sangat la tipis. Taknak mention bidang apa takut kantoi hahaha.

And dari segi percakapan & perangai dengan orang, macam family ke kenalan rapat ke, customer ke, staff ke, atau stranger sangatlah ok bagi aku. Kira semua bersesuaian dengan hubungan & keadaan.

Cumanya, diani memang hidup dia dari dulu kerja, duit, usaha keras & family sahaja. Ni semua berdasarkan cerita orang tengah la (kawanku punya suami) and ade lah sesikit yang aku tahu sendiri bila kitorang chat ke, on call ke, jumpa ke.

Oh ye sekali ke pernah jumpa, bila nak jumpa lagi tu mesti ada kekangan aje. Maklumlah, dia sibuk kerja, aku? Sibuk dengan family aku lah of course hahaha kiter kan anak bongsu hahahahah.

Asalnya aku tak berapa ambil serious lagi dengan taaruf session ni, ceh. Yelah sebab tengok dia tu macam tak ready je kan, so aku pun jual mahal la sikit hahahaha. Tapi kan bila lama-lama aku rasa aku cam tersuka tanpa sengaja la kat dia. Sebab ciri-ciri yang dia ade tu lah.

Macam aku mentioned kat atas, dia sejenis rare kan hahaha. Tahap rare dia, dia memang boleh tinggal phone dia selamber je tak bawak keluar tau. Dia bawak phone kerja je. Ape ke pelik.

So, bila mana aku kena semakin sabar dengan peliknya dia tu, lagi la rasa membuak-buak aku nak tahu pasal dia. Korang faham tak.

Dia macam lagi dia sangat rare lagi aku rasa nak mendekati haa gitu. Pastu aku sendiri emo nape lah aku pergi buat keputusan nak kenal ek masatu hahahaha benci betul perasaan ni!

P/s: Dia yang start chat aku dulu ye masa nak kenal hahaha!

And, sepanjang perkenalan ni pun aku takde nampak pun dia excited lebih ke apa ke. So aku kan ego, aku lagi la buat taktau awalnya.

Lama-lama bila aku tengok dia terlalu busy dengan kerja dia, so aku slow-slow move on la dik. Takde nampak effort langsung hahaha. And masatu aku busy prepare kan diri nak pergi umrah.

Fast forward, memang aku akui masa aku gi umrah tu, aku doa yang terbaik je untuk dia. And aku doa sungguh-sungguh nak lupakan dia. Lepas balik tu memang slow-slow dapat move on dari dia la, dengan cara buang segala media social camtu.

Tapi yang peliknya kan, masatu memang kawan aku ada la tanya-tanya pasal kitorang. Aku cuma jawab tak contact dah, pastu korang tahu dia cakap dengan kawan aku punya suami tu, bakal isteri dia pergi umrah haritu, taktahulah gurau ke (ke nak jaga hati member ke taktau la kan).

Aku cammmmm eh kau ni apa kau duduk mana??? Selama ni suka menghilang tanpa khabar tu apa ya? Dasar aneh.

Masa aku nak gi umrah tu birthday aku kot, boleh je nak settle masatu kan, atleast sedap la hati aku sikit nak gi umrah. Ni nan hado, sebab tu aku tekad nak move on lepas balik umrah nanti.

Pastu, fast forward lagi, walaupun aku dah pernah akui, aku dah tak contact, kawan aku & suaminya tetap setia cerita dekat aku update dia yang terkini & so on. Dengan cerita yang selalu buat aku tertanya-tanya tu, aku pun saje lah save balik no dia. Saje je, tak buat apa pun.

Tup tup dia memang tak pernah la missed tengok status aku, ye aku memang suka update bukan sebab dia je hahahahah. Saje, sebab sini lebih personal & limited siapa yang boleh tengok.

Sampailah satu hari, aku tengok dia post dia accident (dia sangatlah jarang post, tak tahu la kalau hide dari aku ke apa hahaha). So aku pun memberanikan la diri untuk reply, even aku takut sebenarnya hahaha. Sebab nampak teruk kan, kenderaan dia jelah, bukan dia.

Pastu sangat laju ya reply lahhhh dulu tak camtu pun hahahaha. Dia ok je masatu, and dia macam dah berubah sikit la macam tak bosan sangat. Tapi aku tak lelebih pun. Sekadar tanya keadaan je.

Pastu beberapa bulan berlalu, paling latest lah ni cerita dia. Suami kawan aku tu dia memang tak boleh nampak muka aku ke, dengar suara aku ke, atau nampak wife dia chat aku ke, dia meeeeeesti mention pasal si aneh tu.

Aku selalu layankan aje, sebab anggap bergurau kan. Tapi tiber dia cakap, “si polan tu selalu je tanya kau, dia siap tahu update terkini apa kau buat, dia tu nak je sebenarnya, tapi dia malu.” lahhhhhhhh aku bebetul tak paham dengan apa yang nak dimalukan hahaha.

Bagi aku benda macam ni, perempuan yang patut malu kan? Pastu kan sejak dia cakap pasal benda ni, dia macam kerap post kat status?

Apakah ini miska hahahaha serious aku tidak faham dengan si aneh itu. Posting tu macam nak attention pun ada, tiber post yang dia kesunyian ehhhh tiber sangat engko hahahah.

Sebab tu aku cakap dia aneh, sebab dia memang aneh kan? Haha..

Sekian, tutup salam.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dik,kalau kau nak kau je make a move. Lelaki pemalu itu wujud dik. Dalam relationship it takes two to tango. Tak de rule lelaki je wajib make a move. Lagi pun Dia dah perah keberanian untuk start msg dulu. Kalau dia tak nak tak de nyer dia nak msg.Dia lambat dok bawak 30km sejam kau suruh dok tepi kau bawak 90km sejam. Tak kisah sapa driver yang penting sampai.
    Ada orang especially orang introvert memang kau kene approach dulu. Dia punya nak mulakan tu selalu pikiran dah sampai London tapi action non hado.Apa jadi belakang kita yang penting kita dah usaha. Jodoh perlu usaha. All the best kalau berjaya jgn lupa doakan akk jugak..heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *