Si Annoying

Harap-harap kisah ni keluar time raya. Kalau time puasa.. banyaklah dosa beterbangan nanti.. huhu. Aku saja tulis menda ni, saja nak share sebab otak dah terlalu semak. Tepu. Kadang takleh nak fikir. Harap sangat korang dapat berikan komen yang membina. Thanks uolls!

Kisahnya begini, aku seorang isteri yang bahagia dengan life aku. Except Si Annoying ni, adik suami. Apa yang aku cerita ni ada maklumat yang terpaksa aku ubah atas sebab privacy, harap faham ya. Tapi, jalan cerita semua sama.

Kisahnya, aku kahwin dengan suami aku kurang 10 tahun yang lalu. Orang selatan semenanjung. Aku asal Lembah Klang.

Mula-mula kahwin, aku okey saja menyembang dengan mertua. Lepas suami aku tegur, dia cakap ada benda yang perlu kita simpan dan tak perlu sembangkan, aku pun berhati-hati bila bercakap.

Orang rapat yang kenal aku for sure tahu aku jenis happy-go-lucky. Tapi dengan keluarga suami, aku jadi macam orang lain. Ohemgi, sedih betul.

Dulu awal-awal kahwin, aku seronok saja nak bagi mak mertua aku hadiah. Dia memang baik, pak mertua pun ok. Kalau aku bagi mak mertua aku something, aku bagi dekat adik dia gak. Adik dia seorang saja perempuan.

Mula-mula aku bagi hadiah, mak mertua aku pass dekat dia. Mak mertua aku puji sikit, aku senyum saja. Tapi adik dia buat tak pandang muka aku, acuh tak acuh gitu.

Aku mula ingatkan, yelah kot dia segan. Aku kan baru kahwin. Aku ingat lama-lama akan okey saja. Aku tak ambil hati pun. Tapi lepas dah banyak sangat siri kejadian yang dia buat dekat aku, aku tak rasa nak buat baik lagi dah dekat dia. Kalau aku bagi hadiah pun untuk anak-anak dia saja.

Tu pun aku tak pernah dengar lagi dia ucap terima kasih pada aku or suami kalau bagi anak-anak dia hadiah. Even dia tahu saja hadiah tu dari aku, tapi gitulah manusia.

Banyak benda yang dia dah buat sampai aku terasa sangat. Tak tahu nak describe macam mana. Uolls boleh imagine situasi aku nanti. Masa dapat anak pertama, aku terpaksa duduk rumah mertua.

Aku tak prefer sangat, tapi keadaan memaksa. Mak aku jaga ayah aku yang sakit. Rumah aku dengan mak aku jauh, suami aku susah nak berulang-alik bawa ke KK. Lagipun dia bekerja sendiri masa tu, duit cukup-cukup saja.

So, aku terpaksa duk berdua dekat sana dengan anak aku. Rasa macam awkward sangat, tapi aku bertabah jelah.

Dekat sini memang pelbagai kisah la terjadi. Sebab adik dia pun baru nak habis pantang. Ada masa, aku dengan dia saja duduk dekat ruang tamu rumah dengan baby. Ada sekali tu, aku dengar dia bercerita dengan anak kecil dia plan mereka lepas ni.

Lepas ni, kita akan beli takaful untuk anak mummy, keluarkan duit KWSP untuk buat rumah kita and so on. Gaya cerita macam nak bagi 1 kampung dengar. Aku pasang telinga saja, tak menyampuk.

Masa tu aku tengah sedih dengan keadaan aku. Aku kerja sendiri. Kalau ada kerja, ada gaji. Suami aku pula dah kena terminate, tak pernah kerja sendiri.

Lepas kerja sendiri, memang situasi jadi teruk. Tapi aku still ada reserved cash untuk bayar komitmen bulanan aku. Suami aku berlainan dengan aku.

Cuma aku terfikir, kenapa dia cakap camtu eh. Aku bukan tak ada akaun KWSP langsung, sebelum kerja sendiri aku pernah menjawat jawatan di bidang RND dan construction. Bidang engineering memang bidang aku.

Aku pernah sembang dekat mertua aku pasal pendidikan aku, tu pun sebab diorang tanya. Kalau tak, aku takkan cerita. Aku study dekat top public universiti dekat KL.

Tak pernah aku share cerita pasal diri aku dengan adik suami atau keluarga dia sebab aku tak rasa adik dia jenis boleh diajak bersembang, sharing cerita dengan aku. Yang lain semua lelaki, aku memang bukan sembang sangat dengan adik beradik lelaki dia.

Aku berhenti kerja dulu pun sebab aku rasa enough is enough. Siapa pernah duduk situasi ni, dia tahulah. Bukan bermakna aku tak pernah bekerja dengan orang langsung, tak tahu apa itu KWSP. Tak kenal takaful ke, padahal takaful aku sign up seawal aku bekerja. Ada 3-4 polisi.

Then, kenapa dia nak bercerita macam nak bagi sekampung tahu. Tapi cuma ada aku dan anak aku saja dekat situ. Aku tahu aku loser sangat time tu, yelah time takde duit tapi duit cukup-cukup utk belanja komitmen aku. Aku bukan jenis nak bagi CCRIS report aku teruk. Aku jenis plan awal.

Lepas aku kerja sendiri, kerja aku pun quiet okey. Boleh dapat hampir 9k time bujang. Cuma busy takde masa.

Lepas kahwin, terpaksa tak busy sangat, jadi kurang sikit income even still lebih 5k. Alhamdulillah. Tapi gaji aku ke apa, aku tak pernah reveal dekat sesiapa pun. Suami aku tahu gitu-gitu saja.

Cuma lepas kes suami aku terpaksa kerja sendiri, aku terpaksa keluarkan cash saving untuk belanja keluarga.. huhu.

Habis duit aku bayarkan bil-bil etc termasuklah bayarkan takaful suami aku. Tapi aku takdelah cerita dekat sesiapa. Simpan sendiri saja, suami aku tau saja. Tapi aku tau, confirm dia takkan buka cerita tu dekat family dia.

Sampai lepas pantang, balik rumah aku dan aku terbaca mesej dekat phone suami aku. Mesej dari adik dia. Kata call suami aku tak berangkat, call aku pun sama. Pastu dia samakan perangai aku dengan abang dia?

Kisah sebab bank call sebab abang dia tak bayar komitmen bulanan. Macam aku cakap, kami memamg ada masalah kewangan. Tapi, aku memang ada reserved cash.

Cuma kalau aku bayarkan komitmen suami, lepas tu kitorang makan pasir hari-hari..gitu ke? Lagipun, aku malas nak campur hal suami sebab aku penat dah nasihat minta cari kerja balik, tapi dia tak nak.

Lagipun, sepanjang awal kahwin, takde sikit pun nafkah aku terima. Aku tak rasa tu satu masalah dulu sebab aku memang berduit.

Tapi, sebab dah banyak sangat duit aku keluar sampai time pantang aku ada cukup-cukup saja buat bayar komitmen dan sikit lebihan, takkan tu aku kena guna untuk bayar komitmen suami pula.

Suami aku pun takkan bayarkan komitmen aku even aku tengah pantang. Pelik kan bila time pantang aku tak kerja tapi suami minta duit untuk belanja makan? Siapa yang bekerja sebenarnya.

Sebab tu bila aku terbaca mesej adik dia, aku marah giler. Serius. Tolonglah..aku yang bermasalah atau abang dia? Tapi aku tak bagitau dekat suami aku sebab dia tengah emosi tak stabil sebab stress takde duit.

Cuma mulai dari hari tu, aku memang terasa giler dekat adik dia. Enough is enough. Setakat yang aku ikhlas saja kalau bagi dekat adik dia.

Pasal adik dia kata aku sama dengan abang dia sebab aku tak angkat phone bila diorang call tu pun 1 hal. 1, aku mana nak tahu bila diorang nak call. 2, handphone aku rosak.

Aku guna no lain dan telefon cikai lain. Confirm aku tak tahu kalau ada orang call. Dan diorang pun tak tahu aku ada nombor lain. Part mana yang dia nak kata aku sama dengan abang dia eh? Sebab aku tak angkat call? Tu saja point dia? W.t.heck.

Satu lagi aku nak cakap, kalau kau tak tahu apa-apa pasal hidup abang kau dengan isterinya, kau diam. Just shut up. Kau tak tau apa, tetiba kau masuk campur. Kau ingat kau siapa? Serius aku menyampah dengan makhluk macam ni.

Aku tak pernah cerita benda ni dekat sesiapa. Dengan mak aku, lagilah tak. Tapi masa aku pantang anak pertama, benda tu terbongkar sendiri even aku tak cerita dekat mertua aku.

Tapi diorang macam faham. Diorang terus call suami aku. Tapi diorang mungkin tahu luar sahaja. Tak tahu lebih lanjut pasal masalah kewangan kami etc. Susah untuk aku ceritakan.

Lepas kes mesej tu, aku pun buat biasa saja dengan adik dia. Aku dapat rasa dia tak suka aku. So, kalau aku bagi hadiah apa, aku bagi untuk anak dia. Bukan untuk dia. Aku tak nak sakitkan hati sendiri. Tapi kalau mertua aku, aku okey saja. Diorang baik, aku sayang saja.

Kadang-kadang memang ada situasi aku terpaksa duk lama dekat selatan tu dengan mertua atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kalau lama aku cuti dekat sana, memang lagi seksa la hidup aku except kalau adik dia tak balik rumah mak ayah dia. Kalau adik dia tak balik, memang aku syukur sangat. Takdelah aku nak menghadap muka annoying tu hari-hari. Boleh muntah hijau aku.

Ada satu waktu tu, bila aku balik sana time anak sulung aku dah besar sikit. Aku dengar adik dia cakap macam ni:

“Kenapalah anak tu tak pakaikan anting-anting blablabla..”. Anak aku perempuan baru umur setahun atau 2 tahun lebih masa tu, memang tengah lasak. Kalau pakai, mau tertarik telinga dia.

Bahaya. Adik dia cakap depan aku, tapi tak mention nama aku..macam menggumam sendiri tapi saja nak bagi aku dengar. Apelah masalah dia eh?

Aku bukanlah jenis menantu tak kenang budi, aku masuk saja dapur setiap pukul 7. Sama-sama sediakan breakfast dengan mak mertua aku. Menyapu pagi-pagi.

Awal-awal dulu tak biasa, sekarang ok sikit. Basuh dan sidaikan baju-baju. Aku sedar diri pun, duduk rumah orang kan. Pandai-pandailah kena bawa diri.

Walaupun menantu, orang akan tetap anggap aku orang luar. Kadang aku menung gak, apa aku jahat sangat ke sampai adik dia tak suka aku. Aku muhasabah diri balik la kot aku ada buat silap. Ntah la, aku dah penat fikir.

Kalau time raya, aku ke dapur tolong apa yang patut. Kadang aku tanya dekat adik dia, nak buat apa. Aku mana tau, rumah orang kan.

Jadi aku tanya. Jawapan biasa dia, takde apa nak buat. Tapi aku tengok diorng busy siapkan makanan, aku dekat dapur buat juga la tolong buat benda lain.

Aku teringat nak basuhkan balang kuih raya, tetiba aku nampak adik dia duk keluarkan balang. Bila aku sapa, dia buat muka. Mungkin dia tak suka tengok aku macam relaks, padahal bila aku tanya, takde nak buat apa. Annoying betul. Dia kemas balang tu sambil buat muka. Aku buat tak tahu.

Aku tolong kemaskan balang dan isi kuih apa yang patut. Aku fikir aku memang nak tolong lagi awal, tapi rumah orang. Aku mana tau diorang ni simpan bekas kuih dekat mana. Alang dekat rumah mak aku pun aku fail cari barang sorok-sorok ni. Lagikan rumah orang. Hmm.

Sekarang kalau balik pun lama-lama dekat sana dan adik dia ada, dia takkan tegur aku apatah lagi nak menyembang even jumpa berdua saja dekat dapur. Aku kadang nak tegur pun rasa janggal. Yelah, asal jumpa saja, buat muka ketat.

So, aku belajar dari dia. Kalau aku jumpa dia, aku pandang tempat lain, atau aku buat-buat macam dia tak ada. What u give, u get back. Kalau dia takde dalam hidup aku, lagi bagus! Aman hidup aku.

Tapi benda ni biasalah, suami aku tak pernah perasan. Well, depan suami aku biasa la adik dia pijak semut tak mati. Depan orang lain tetiba time dia nak balik, boleh pulak jumpa aku dekat dapur tengah makan cakap nak balik sambil senyum meleret.

Padahal, kalau jumpa aku berdua saja, buat muka ketat dan langsung takkan tegur. Fake giler. Banyak lagi kisah lain pasal si Annoying ni, kalau tulis boleh berkajang macam baca surat cinta nanti.

Sekarang, aku tengah serabai otak sebab suami aku ajak duk selatan sana. Kami pjj lepas beberapa tahun kahwin. Suami dapat kerja lain lepas tu.

Dia duduk selatan tanah air, dekat-dekat la sikit dengan rumah mak ayah dia. So, dia ajak aku duduk sana. Aku bagi syarat, antaranya duk jauh dari keluarga dia even hati aku kata, aku macam tak rela.

Tempat yang aku fikirkan sesuai dalam 30 minit dari area adik dia, 1-2 jam gak dari rumah mertua. Tu pun aku rasa ralat gak..huhu. Kalau boleh nak sejauh 1-2 jam dari tempat keluarga dia.

Bila suami aku tanya, baru aku sembang cerita seperti di atas. Dah bertahun kahwin, baru aku dapat share citer pasal adik dia. Yelah, dulu aku ingatkan lama-lama okey. Hareyy. So aku terpaksa buka mulut sebab apa aku tak nak duduk dekat dengan diorang.

Dah la orang tak suka aku, aku lagi tak hingin nak duduk dekat-dekat tempat dia. Aku dah le tader keluarga dekat sana. Sedih betul. Suami aku nak suh aku balik sana sebab anak-anak sedang membesar, pjj buatkan anak-anak aku rasa macam jauh sangat dengan ayah dia. Aku sedih jugak.

Suami dah serik nak kerja area sini dah. Dia dah try cari kerja sini, tapi tak dapat yang betul-betul sesuai. Ada juga yang dapat tapi memang tahap perah keringat kita habis-habisan sampai keluar awal subuh, balik lewat malam. Pergi dan balik kerja anak-anak tengah tidur.

Tapi tulah. Aku bukan tak nak pergi, tapi situasi ni mcm tak memberangsangkan. Area yang aku nak duduk nanti, aku pastikan aku ada kawan-kawan dekat sana.

Setakat ni ada 2 orang kawan yang betul-betul aku kenal dekat sana. Yang lain satu U gak, tapi tak berapa kenal. Disebabkan aku kerja sendiri, aku kena pastikan aku dapat bekerja gak di kawasan baru nanti.

Korang rasa macam mana? Apa patut aku buat ya? Aku harapkan komen yang membina untuk bantu aku melalui pancaroba dunia ni.. huhu. Aku tak boleh nak ubah manusia lain, aku cuma boleh ubah diri sendiri saja. Harap korang dapat bagi idea.

Big thanks!

– Fantaghiro (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *