Si Bodoh Yang Tersilap Langkah

If kau rasa macam, “Aku tak tahu lah dengan diri sendiri ni. Makin aku cuba untuk berubah, makin susah jadinya”.. kau hampir sama dengan cerita aku beberapa tahun yang lalu.

Aku Aina (bukan nama sebenar). Aku terjebak dengan kancah ketagihan video porno ni masa usia aku muda lagi. Zaman kanak-kanak aku tak sama dengan budak sebaya aku.

Aku bukan jenis bercerita even pada family sendiri.. So, aku decide untuk pendam selama mana aku boleh. Mak ayah aku dulu duduk sebumbung dengan nenek aku (mak kepada ayah). Nenek aku pulak dia memang dari abang sepupu aku kecik dia yang jaga.

Beza usia aku dengan abang sepupu aku 12 tahun. Masa aku 5 tahun, aku pernah jadi mangsa kepada abang sepupu aku. Yes memang dia tak rogol aku, tapi dia selalu buat sexual harassment yang lain. Cuma entahlah masa tu terlalu muda kot, jadi aku tak berapa nak ingat sangat apa yang jadi.

Tapi setahu aku benda sama jadi lagi masa aku nak masuk tadika. Rumah nenek aku tu kalau hari-hari biasa, isnin sampai jumaat memang agak sunyi.

Masa usia aku 6 tahun, memang ya mak ada bawak aku masuk tadika apa semua. Mak akan ambik aku balik tadika tu, tapi dia akan hantar aku balik rumah nenek then dia akan pergi rumah atok aku (bapak mak) sebab atok aku dah uzur dah and tak ada siapa jaga dia kalau mak cik aku kerja.

Ayah aku pulak kerja and kadang outstation so tak balik rumah. Adik beradik lain pulak sekolah 2 sesi, pagi and petang memang dekat malam baru lah boleh main dengan diorang.

Mak bukan taknak bawak aku sekali ikut dia pergi rumah atok, tapi bila mak buat macam tu, nenek aku ni akan tinggal rumah sendiri kekadang tu sebab abang sepupu aku tu dah kerja. Cuma tu lah kerja main-main agaknya. Kadang ada kat rumah, kadang tak ada.

Nenek aku pun banyak masa dia terperap dalam bilik belakang and dia bukan tahu pun apa yang jadi dekat ruang tamu.

Abang sepupu aku ni tah lah aku tak tahu macam mana dia boleh dapat DVD, CD cerita-cerita lucah tak bertapis. Dia pulak mana nak segan dengan aku yang budak masa tu, dia bukak jer cerita tu kat TV dekat ruang tamu.

Kalau aku lalu depan dia pun dia buat tak kisah, malah kadang tu ajak aku sekali untuk tengok and slow2 cuba sentuh aku. Dia kata apa yang dia buat tu just “main2” and “manja-manja” dengan aku yang masa tu budak hingusan ni.

Bila benda dah kerap sangat jadi and buat aku makin tak selesa and rasa pelik dengan dia, aku pun cerita dekat mak aku personally. And yaa… mak kata aku mengarut. Macam mana budak kecik macam aku dah boleh menipu sebegitu rupa and dia pun kecewa dengan aku.

Dia yakin yang aku menipu tu sebab ada sekali tu dia tak pergi rumah atok aku untuk jaga atok macam biasa, and masa tu dia tak nampak pun abang sepupu aku buat macam tu even dia curi-curi perati dari bilik.

Aku syak masa tu abang sepupu aku tahu jer mak aku ada kat rumah sebab motor dia terparking elok dekat halaman rumah.

Tak puas hati dengan tu, mak aku pun apa lagi tanya direct kat abang sepupu aku. And yaaa abang sepupu aku nafikan benda tu siap set-set dia merajuk and mengadu kat mak ayah dia lepas tu apa lagi, gaduh besarlah antara mak aku, ayah aku, dan nenek.

Nenek ni pantang cucu kesayangan dia orang sentuh tau. 3 tahun jugaklah perang besar tu jadi sampaikan mak aku dah kurang bertegur sapa dengan nenek even sebumbung and mak siap mintak ayah pindah keluar lagi. Tapi ayah degil, dia tak nak sebab dia sorang jer anak laki yang nenek aku boleh harapkan.

Lepas kejadian tu, aku kerap jugak mimpi benda bukan2 and mostly related to se*s. Aku cuba buang semua tu, tapi macam dah sebati. Every scene dalam CD, dan DVD abang sepupu aku tu satu-satu aku ingat and dah jadi macam pengantar tidur dah.

Masa umur aku 11 tahun, aku ingat apa yang aku alami tu just imaginasi aku, yang sebenarnya benda tu tak terjadi pun, tapi statement yang keluar dari mulut abang sepupu aku sekali lagi meyakinkan benda tu terjadi.

Ada satu hari tu motor abang sepupu aku problem and dia nak pergi kerja. Jadi dia mintaklah kakak aku tolong hantarkan dia, tapi masa tu pun kebetulan kakak aku nak hantar aku pergi sekolah.

Then masa dekat motor tu dia ada suruh aku betulkan tudung bahagian belakang aku yang kena tiup angin tu sampai kena kat muka dia, pastu dia cakap “suka sangat seksi-seksi ni kenapa, nak aku touch lagi”.

Masa tu aku yakin yang kakak aku tak dengar sebab dia fokus kat jalan jer dengan pagi tu jalan sesak bagai. Masa ni nenek aku dah pindah rumah tapi still duduk dengan abang sepupu aku tau, rumah diorang pulak jaraknya berapa tapak jer dari rumah nenek aku yang lama.

Lepas dia cakap macam tu aku jadi macam lagi malu untuk jumpa dia. Tak tahu rasa apa, tapi perasaan tu bercampur.

Masuk jer aku sekolah menengah, aku stop fikir benda-benda bodoh tu. Fikir nak lulus SPM and PMR jer. Tapi masa tu abang sepupu aku ni still ingat aku ni pernah jadi mainan dia dulu.

Kadang tu ada jer kata-kata lawak yang double meaning dia cuba buat. Kadang rasa nak rejam jer dia bila dia ada depan mata. After SPM aku dapat tawaran sambung matrik. Aku ingat tu lah cara terbaik untuk lari dari dia, but benda tu salah.

Masuk jer matrik aku kenal kawan-kawan yang suka bersosial even ada background budak agama. Aku ingat nak kawan dia untuk fix perihal agama aku yang dah kelaut. Tapi silap. Dia perkenalkan aku untuk bersosial, couple, sex, and yaaa lgbt punya fahaman.

Pernah sekali tu bila ramai penghuni asrama kolej kediaman yang lain balik ke kampung halaman sebab cuti, tapi dia pilih untuk stay dalam dorm aku. Konon suruh aku teman dia yang tengah broken sebab break dengan pakwe dia, sekali dia ajar aku benda bukan2.

Masuk uni aku ingat boleh lari lagi dari that circle and pemikiran macam tu. But masuk uni lagi lah banyak cabaran dia. Pointer drop but i do it sampai habis jugak. Graduate with pointer cukup-cukup makan. Masa banyak habis untuk berkurung dalam bilik and layan porn video tanpa rasa serba salah.

Orang luar mungkin ingat aku ni perempuan baik, jaga ikhtilat so on. But… itu luaran. Aku bataskan pergaulan aku sebab aku tahu benda tu boleh menjahanamkan aku lagi yang sedia dah jahanam ni.

Then aku pilih last choice untuk settlekan benda2 gila” ni dengan berkahwin. Tapi sebabkan benda tu dah sebati, sejauh mana aku lari, dia akan kembali.

Aku pernah cuba refer psikatari senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, but aku frust. Aku penat. Hari-hari kena makan ubat, hari-hari kena cerita benda yang mengaibkan diri sendiri dekat psikatari yang tah pakai ke tak istilah “cerita sini habis sini”.

Bila anak aku lahir, aku ingat benda tu akan stop. But tak jugak. Bila suami aku sibuk dengan kerja, aku rasa makin candu dengan fantasi se*s sendiri. Dari kami sewa rumah sendiri sampailah pindah duduk dengan mertua, baru lah aku mula tertarik pada benda lain. Apa? Cybersecurity. Cerita dia ….

Aku kan selalu tengok video porno dari website-website dekat laman sesawang. Bila aku turn on wifi and connect dengan wifi rumah mertua aku, aku mula rasa aktiviti aku tu diperhatikan.

Mula-mula aku ada nampak mertua aku mengeluh sebab bila dia bukan youtube, mesti akan ada iklan-iklan ubat kuat, and iklan-iklan berkaitan hubungan intim tu sedangkan dia tak pernah pun buat search kat benda-benda macam tu. Dan benda tu jadi start aku ada kat rumah dia.

Aku telan air liur kejap. Teringat pulak adik ipar yang kerja sebagai cybersecurity, matilah aku kalau dia tahu. Jadi kat situ mula lah nak hack router rumah mertua semata aku nak padam history laman web yang aku pernah layari dengan menggunakan wifi dia.

Aku cuba buat search macam mana nak padam semua, tapi ayat dan istilah yang sedia ada buat aku pening lalat sebab bulan aku tahu apa benda sebenarnya pun.

Then kat situ aku cuba cari cara macam mana aku nak mahir about cybersecurity. Aku tekad masa tu untuk kerja and dapatkan modal untuk aku belajar secara part time pasal cybersecurity.

Then banyak masa aku habiskan untuk settlekan study aku. Rupanya aku ni pandai jugak, cuba bodoh dalam tindakkan. Menghalalkan nafsu yang songsang.

Bila aku dah habis buat study aku tu, aku tekad untuk ubah cara pemikiran aku. Bila kita fokus benda lain, kita tak akan fikir about nafsu semata-mata. Orang yang bodoh dan hina jer akan kalah dan kalah pada nafsu. After tu kan… aku fokus pulak bab baiki iman aku. Slow2 lah…

Bertahun tau baru boleh keluar dari kancah tu. Bila aku balik kampung, and aku dengar ada orang lain jadi magsa abang sepupu aku and orang tu budak lagi but family dia pun tak tahu nak buat apa, jadi aku tekad untuk tolong.

Now… abang sepupu aku tu ada kat pusat tahanan, dia dipengaruh nafsu dan dadah.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *