Hye semua. Tujuan aku menulis confession ini ialah untuk meluahkan semua yang terpendam dalam hati berkenaan dengan “suami yang terlalu baik dengan keluarganya”. Pertama sekali, sorry tau kalau bahasa dan teknik penceritaan yang kurang menarik. Hehe.
Perkenalkan nama bukan sebenar aku, Marimar. Lewat 20an. Government servant. Suami pula di awal usia 30an. Nama bukan sebenarnya, Apeda. Kerja sendiri dan pandai cari side income.
Ceritanya bermula begini.. Aku dan suami sepatutnya berkahwin pada 2015 tetapi disebabkan desakan keluarga suami, kami terpaksa menangguhkan perkahwinan kami,
Ini kerana suami diminta menghulurkan wang sebanyak 20k++ untuk belanja perkahwinan (hantaran+kenduri kahwin) abang suami yang ketika itu tidak mempunyai pekerjaan.
Hal ini semestinya mengecewakan aku! Tak jadi kahwin kerana suami nak dahulukan perkahwinan abgnya dengan duit simpanan suami!
Bukan itu sahaja, suami juga menyediakan kelengkapan rumah yang sudah usang di rumah mentua agar isteri kepada abangnya merasa selesa.
Sesudah perkahwinan abang suami, mereka dibekalkan dengan dua kereta 4 wheel dan 1 kereta wira oleh suami.
Suami pernah bagi tau, tujuan kereta2 itu ditinggalkan dengan mereka adalah untuk tujuan kecemasan (sekiranya ibu/ ayah suami ingin ke hospital) dan juga untuk tujuan menghantar ayah suami pergi solat jumaat.
Malangnya, selama kereta2 itu di dalam jagaan abang suami dan isterinya, tidak pernah mereka menghantar bapa ke masjid.
Suamilah yang terpaksa balik daripada tempat kerja, untuk membawa bapa ke masjid solat jumaat. Walhal ketika itu, abang suami tidak bekerja. Apa yang lebih mengecewakan aku, kereta2 tersebut digunakan untuk kepentingan isterinya balik kampung dan bersiar-siar.
Pernah sekali, isterinya meminta untuk menggunakan kereta yang suami gunakan atas alasan kereta yang suami gunakan lebih “selamat” (tak kena tahan jika ada roadblock). Tujuan si kakak ipar suami itu adalah untuk membawa ibunya yang tidak mempunyai dokumen bersiar-siar.
Aku pernah ingatkan suami, agar jangan keterlampauan membantu. Nanti bila kami dah kawin, hal2 sebegini akan menjadi punca pergaduhan untuk kami. Dan akhirnya selepas beberapa tahun, sampailah jodoh kami dan suami.
Namun situasinya tetap sama, suami tetap membayar ansuran bulanan, insurance dan roadtax kereta2 yang digunakan oleh abang ipar aku.
Aku rasa tak adil la kan, sebab kereta aku, aku bayar sendiri! Aku suarakan dengan suami, dan akhirnya kami hanya bergaduh tanpa penyelesaian.
Bukan itu sahaja, suami selalu pinjamkan duit hampir berpuluh ribu kepada anak buahnya dan juga ahli keluarganya tanpa dibayar semula. keperluan di rumah mentua, hampir semua suami sediakan.
Kemuncak cerita ketidakpuasan hati aku ialah 1 bulan selepas aku melahirkan anak sulung kami,
Suami mengeluarkan puluhan ribu untuk renovate rumah mentua aku (tempat abang ipar dan isterinya tinggal) dengan alasan risau rumah itu roboh kalau ibu aku yang berbadan besar berada di sana. Sedihnya!
Dalam tempoh aku bercuti, suami tak berikan aku sesen pun wang belanja atas alasan aku sedang dalam pantang.. tak keluar rumah, tak boleh makan sedap2. Sekali lagi aku makan hati!
Beberapa bulan kemudian, aku balik ke rumah mentua untuk bawa anak aku jumpa neneknya.
Malang sekali nasib aku, apabila isteri kepada abang suami aku memberitahu ku, duit puluhan ribu yang digunakan untuk renovate rumah tu, suaminya yang pegang sekali dengan dompet. Aku sedih lah, sebab aku tak pernah pun buka dompet suami.
Terlalu malu, takut suami cakap aku mata duitan. Lepas tu, si biras tu cakap lagi suami dah ada sediakan dana untuk abang dia yang sorang lagi untuk kahwin.
MasyaAllah! Setahu aku abang suami yang sorang lagi pun sama takde kerja! Ubat dia setiap bulan suami yang belikan.
Biras juga menceritakan tentang masa lalu suami yang sebenarnya aku lebih tau. Namun, apa yang menyakitkan hati aku, biras aku cakap “selain kau, banyak lagi pilihan yang suami ada”.
Hati ku macam dibakar dengan api, kepala ku kembang seakan2 rambut ku berdiri! Aku tanpa berlengah, beritahu suami semua yang biras aku bagitahu.
Suami balik dalam keadaan marah dan membentak biras aku kenapa menceritakan hal yang tak sepatutnya kepada aku. Biras dalam keadaan menggigil, meminta maaf kepada suami.
Lepas dari kejadian tu, aku sentiasa rasa insecure dan tak puas hati. Aku tertanya2 kalau suami tetap menyediakn belanja kahwin abang yang sorang lagi.
Aku desak suami ku agar tidak membenarkan kreta2 digunakan untuk kepentingan biras aku. Biarlah kereta tu hanya untuk kepentingan mentua aku.
Namun suami berdegil. Suami kata, urusan isteri kepada abangnya, ialah urusan abangnya dan suami tak mempunyai hak untuk menghalang.
Aku juga tidak mempunyai hak untuk menegur kerana kereta itu memang sudah sedia ada sebelum kami kahwin, kata suami. Padahal, sebelum kereta itu dibeli, kami sudah sepatutnya kahwin tapi tak jadi sebab dia nak bagi laluan kepada abang dia tu. Salahkah aku?
Aku buat macam tu sebab aku taknak suami jadi tempat adik beradiknya bergantung. Suami anak bongsu tau. Di atas suami ada banyak lagi adik beradik lain yang juga mampu sekiranya ingin mengahwinkan adik beradik yang lain.
Aku masih ingat lagi selepas kami kahwin, kakak ipar aku ajak kami bercuti ke luar negeri sahaja. Namun aku menolak kerana tak sedap badan. Rupanya aku bunting pelamin.
Percutian mereka tetap diteruskan tanpa aku dan suami, namun suami diminta untuk menanggung tiket penerbangan dan perbelanjaan ibu mentua.
Aku bukan tak suka, tapi kami baru saja kawin. Pasti sudah banyak wang yang dibelanjakan. Lagipun, adik beradik yang lain kan ada. Boleh je collect2 untuk biaya percutian ibu mereka. Takkan semua nak harapkan suami aku?
Sehinggalah pada suatu hari, suami aku tak tahan dengan kelakuan aku yang setiap hari protes. Suami screenshot perbualan kami, dan hantar kepada setiap adik beradik dan kluarganya. Kami bergaduh besar dan ayah mentua datang ke rumah aku untuk membincangkan hal aku dan suami.
Seperti yang aku jangkakan, mereka tidak tahu kseluruhan punca pergaduhan aku dan suami. Yang mereka tahu hanya, aku tidak mahu kereta suami dipakai untuk kgunaan biras ku dan aku marah kerana suami membaikpulih rumah mentua.
Ketika itu, suami menjatuhkan air muka ibu ku dengan mengatakan wang yang digunakan untuk membaikpulih rumah mentua adalah wangnya bersama dengan abang ipar aku yang dia tanggung perkahwinan tu!
Suami juga memberitahu, dia pernah bernazar untuk membantu adik beradiknya yang susah sekiranya dia berjaya dalam kehidupan.
Alhamdulillah, mentua aku orang yang baik dan tidak sukakan pergaduhan. Kami suami isteri berbaik juga pada akhirnya sebab memikirkan anak yang masih kecil.
Namun, sampai sekarang aku tak tahu kereta2 tu masih digunakan untuk biras aku ataupun tak. Aku taknak tahu, takut sakit hati lagi.
Aku ni, kebanyakan perbelanjaan dan kemahuan ku, aku guna kan duit gaji sendiri dek kerana tak mahu menyusahkan suami. Disebabkan itu aku jadi marah bila suami disusahkan oleh orang lain dari segi kewangan.
Pembaca sekalian, andai kata aku silap dengan membenci pertolongan suami kepada adik beradiknya, tolonglah beri aku nasihat agar aku dapat memahami suamiku.
– Marimar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit