Si Bulus Si Kurang Upaya II

Untuk part I, (https://iiumc.com/si-bulus-si-kurang-upaya/).

Assalamualaikum dan hai readers. Ini sambungan cerita kucing istimewa saya, Grey, yang kedua dan terakhir. Kepada yang ingin baca kisah dulu, boleh tengok link kat atas.

Saya baca semua komen. Terima kasih. Tentunya anda pencinta kucing.. Alhamdulliah. Ada yang cadangkan saya buat fb untuk Grey. Mana mungkin yer sebab saya pun tak ada fb. Haha..

Sebenarnya saya baca iiumc melalui fb anak. Dia tak kisah saya bukak sebab katanya tiada rahsia. Lagi pun remaja sekarang lebih minat ig kan…. jadi fb tu dah macam saya punyalah.

Tak pernah pulak saya komen, like atau share sebab tak nak terjadi apa-apa nanti tentu anak saya yang terkesan.

Berbalik tentang kisah Grey. Satu hari saya nampak Grey ulang alik kat pasir dia lebih enam kali. Saya pun tengok la apa ada kat pasir tu. Tak ada pun air kencing atau najis. Habis tu dah kenapa…

Saya pun teringatlah ada orang yang saya jumpa kat klinik cerita tentang kucing dia ada masalah kencing. Macam batu karang, gitulah lebih kurang.

Petang tu saya pun bawa Grey jumpa vet. Cerita apa yang jadi. Vet tu dukung Grey ke sinki… raba2 perut. Cari pundi kencing katanya. Dia picit dan terpancutlah air kencing Grey. Macam tu jer… vet tu kata, tak ada masalah sebab kencing dia keluar elok jer.

Tambah vet lagi, mungkin Grey tak nak share pasir dengan ciktam so dia tahan kencing… aduh, saya rasa nak tepuk dahi . Mungkin Grey ni sangat pembersih agaknya.

Dia cadangkan saya supaya asingkan pasir Grey. Tengok kesan dia dalam seminggu. Kalau masih sama, datang semula. Balik rumah, saya ikut saranan vet. Esoknya saya perhatikan Grey dah kencing macam biasa. Tak ada ulang alik dah… Allahu.

Selesai masalah. Sebulan berlalu, satu petang Grey termenung di tangga paling atas dalam rumah. Bila anak lelaki saya Akmal lalu, dia mengiau dengan sangat perlahan. Diaorang berdua ni macam ada ‘bonding ‘.

Akmal cakap kat saya… ‘mak, Grey sakit’. Saya kata, ‘mana ada’ sebab dia nampak sihat macam selalu. Cuma sejak akhir2 ini dia tak berapa suka makanan kering.

Jadi saya dah mula bagi wet food. Ada lah dalam dua hari macam tu. Sebungkus tu pun ulang dua kali baru habis. Kadang2 ciktam yang tolong habiskan. Haha

Masuk hari kedua, Grey asyik tidor dan cara tidor dia pun sangat berbeza. Macam penat sangat. Jarang minum atau makan. Saya guna syring untuk suapkan air sebab nampak dia tak larat.

Tetapi Grey masih suka tidur di atas katil saya bila pintu bilik terbuka. Suka mengasingkan diri. Pernah Grey keluar ke porch tanpa sesiapa sedar. Puas mencari , tiba2 muncul bila pintu dibuka. Entah berapa jamlah dia duduk di bawah kereta agaknya.

Masuk hari ketiga Grey makin lemah. Saya dah tak sedap hati. Naluri saya, ada yang tak kena tetapi saya tak beri tahu sesiapa.

Kali ni saya nekad pergi balai polis ambik surat sebab nak rentas daerah. Ingat nak bawak Grey jumpa vet yang sama. Rasa nak nangis bila banyak pulak soal jawab. Procedure barangkali…. akhirnya saya dapat jugak kebenaran. Petang tu saya pergi jumpa vet.

Dia pun tak tahu apa sakit Grey. Agaknya keracunan kata vet sebab saya kata Grey ada muntah empat lima kali jugak. Tak keluar apa-apa cuma buih putih. Vet periksa suhu melalui dubur dia, sejuk katanya. Hati saya dah tak sedap. Satu jenis ubat sahaja vet tu bagi.

Di rumah, Grey makin lemah. Kalau sebelum ni Grey sangat aktif berkejaran dengan ciktam, kali ni dia nampak tak semangat. Dia cuba jalan perlahan ke pasir. Saya biarkan. Tiba-tiba anak perempuan saya tanya kenapa Grey baring kat pasir. Saya terkejut.

Saya angkat Grey. Baringkan atas tuala lama dan letak di ruang tamu, manalah tahu kalau dia terkencing atau terberak kat situ, saya tak kisah. Malam tu tidor saya bertemankan air mata. Saya menangis sendirian. Tak siapa tahu walau pun suami yang baring di sebelah.

Dalam diam saya berdoa, kalau Allah nak panjangkan umur Grey sembuhkanlah dia. Tetapi kalau ajal dia dah sampai, ambil lah Grey di saat saya sedang tidur lena. Tak sanggup rasanya nak hadap…

Kira2 jam 3 pagi saya terjaga. Sangat jarang saya terjaga waktu itu. Biasanya kalau nak solat tahajud pun saya bangun pukul 4.30 pagi. Tergerak hati nak tengok Grey.

Keluar bilik saya melihat lampu ruang tamu terpasang. Saya turun dan dapati Akmal sedang baring, Grey di sebelah dia. Saya urut Grey dan rasa lega sebab dia masih bernafas. Mungkin Allah makbulkan doa saya barangkali. Saya sambung tidur sehingga subuh.

Menjelang pagi, saya ke dapur untuk sediakan sarapan. Akmal letakkan Grey kat dapur, katanya senang saya nak pantau. Sambil memasak, entah kenapa mata saya asyik pandang Grey.

Tiba2 saya nampak kaki Grey kejang dan menendang2 dua kali. Saya pun terus bersila dan angkat Grey letak atas riba. Akmal dan suami hanya memerhati. Diam sepi.

Masuk kali keempat Grey kejang, dia terus diam. Saya tahu Grey dah tak ada tetapi ayat tu tak terkeluar. Mata dia terbuka. Perlahan-lahan saya urut dan rapatkan mata dia. Akmal lari ke ruang tamu. Menangis. Suami saya di sebelah. Menangis.

Saya rasa macam nak meraung. Air mata terus mengalir deras. Grey dah tak ada… akhirnya terkeluar juga dari mulut saya. Terus saya peluk dia. Masih hangat. Tetapi saya puas sebab dia pergi di atas ribaan saya.

Grey tinggalkan kami pada 30 oktober 2020 pada pagi jumaat yang mulia. Terima kasih Allah sebab pinjamkan kasih sayang Grey untuk kami sejak mac 2017.

Bila anak bongsu saya, Hanis dapat tahu, dia menangis di tepi Grey . Dia urut2 badan Grey yang dah kaku. Pada sebelah petangnya kami bawa Grey dan tanam berhampiran kawasan yang selalu saya pergi untuk berjoging.

Kini dah lebih sebulan Grey tinggalkan kami. Namun setiap kali saya melihat video-video Grey air mata saya tumpah lagi.

Saya tak pernah lupa saat pertama kali saya hantar ‘boarding’ kerana hendak bercuti ke luar negara. Pandangan mata dia sayu seolah saya hendak tinggalkan dia terus. Anak saya rakam video dan masih ada sehingga sekarang.

Sejak itu Grey dah jadi biasa. Setiap kali saya sekeluarga pergi holiday keluar negara, dia akan ‘boarding’ di tempat yang sama. Staf di situ pun sayang kat dia sebab tak banyak bunyi katanya. Tak banyak kerenah.

Tiga hari lepas Grey pergi, anak kedua saya, Myra belikan seekor anak kucing parsi. Dia hadiahkan kepada Hanis yang masih bersedih atas kehilangan Grey. Alhamdulillah …sikecik baru ini saya namakan Lokie.

Perangainya hampir sama dengan Grey…suara yang perlahan, jarang mengiau dan selalu menemani saya memasak di dapur. Adalah teman untuk ciktam bermain dan berkejar….

‘Sesungguhnya segala itu adalah milik Allah….dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali’

– Mama meow (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *