Hai semua kali ini saya akan berkongsi mengenai kisah insan yang telah menyelamatkan saya iaitu Puan M dan Puan J. Berikut adalah link confession yang lepas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
https://iiumc.com/si-buta-dan-
Sebenarnya ketika melahirkan saya mak berada di kawasan bandar iaitu di kawasan ibu negeri. Tidak lama kemudian mak berpindah ke sebuah daerah kecil agar berdekatan dengan keluarga.
Daerah tersebut agak membangun, jarak ke hospital yang terletak di bandar besar kira-kira 40 minit sahaja.
Saya sangat yakin pada ketika itu doctor yang merawat mata saya merupakan golongan pakar mata. Manakala di peringkat sekolah kes saya turut diketahui oleh para guru. Di pihak mak saya rasa usaha beliau adalah tiptop meskipun mak seorang yang buta huruf.
Dalam hal ini pihak yang saya persalahkan first sekali ialah para doctor kerana merekalah penentu sama ada rawatan boleh diteruskan atau rujuk terus ke JKM untuk saya didaftarkan sebagai OKU.
Kedua ialah para guru, takkan tiada seorang pun yang tahu mengenai Pendidikan khas??? Kecuaian ini sangat-sangat memberi kesan.
Kalaulah mampu untuk saya cari para doctor dan guru-guru saya yang dulu ketika ini, nescaya saya akan basuh mereka cukup-cukup hahaha.
Puan M dan Puan J pun tahu ke mana saya perlu dihantar, inikan pula mereka yang tahap Pendidikan lebih tinggi dan job scope yang lebih dekat dengan permasalahan yang saya hadapi erm…
So, kepada semua yang tertanya-tanya bagai mana saya boleh tercicir inilah jawapannya.
Kepada yang bertanya pada tahun 2021 saya di mana, alhamdulillah kehidupan saya sangat sempurna dan Bahagia. Saya akan kongsikan kisah-kisah saya secara perlahan-lahan agar mudah difahami.
Manalah tahu di masa-masa akan datang anda juga akan menjadi penyelamat kepada golongan OKU seperti Puan M dan Puan J. Ok done bebel dan intro yang sangat panjang, maaf ya…
Di daerah kecil itu mak sempat melahirkan dua orang adik dan daripada kelahiran merekalah mak mengenali Puan M dan Puan J yang merupakan jururawat. Perbalahan keluarga menyebabkan akhirnya kami berpindah ke daerah lain.
Di daerah baru itulah sekolah baru saya yang besar dan saya telah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.
Hubungan dengan Puan M telah terputus sekian lama sehingga saya berusia 10 tahun. Tiba-tiba, suatu hari terdapat sekumpulan jururawat datang ke kampung untuk melawat ibu-ibu mengandung di kampung itu.
Mak saya cuba mengintai-intai mereka dari jauh dan tak sangka Puan M dan Puan J ada di situ. Beliau telah dipindahkan ke daerah tempat kami menetap.
Hampir setiap hari mereka berkunjung ke kampung itu dan mereka akan singgah bersembang-sembang di rumah kami setelah selesai tugasan.
Akibat terlalu kerap berkunjung ke rumah Puan M dan Puan J akhirnya mulai perasan saya tak ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Saya sangat memuji tindakan mereka yang cuba mengambil tahu dengan bertanya kepada mak mengenai saya.
Untuk makluman anda dari rupa paras saya kelihatan normal, tiada cacat celah. Biasa orang kata rupa saya ala-ala mix Pakistan atau anak mummy sehinggakan saya pernah terfikir mungkin saya merupakan anak pungut kerana satu-satunya yang cacat dan rupa lain erm.
Akhirnya Puan M memberi tahu mak ada tempat khas untuk kanak-kanak OKU seperti saya dan mak perlu merujuk ke JKM. Urusan sangat dipermudahkan Ketika itu kerana pihak yang bertanggungjawab mencari golongan OKU sedang berada di daerah ini.
Saya dibawa berjumpa orang tersebut dan beliau menemuduga saya. Saya masih ingat soalan beliau “pandai urus dirikah? Boleh makan sendiri? Pandai basuh kain? Nak sekolah tak? Boleh berpisah dengan mak tak?”.
Soalan tersebut adalah untuk menentukan sama ada saya masih boleh dihantar ke sekolah untuk belajar akademik atau hanya dihantar ke pusat Latihan untuk belajar kemahiran seperti mengurut dan membuat bakul atas factor usia yang sudah terlalu lewat.
Terdapat dua jenis sekolah yang boleh menempatkan OKU iaitu sekolah Pendidikan khas dan sekolah integrasi.
Manakala bagi pusat Latihan antara kemahiran yang ditawarkan ialah kemahiran mengurut, kemahiran membuat bakul, kemahiran ICT, pengurusan pejabat dan kemahiran pengurusan diri.
Terdapat juga pusat Latihan yang menawarkan kemahiran muzik dan operator telefon. Manakala dari segi tahap Pendidikan di Malaysia terdiri daripada pra sekolah, sekolah rendah dan menengah, diploma dan setaraf, degree, master/phd.
Perjalanan hidup saya agak istimewa kerana saya pernah merasa bersekolah di sekolah biasa, sekolah Pendidikan khas dan juga sekolah integrasi.
Saya juga mempunyai pengalaman belajar di pusat Latihan dan pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di pusat Latihan OKU penglihatan.
Selain itu, saya juga telah melalui semua fasa di setiap tahap Pendidikan kecuali zaman pra sekolah dan yang setaraf dengannya.
Bolehlah disimpulkan saya mempunyai pengalaman yang agak luas. Pahit/ manis, suka/ duka, jatuh/ bangkit, semua ada.
Akhir sekali ambillah sedikit pengajaran dari kisah ini:
1. Tetamu itu pembawa rezeki, itulah rezeki yang Allah turunkan melalui Puan M.
2. Rajin-rajinlah kita mencari sahabat, kita tidak akan Berjaya seorang-seorang.
3. Yakinlah setiap manusia ada rezeki masing-masing, jangan ragu-ragu dengan kuasa Allah.
4. Lumrah kehidupan terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah, perlu sentiasa bersabar dan berusaha.
5. Kepada ibu bapa, tak kira sama ada anak anda OKU atau tidak, ajarlah mereka hidup berdikari dari kecil.
6. Kepada yang mempunyai anak OKU, terimalah hakikat, berkorbanlah, lepaskan anak anda ke tempat sepatutnya dia berada agar kelak dia menjadi seorang insan yang Berjaya.
Sekian sahaja, jaga diri semua.
– Si buta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit