Untuk part I, (https://iiumc.com/si-buta-yang-membebankan-keluarga/).
Ibuku menerangkan bahawa keluarga Tasha pernah didatangi seorang guru yang berusaha memujuk kedua orang tua Tasha untuk menghantarnya bersekolah menengah.
Segala tajaan dan biasiswa telah pun diusahakan guru tersebut dalam menampung perbelanjaan perjalanan serta keperluan persekolahan sepanjang dia berada di sekolah menengah.
Namun tiga kali usaha guru itu tidak membuahkan sebarang hasil sama sekali.
Kedua orang tuaku juga pernah menasihat beberapa kali ibu bapa Tasha demi kebaikan masa depan anak mereka.
Namun semua itu ditolak mentah-mentah. Mereka terlalu risaukan keselamatan Tasha yang OKU jika berjauhan dengan keluarga.
Aku sebagai anak perempuan sedia maklum akan kerisauan sebegini.
Tapi persoalan aku adakah jaminan sekalipun kedua ibu bapa 24 jam mampu melindungi Tasha daripada sebarang perkara buruk / musibah hatta di rumah sendiri?
Bagi aku yang melihat sendiri OKU Penglihatan perempuan boleh berdikari sendiri walau di mana jua mereka berada. Kerana dalam hati mereka 100% yakin Allah bersama mereka.
Boleh rujuk contoh Siti Huraizah Ruslan (juga ada channel youtube dia), OKU Penglihatan perempuan yang berhijrah dari negeri asal semata-mata ingin berdikari memajukan diri.
Siap daki gunung lagi tu. Tak macam kita orang celik ni entah berapa peratus jer kepercayaan kita berserah pada Allah setiap masa.
Pernah juga aku bertanya kepada kedua orang tuaku mengenai keadaan Tasha yang tidak diberi peluang untuk belajar.
Mungkin kerana alasan masalah kewangan serta sekolah khas pada masa itu terletak jauh dari kampung kami.
Secara ringkasnya keluarga Tasha ni hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Duit bantuan JKM Tasha pun kebanyakannya digunakan oleh keluarganya bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka termasuk adik-beradik Tasha yang masih bersekolah.
Pada mulanya aku menegur Tasha agar duit bantuan JKM untuk dirinya itu disimpan untuk masa depannya juga.
Namun Tasha menjelaskan bahawa dia langsung tidak berpeluang untuk menabung kerana dia terpaksa mengharapkan bantuan keluarganya mengeluarkan wang tersebut.
Maksudnya faham-faham jer la kalau duit dah di tangan orang lain. Antara alasan yang diberi,
“Kau tak perlu sangat nak simpan duit. Asalkan makan minum kau kami tanggung tu pun dah cukup”.
“Barang dapur banyak dah habis. Apa salahnya guna duit JKM kau ni untuk satu keluarga kita”.
“Barang keperluan kau tu kan masih ada. Bulan ni nak kena guna duit lebih sikit. Bayar bil dan barang sekolah adik kau”.
Tapi bagi Tasha, dia berharap agar Allah ampunkan segala dosanya serta memberkati kehidupannya dunia & akhirat.
Baginya duit bantuan JKM dirinya yang digunakan oleh keluarganya itu dianggap sebagai membalas jasa keluarganya yang sudi membesarkannya hingga kini walaupun hidupnya penuh dengan hujan air mata.
Memang aku tak nafikan sepanjang perjalanan aku bergaul dengan OKU Penglihatan dalam aktiviti sukarelawan, akan ada kisah sebegini.
Cuma berhati-hati juga ada jenis OKU Penglihatan ni sengaja mohon simpati terutamanya melibatkan menghulur duit & sumbangan.
Pandai-pandai nilai orang la ya.
Berbalik kepada kisah Tasha. Aku sendiri pernah mencadangkan kepada Tasha untuk belajar di sebuah pusat latihan orang buta.
Tasha menerangkan tidak semudah itu untuknya ke sana sedangkan ke sekolah menengah juga menghadapi 1001 rintangan, apatah lagi tempat yang jauh seperti itu.
Tapi aku tetap memujuknya dan berjanji untuk membantunya semampu mungkin. Maka kami secara diam-diam telah mengisi borang pendaftaran kemasukan ke pusat latihan tersebut.
Malangnya usaha kami hampir gagal dan terbongkar apabila melibatkan pengesahan doktor pakar mengnai status kesihatan.
Memang teruk aku dengar Tasha dimaki hamun serta dimarahi keluarganya ketika itu.
Aku hanya mampu menangis mengenangkan nasib Tasha ketika itu yang langsung tiada seorang pun membela memperjuangkan masa depan dirinya.
Pada awalnya Tasha enggan menceritakan apa-apa kepadaku mengenai perkara tersebut. Dia hanya tersenyum simpul seperti yang biasa dia lakukan.
Tapi andai kalian boleh melihat raut wajahnya yang tersenyum penuh duka, pasti kalian akan menangis sepertimana aku menangis di hadapannya.
Kata-kata seperti, “Anak tak berguna apa-apa”, “Anak menyusahkan orang tua dan adik-beradik”, “Siapa nak beristeri dengan OKU macam kau ni”,
“Kalau aku tahu kau ni menyusahkan hidup kami, dari dulu lagi aku dah hantar ke rumah anak yatim” itu semua sudah biasa dalam kehidupan Tasha.
Perjuangan dan pengorbanan Tasha ni aku tak mampu kongsikan lagi kerana ada bahagian yang terpaksa aku simpan.
Isu keluarga / saudara-mara / adik-beradik / rakan yang mempergunakan OKU serta duit bantuan mereka akan selalu kedengaran Cuma tidak tersebar meluas dalam kalangan masyarakat.
Ada juga golongan OKU sendiri yang menyalahgunakan hak keistimewaan yang diberi kepada mereka. Tapi itulah lumrah hidup kita manusia.
Kita tegur dan nasihat apa yang patut. Jangan dibiarkan OKU & masyarakat kita dalam kancah bodoh sombong serta berlagak tahu melambung-lambung.
Cuma apa yang pasti, kita sebagai orang celik diharapkan dapat mengambil berat keadaan sebegini dan bantu yang terbaik dalam memperjuangkan individu seperti Tasha yang ingin memajukan diri-sendiri.
Bukan setakat OKU Penglihatan, tapi OKU lain juga perlu diberi sokongan sewajarnya. Hidup kita di dunia ini hanya sekali. Sama-samalah kita gunakan mata, mulut, telinga, tangan, kaki, akal kita untuk kebaikan bersama.
Aku kongsikan juga beberapa confession lalu berkaitan OKU Penglihatan
https://iiumc.com/hidup-perlu-
https://iiumc.com/oku-
https://iiumc.com/moga-terus-
https://iiumc.com/aku-
https://iiumc.com/dua-dunia-
https://iiumc.com/kemalangan-
https://iiumc.com/si-buta-dan-
https://iiumc.com/si-buta-dan-
https://iiumc.com/pasangan-si-
https://iiumc.com/ujian-
– Syarifah Shaklee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit