Assalamualaikum wbrt.
Nama aku Nur (bukan nama sebenar). Umur 21 nk masuk 22 beberapa bulan lagi. Beginilah, aku tak pandai nk tulis pemerian berkias-kias dgn metafora hyperbola ellipsis segala jadi biar aku luah masalah aku terus.
Aku susah nak berkawan dgn lelaki. Yup that’s it.
Perempuan umur mcm aku ni dah mula fikir pasal kahwin. Kawan2 aku ramai pun yg dah kahwin, siap dh pregnant bagai. Tapi kahwin tu bkn masalah terbesar aku. Bukan priority aku pun gedik nk kahwin awal. Tapi masalahnya pada nature diri aku @ mungkin confidence diri aku. Aku garang. Muka aku selalu masam dan nampak cam bosan (sumpah aku tak sengaja pun buat muka nampak masam). Perangai aku kasar (bkn tomboy tp kasar seorang perempuan). Aku perempuan yg nampak serius 24/7. Aku mudah marah. Bila marah kadang2 over sampai menangis. Aku tak lemah lembut. Aku tak pandai nk berckp ayu2 depan lelaki. Aku tak pandai nk berbasa-basi. I’m so out of topic bila dgn lelaki. Aku tak pandai nk ckp sambil pandang mata dorang. Aku buat acuh tak acuh. Aku boleh rasa dorang ingt aku ni sombong. Aku pun rasa aku sombong bila depan dorang T_T. Mak aku pun ckp aku sombong dgn lelaki.
Aku datang dari keluarga susah. Mak ayah aku org susah. Aku anak sulung, byk tanggungjawab walaupun aku perempuan. Beban kat bahu aku berat. Tapi satu kelebihan Allah bagi kat aku, otak pandai. Dulu masa zaman sekolah, takde benda lain dlm kepala aku. Study, study, study. Sbb tu aku tak couple, tak main2, tak berpeleseran dgn lelaki. Sbb aku tahu tu je boleh tolong keluarga aku nanti. Berkat usaha dan niat dihati nk tolong mak ayah, Allah bg aku kepandaian superior dari kawan2 aku, sekolah menengah tak pernah dpt ranking bawah no 3 dan selalunya mmg no 1. SPM aku 10A almost semua A+, sekarang aku tengah second year degree di negara yg undi Brexit beberapa bulan lepas bawah tajaan MARA. Tapi itulah masalahnya, adakah sebab kepandaian aku diorang jadi takut nk dekat? Aku famous kat kampung aku, yelah anak kampung pertama berjaya jejak kaki ke UK. Tapi, xde sape berani usha aku.
Pasal rupa, aku tak rasa aku ketinggalan. Aku ada rupa persis mat salleh sikit. Hidung mancung. Putih melepak. Tapi bukan putih mcm cina. Putih merah mcm kulit mat salleh yg mudah jd merah bila duduk tengah panas. Makcik2, perempuan2 yg baru kenal aku ckp aku cantik (sbb dorang xtau lg perangai garang aku).
Aku confident bila bercakap. Sbb confident tu, timbul lagi satu masalah. Aku susah nak back off dari opinion aku. Kdg2 discuss mcm nak bergaduh dgn org bila ada orang cut off pendapat aku bila pendapat aku tak salah, tp pendapat dia pun tak salah. Jadi bila yg bertikam lidah dgn aku tu adalah lelaki, mmg hilang la keayuan aku masa tu. Terus keluar perangai singa betina emotional .
Tapi di sebalik semua keburukan tu, aku byk je kebaikan. Aku tak kedekut duit dgn org susah sbb aku terbayang keluarga aku dulu bila tgk org susah (tp dgn org yg aku tahu dia mmg mampu tp out of the blue suka2 mintak aku belanja sbb aku study oversea dan dpt elaun lebih mmg aku kedekut). Aku rajin, rumah sewa aku kemas je bila aku ada. Aku pandai masak (ni pun satu lagi anugerah Allah bagi semua benda aku masak jadi sedap). Aku suka spoil org2 yg aku sayang ikut kemampuan aku. Aku, bila sayang, aku sayang betul2. Sbb sayang la bila org yg aku sayang betray aku, akan jadi benci sebenci bencinya). Aku bkn shopaholics mcm sesetengah perempuan yg suka shopping makeup, baju, beg tangan mahal2. Aku shopping, tapi bila perlu. Aku tak kisah pun pakai baju beli kat pasar malam harga 10 ringgit. Aku selesa pakai bagpack pergi mana2. Bab makan aku tak memilih. Dekat negara org ni, aku okey je makan kicap, budu, telur seminggu straight. Kalau kat rumah upgrade sikit makan budu dgn ikan panggang. Siyes, aku okey walaupun aku agak mampu dgn keadaan kewangan aku utk makan sedap2.
Bila aku balik Malaysia summer haritu, mak aku, cousin aku duk tanya aku belum ada kekasih ke? Takde weh aku takdeeee. Korang tahu, dulu2 dalam doa aku, aku selalu doa supaya ingatan aku kuat, senang faham bila belajar, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan baik, dan semua yg baik2 utk keluarga aku, tapi sekarang ada satu doa aku rasa awkward nak doa tapi aku doa je iaitu; diberi jodoh yang baik. Rasa segan nak mintak dengan Allah seorang lelaki yg baik.
Untuk lelaki2 yang rasa aku ni terlalu high maintenance, aku ni banyak gila kelemahan, kekurangan. Yes, I’m an independent girl, too independent, but because of this I need someone to understand me, to tell me that it’s ok not to be doing everything on my own, it’s ok not to be too strong, it’s ok to be leisure and playful sometimes, it’s ok because I have him. Yes, I am that girl who will curse you and beat the other girl half-dead if you cheat on me because I love you too much. Yes, I am that girl who loves to watch Naruto rather than lovey dovey Korean/Malay drama. I am that girl who’s always crushing on anime characters rather than baby-faced kpop stars. I am that girl who will try not to be a nuisance to you but please don’t treat me harshly. Please, try to understand me first. Ubah la perangai buruk aku ni bila kau dah buka hati aku yg lagi teguh dari The Great Wall of China.
Aku tak mintak banyak dari seorang lelaki. Cukuplah setia, beragama, rajin dan berakhlak. Tak hemsem tak apa, hemsem tak boleh sara aku pun. Tak kaya tak apa, tapi rajin bekerja. Tak pandai belajar tak apa, tapi pandai cari nafkah. Janganla pandang aku tinggi sgt. Aku perempuan biasa yg boleh je menangis tgk cerita Titanic.
Akhir kata, doakan aku lulus degree aku ni dgn result gempak. Belajar makin hari makin tough. Aku tgh stress hadap Thermodynamics ni
Sekian.
– Aku yg dianggap sombong
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit