Si Comel Minta Pendapat

Saya memang ramai kawan dengan lelaki dekat fb. Dekat mana-mana page yang pemilik akaun dia adalah lelaki, saya akan tinggalkan komen. Memang ramai gak dah kamceng.

Walaupun dah kahwin, saya masih jaga batas. Hanya setakat komen dan dm. Manja, merapu, adatlah. Perlu saya ingatkan lagi, hanya setakat di fb.

Bila berkawan dengan mereka, saya akan ikut rentak mereka.

Bila kawan dengan orang yang suka berlari, saya tulis saya pun selalu berlari. Berkawan dengan orang suka muay thai, saya cakap saya pun selalu muay thai. Dah level master lagi. Tipu, tapi macam saya cakap, benda hanya di fb sahaja.

Dengan kaki gym, saya bagitahu saya hari-hari pergi gym. Saya komen mengikut kesukaan lelaki saya tengah komen.

Kalau dia bergaduh kutuk mengenai sesuatu isu viral, saya Akan sama-sama menghangatkan suasana. Biasalah, netizen yang berjaya.

Yang jadi tak syok, bila adalah beberapa orang yang kenal saya, sibuk komen juga dekat tempat saya tinggalkan komen. Perli sekali dua tak apa lagi, ni siap ejek fizikal saya. Saya tahu, apa saya komen tu saya tak buat pun. Ye saya badan besar? Jadi apa masalah.

Saya bergaduh dengan netizen lain, saya cakap orang gemuk badan kepam, si penyibuk tu tinggalkan komen berbunyi ‘tengah cakap depan cermin ke tu’. Perangai mereka memang sangat melampau. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan sibuk.

Di luar kadang-kadang saya terserempak dengan mereka yang saya kawan dekat fb tapi saya takkan tegur. Saya jaga batas, cuma saya komen lah saya selalu nampak mereka dekat luar.

Lepas tu si mulut tak ada insuran ni komen, cakap saya takut tegur mereka kerana takut mereka terkejut kat luar saya kingkong. Mereka cakap, mereka tak salah sedarkan saya kerana saya bila melahar tak sedar diri, jahat kan mereka ini.

Dekat group watson saya ada bagi nasihat mengenai senaman kerana ada yang tanya. Lumrah, orang tanya terbuka jadi saya akan jawab tapi penyudahnya saya kena ejek.

Saya cakap hobi saya berenang 2 jam setiap hari, dia ejek saya dolphin lah ikan paus lah. Sepatutnya, bila rajin berenang badan saya saya akan slim tapi sebaliknya saya seperti paus terdampar. Saya sangat stress.

Saya mengaku saya suka perli orang gemuk, kepam tapi saya tak ada tuju sesiapa. Komen terbuka tapi si penyibuk ni dia direct attack saya pula kerana ada isu lain saya bergaduh dengan mereka. Mereka gunakan saiz badan saya untuk mengejek saya.

Sekarang ni, sila bagitahu saya, apa produk boleh kurus cepat. Lepas raya ni aku nak tepek gambar aku pakai kebaya, biar mereka berdarah hidung.

– Wawa combi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Anda sendiri x suka diejek tp bila diejek org lain boleh pula terasa hati. Kata x tuju kepada sesiapa, komen gemuk kepam tu ditujukan kepada siapa? Udang? Ikan?

    Tak ada jalan singkat untuk kurus. Tak perlu bergantung kepada produk. Hanya amalkan gaya hidup sihat. Sembang psl produk kurus mmg berlambak kat pasaran. Byk jgk yg x selamat (dicampur dgn sibutramine dsb). Jgn mudah percaya lihat iklan produk artis2 yg jadi duta produk kurus sbb kebanyakannya buat bariatrik surgery. Hidup skrg byk tipu2. Zaman skrg juga byk trend liquid diet dan sebagainya tapi diet mcm ni x sustain. Cepat turun cepat juga naik smula tapi lebih lagi.

    Akhir sekali, banyakkan istighfar, baiki hati dan jangan tinggal solat.

  2. Again… Dokter, please… Isteri kamu menulis lagi di sini. Jemput dia balik.
    Buat penulis. Buatlah novel then publish. Moga boleh jana pendapatan yg berkat dan tak buat confession rage bait.

    • Dia tak tahu dan tak sedar apa yg dia buat tu salah, sebab tu dia menulis lagi. Dia gunakan alasan apa yg org kutuk kat dia tu utk enable tindakan dia. hemm Betul cakap ibrahim, tulis novel or blog, gunakan segala pengetahuan dan salurkan di tempat yg betul.

  3. kata dh kawen so masih pandai jaga batas tapi dok merapu dlm page org lelaki yg bukn mahram, pastu bangga sampai kamceng, benda x buat tp ckp ko buat kan menipu pastu tak hbis2 ingatkn yg benda tu cuma setakat socmed ye…setakat socmed ye…seorang perempuan akan tetap jaga batas samada terlihat zahir atau tersembunyi, sendiri macam paus tapi dok kutuk yang sama size dengan dia pastu koyak. xde keje gaknya ko ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *