Si Dara Durhaka

Assalamualaikum, hai.. Aku Bunga (bukan nama sebenar) just nak luah kan apa yang aku rasa sebagai anak perempuan tunggal dan sebagai si dara durhaka. Berusia 24 tahun & tak bekerja surirumah (belum kahwin). Ank ke-4 daripada 5 orang adik beradik.

Macam mana aku jadi anak durhaka? Mak aku suka nangis & selalu cakap aku anak durhak bodoh tak guna dan betina. Salah aku just suka bangun tidur lewat. Hahaha.. Well salah satu pantang semua mak-mak.

Why aku selalu bangun tidur lambat? Sebab aku tahu apa kerja aku tiap hari. Start bangun pagi aku kena buat semua kerja rumah dari ngemas jemur baju, menyapu, masak, kejar anak anak buah (ngasuh) lipat baju (yang ni tengah malam buta aku buat termasuk mop lantai)

Mop lantai tengah malam lebih mudah bagi aku sebab time tu semua dah tidur dan abang aku anak beranak akan balik ke rumah sendiri setelah seharian berkampung di rumah parent aku.

Jadi aku pikir bila kerja kerja yang aku kena buat pagi pagi dah kurang aku suka bangun lewat. Series nasihat aku baik korang kerja dari duduk rumah ja. Penat doh. Kerja aku jadi banyak bila rumah bersepah anak anak buah aku suka tumpahkan air manisan & mainan.

Aku yang akan kemas walaupun mak pak diorang ada. Bila tak buat mak aku akna bising dekat aku jeling aku. Sebab dia tak boleh marah abang aku or bini dia jadi mak aku akan lepas dekat aku.

Macam tu jugak kalau aku tinggikan suara marahkan bebudak ni dan bapak diorang datang dan pukol diorang mak aku akan babi kan aku betinakan aku bodoh cerdikkan aku.

Setiap kali mak aku sumpah seranahkan aku, aku just diam mencangkung dekat mana supaya mudah aku dengar apa mak aku sumpah bila dah teruk air mata aku akan perlahan lahan turun dalam hati ashtaghfilrullahalazim tak henti tak pernah melawan cuma sesekali aku akan lawan jugak ayat aku.

cuma ‘semua salah orang’ dan mak aku akan terus marah n ungkit ungkit apa ja salah aku dari salah cakap sampai lar pakaian aku (aku tak kerja jadi baju harian aku tak pernah cantik cantik semua sama ja hari hari selekeh macam orang dah kahwin anak 5-6 orang hahahaha)

aku menyimpan duit untuk kegunaan aku nak beli apa apa tapi kadang kadang duit yang aku simpan tu lar jadi backup mak ayah aku kalau kalau diorang terdesak.

Aku pernah bekerja tapi behenti bila mak aku mula jatuh sakit teruk sampai tahap tak boleh jalan. Masuk hospital seminggu lebih aku yang uruskan makan minum pakai mandi mak aku. Urusan rumah pon aku urus.

Percaya cakap aku bila mak akorang sakit dan korang uruskannaya sebab itu syurga korang sikit pon ras penat tak rasa walaupon tidur tak cukop.

Aku series. Selama mak aku stay hospital aku akan brganti dengan adik beradik aku. Aku balik rumah kemas rumah basuh pinggan mangkok basuh baju jemur baju settle tu tidur kejap 2-3 jam pukol 6 aku p hospital pulak jaga mak aku hampir setiap hari aku buat.

Sedara mara tak ada sorang pon datang tanya khabar sebab apa tak datang? Sebab mak ayah aku orang susah anak ramai risau kena keluar duit alasan sibuk. Wei sedara aku tu semua jiran jiran aku. Busy macam mana kita akan tahu dan nampak.

Balik hospital mak aku makin teruk. Nak angkat tangan kaki semua tak boleh (masa dekat hospital mak aku sihat alhamdulillah) balik hampir semua benda aku kena tolong.

Dekat situ makan dekat situ mandi dekat situ jugak tidur (mak kategeri obesiti dan berat aku dari 55 ke 48 turun sejak mak aku mula masok hospital).

Bayangkan duduk hospital dokter cakap okay semua okey tak puas hati pergi hopsital besar buat x-ray pon semua okey so esok tu kami balik rumah mak aku dah mula lain.

Makin teruk sakit dia. Mak aku tidur duduk sebab tak boleh baring kalau baring setiap saat aku kena bangun alihkan mak aku.

Hanya aku dengan ayah aku buat sebab mak selesa dengan aku ja. Ayah aku just sikit sikit tolong sebab kesihatan ayah aku tak ngizinkan dia berjaga malam dengan kerja lagi. Adik beradik aku semua berlajar di universiti.

Sekarang alhamdulillah mak aku makin pulih cuma tak boleh berjalan ja. Mak aku suruh aku kerja alasan ayah aku kerja sorang ja. Aku okey ja. Aku tak ada apa apa lesen kenderaan pon tak ada spm pulak cukop cukop makan kerja apa sangat kan.

Mana ada peluang aku pergi tapi kena menumpang orang (ini aku pikir macamacam orang suka ke tak membebankan ke?) tapi nak buat macam mana kan ada masa aku mood aku down bila nk kerja kena susahkan orang dan double triple penat sebab kepala aku asyik pikir macam macam.

Kalau aku kerja mak aku masih nak aku buat kerja rumah. Basuh baju lipat baju masak. Bangun awal awal pagi kemas rumah masak balik kerja kemas rumah lagi tengah malam buta masak or sediakan bahan untuk sambung masak pagi esok. Penat sungguh otak aku pon penat.

Kalau ada siapa siapa cakap kenankan aku untuk buat nantu. Mak aku akan cebik mulut ja n diam. Jeling aku. Esok esok kalau marah mak aku kan ungkit. Siapa nak betina pemalas macam aku?

Pakej esok esok kahwin dia nak tengok orang tu lama ke dak dengan aku. Kena pukol or sepak terajang tak sebab aku pemalas n suka bangun pagi lewat lewat. Anak anak aku akan buat apa yang aku buat harini dekat dia.

Aku? Sabar lagi nangis lagi dan aku sikit pon tak pernah pikir untuk kahwin. Why? Sebab mak aku tak boleh buat smua benda sendiri masak pon aku kena tolong dan ayah aku still nak aku tolong sedia itu ini. Sikit sikit ayah aku akan panggil aku.

Langsung tak pikir nak bekawan dengan sesiapa sebab aku risau aku tak mampu nak urus semua benda dan pikir semuanya dalam satu masa. Apa apa aku pikir mak aku dulu. Sampai satu tahap aku risau orang tak leh terima sebab aku dah mula jadi anak mak.

Dengar cakap mak dan pikir mak ja. Mak aku jenis suka ungkit. Orang cakap aku kurus aku kena. Aku melawak atau ngusik aku kena lagi. Hahaha. Kena halau rumah sedia. Aku pikir tak dak duit dan esok esok tu mak mula cakap elok dengan aku..aku akan lupa niat nak keluar rumah.

Sekarang covid-19 ada sedara cakap ramai yang takot nak kerja dengam kkm jadi sukarela sebab covid ni. Mak aku kata pa tau? Dia suruh aku cuba dia kata pakai suit plastik tu (aku tak tau nama dia) kalau panas nak mati sampai tahap mati jugak pakej jeling aku.

P larr minta.. Kak kak ipar aku semua diam. Aku senyum ja.. Selalu doa aku kena covid. Aku takkan jadi beban sesiapa lagi. Jadi anak durhaka. Kalau nak mati semua akan matikan? Bila keluar rumah pergi pekan selalu pikir yang aku excident mati terus. Setiap kali keluar.

Sampai sini ja sebab rasa macam panjang sangat aib yang aku bukak dekat sini. Aku tak ada kawan kawan tak tahu nak luah dekat siapa. Sebab sekarang aku tengah sedih dan stress.. baru perasan panjangnya aku tulis.. Hahahhaha. Aku tak pandai karang.

Aku harap korang faham apa aku cuba sampaikan dan oyaa nak tanya macam mana nak jadi sukarela fronliner? Aku nak cuba. Aku boleh jaga orang. Insyaallah. Assalamualaikum.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *