Assalamualaikum semua. Terima kasih admin. Hati tergerak nak menulis pasal tajuk dekat atas sebab kebelakangan ni banyak terbaca komen sesetengah nitizen dekat artikel berkaitan orang yang depression. Dikatanya mereka mengada, saja minta simpati. Untuk diri sendiri yang tergolong dalam kalangan tu, bermacam rasa bila baca.
Bila diam, orang cakap tak sedar diri. Dah tau diri bermasalah, duduk senyap diam tak kongsi, tak rujuk doktor. Bila kongsi, orang pulak mengata. Ada je yang tak kena. Bukan saja nak reka cerita, dah memang itu la sebetulnya.
Ingat depression ni ikut sedap rasa nak decide sendiri. Ada prosedur dia. Sebelum tu, kena ujian yang kena dibuat dulu. Selepas tu, keputusan akan dikira dan dibincangkan. Itu perlunya untuk rujuk terus ke kaunselor atau doktor bila dah rasa ada yang tak kena dengan diri sendiri.
Mereka lagi arif. Apa yang ramai tak tau, kami jugak lalui fasa menafikan awal-awal dulu. Masih jugak terfikir kenapa orang lain boleh lalui sesuatu masalah dengan baik, tapi kami pergi sejauh ni. Selalu jugak kata dekat diri sini, cuma stress biasa. Mungkin banyak fikir yang buat diri tak terkawal.
Tapi semuanya bukan dalam aturan kami. Macam yang kaunselor bagitau aku sesi pertama dulu, setiap orang berbeza tahap ketahanan stress dia. Depression ni bukan mampu dibuat-buat sendiri. Kami sendiri banyak lagi hal lain yang perlu diselesaikan. Mana banyak masa nak saja-saja reka cerita, acah sedih semua.
Dia datang tiba-tiba tanpa warning. Contohnya, kadang tu rasa nak nangis tiba-tiba tak kira la masa tengah dalam khalayak ramai ke, tengah dengar lecture ke, lagi parah bila perasaan tu datang walaupun tengah gelak. Orang yang alami je faham susahnya nak fight dengan rasa ni. Punya tak nak nampak lemah depan kawan-kawan, keluarga.
Air mata tu dah umpama macam peneman malam hari dah.
Rutin biasa sebelum lelap mata. Masa tu la lepaskan semuanya. Dah macam masuk dalam satu dunia yang berbeza, semua nampak gelap gelita. Bangun pagi esoknya, pakai topeng bahagia balik macam biasa. Berulang rutin yang sama dari hari ke hari. Kaunselor terangkan jugak ada orang yang bila depression, fungsi diri dia completely hilang.
Rutin harian tunggang terbalik, diri tak terurus. Kurung diri dalam bilik seharian, tak nak jumpa sesiapa. Ada jugak yang semuanya masih elok terjaga macam biasa, certain masa je dorang akan breakdown. Bila sendiri, bila tak ada orang keliling dia. Dekat sini la peranan orang keliling.
Bukan kami nak 24/7 orang bagi perhatian, belai pujuk tak henti, belikan itu ini. Cukup dengan “ada” dengan kami. Kalau tak ada kata sokongan yang nak dibagi, diam yang terbaik. Kadang manusia suka cakap main suka. Tak sedar mungkin buat orang yang alami depression lagi rendah diri, lagi rasa diri menyusahkan orang keliling. Mungkin buat mereka rasa tak berguna sampai yang teruknya, timbul perasaan nak suicide. Boleh jadi cuma dengan satu ayat boleh ragut satu nyawa.
Percaya la, dia yang depression tu masih cuba berlawan dengan diri sendiri. Tak kira la luaran dia penuh tampal senyum palsu, gelak ketawa. Jauh sekali saja nak mengada. Tu la pentingnya buat baik dengan orang yang kita jumpa.Kita tak tau apa dalam hati orang tu.
Apa yang dia tengah simpan, keadaan betul dia. Sedih ke dia, gembira betul ke dia. Jaga kelakuan, jaga ucapan. Yang sihat semuanya tu, syukur la sebab tak rasa pedihnya depression ni. Aku sendiri harap jangan la orang keliling aku rasa semua ni.
Berat, sakit. Tambah dengan pandangan buruk orang. Yang tengah fight dengan depression ni, terus la kuat untuk diri sendiri. Bahagia terletak dekat tangan sendiri. Pekakkan telinga dengan kata-kata menjatuhkan.
Satu hari nanti, semua akan okay.
Betul, masa ni memang semuanya payah. Ada masa kau rasa nak give up. Ada masa kau hancur teruk. Penatnya nak palsukan kau punya gembira. Ambik la masa sebanyak mana kau perlu, asal jangan menyerah.
Terus bantu diri sendiri. Kau tak pernah sendiri. Allah sentiasa ada sama.
Dalam jatuh bangun, sedih kecewa. Ingat yang masih ada yang sayangkan kau, yang selalu doakan kesejahteraan kau. Pasti ada satu dalam seribu.
Aku nak bahagia, aku jugak nakkan kau bahagia. Kalau pun bukan saat ni, bila sampai satu masa nanti. Kita tak mengada kan?. Hidup baik-baik, ingat Allah sentiasa, makan jangan lupa.
– Iz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit