Si Dia Bergurau Kasar

Assalamualaikum. Saya nak minta pandangan semua. Saya mengenali seseorang di tempat kerja saya, kini masuk 6 bulan perkenalan kami.

Dan dia sudah pun berjumpa dengan ibu bapa saya untuk mengatakan hasrat untuk merisik dan bertunang pada bulan 9 ini.

Dia merupakan anak pertama dari 3 adik beradik yang lain dan semua lelaki.

Apa yang saya ingin meminta pandangan anda semua mengenai sikapnya.

Dia seorang yang tak nampak berkira, jika ada kewangan lebih pasti dia akan mengeluarkan duit tanpa sebarang masalah.

Dia berumur 37 tahun bekerja sebagai salesman sahaja. Saya pula berumur 29 tahun. Pun bekerja biasa sahaja.

Apa yang saya ingin sampaikan, dia seorang lelaki yang tidak suka untuk update saya apa dia buat, dia rasa rimas dan terkongkong jika saya hanya tanya dia di mana, tengah buat apa, dan sebagainya.

Dia seorang lelaki yang suka bergurau tetapi sangat kasar.

Jika bergurau pun sudah kasar, bila dia marah kata-kata yang dia lemparkan sangat menguris hati saya yang sangat lembut ini.

Dia seorang yang baran tetapi dia tidak pernah lain naik tangan pada saya.

Dia selalu bergurau yang merendahkan saya seperti, double chin awak macam katak, bulu tangan awak macam mawas, muka awak dengan kasut tiada beza.

Dia selalu cakap takkan ada lelaki yang tahan dengan perangai saya.

Dia kadang selalu gurau, ‘saya akan pilih barang tak pernah salah tengok, cuma awak je satunya keputusan yang saya salah buat’

Ya dia hanya bergurau tetapi disebabkan gurauan kasar dia, saya selalu rasa rendah diri, berasa tak cantik, buruk sangat.

Kadang saya pernah tanya pada dia, dia dah bersedia ke nak berkahwin sebab perangai dia masih tak berubah dia melepak sampai 2 3 pagi, dia main snooker time kerja, dia pergi mancing sampai 2 3 hari.

Tapi saya tak pernah menghalang sebab jika saya saya halang dia rasa dia dikongkong, jadi saya selalu biarkan dia nak buat apa dia nak.

Kadang saya meluah perasaan terluka saya pada dia yang saya hanya minta dia update apa dia buat bukan whatsapp saya 24 jam.

Bukan call saya selalu hanya update saya sekejap saja, dia akan terus melenting sampai dia membandingkan saya dengan pasangan lain.

Dia cakap orang lain pun bercinta tak pernah nak menyusahkan macam saya, dan dia kata dia nak saya jadi macam pasangan lain. Dia akan cari saya bila dia rasa nak cari je.

Dia tak pernah expose saya di mana2, dengan alasan dia tak suka orang tahu private life dia, tapi kadang saya tengok dia tengok video perempuan di facebook, di tiktok.

Dia tak bagi saya check phone dia dalam2, dia kata saya tiada trust pada dia.

Bukan saya tiada trust tapi dia buat saya selalu overthinking. Apa saya perlu buat?

Ada kah saya perlu biarkan dia sahaja dengan dunia dia atau saya perlu buat keputusan lain dengan berpisah?

Saya bercinta tapi saya rasa sunyi, saya rasa seperti dia tiada dalam dunia saya, dia hanya ada dalam dunia dia sahaja.

Apa perlu saya buat?

– Peah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *