Si Dia Mata Sepet

Assalamualaikum.. Aku selama ni tukang baca saja. Tetapi kali ni aku saja nak meluahkan kenangan lama yang kembali menjelma.

Dulu aku seorang yang gemarkan bidang sastera tapi akhirnya kerja di bidang kejuruteraan. Bila nak mengarang ni, lama betul berfikir nak menyusun ayat.

Al kisahnya, aku balik kampung masa raya haji bulan lepas. Aku balik dengan anak-anak saja. Isteri aku urmm aku malas nak cerita kenapa dia tak balik sekali. Lagipun, rumah mak aku tak berapa selesa. Jadi kami balik bertiga saja tanpa umi mereka.

Kampung aku terletak di negeri pantai timur, bermula T. Status kampung la bagi anak-anak aku. Tapi sebenarnya rumah mak aku kawasan perumahan teres.

Okey sebelum aku melalut lebih jauh tentang susun atur rumah teres, aku nak cerita yang aku berjumpa semula ex crush aku selepas solat raya korban.

Mukanya tak banyak berubah, masih putih cerah comel dan mata sepet. Dia memakai cermin mata, jadi tak nampak sangat mata sepetnya tu. Dia tak perasan pun aku, tapi aku pulak yang rasa berdebar tengok muka dia.

Aku cuba ikut nak tengok dia balik rumahnya, tapi sebab anak sulung aku asyik paksa balik cepat sebab tak tahan nak kencing, jadi terbantut hasrat nak stalk. Mesti korang pelik kenapa aku nak ikut dia.

Sebenarnya dia dulu duduk rumah kedai. Kedai runcit. Kadang-kadang aku sanggup tanya mak aku, ada barang dapur nak beli tak. Sebab aku boleh guna alasan tu untuk ke kedai dia. Dia selalu ada kat kaunter tu, tukang masukkan barang dalam plastik.

Aku pulak selalu curi-curi pandang muka dia. Dia jarang senyum, nampak sombong tapi sebab taste aku kan orang cina. Masa tu tengah viral cerita hong kong. Bukan Jepun, Korea macam sekarang.

Bila aku tengok dia selalu main basikal, aku pun selalu main basikal juga. Ayah aku ingat aku rajin keluar bersenam, rupanya anak teruna diaorang tengah menggatal. Haha.

Ada sekali tu, kawan aku yang tahu aku minat kat dia cabar aku bagi salam. Bila basikal kami berselisih, mulut aku macam terkunci. Tak jadi bagi salam. Memang merah panas muka.

Bila dah masuk tingkatan 1, aku ke asrama. Jadi peluang nak jumpa dia makin kurang. Bila cuti semester , macam biasa aku akan ke kedai dia. Tapi dia dah jarang ada di kedai.

Kat situ ada 2 kedai runcit, tapi aku hanya ke kedai dia saja. Semata-mata nak tengok muka dia. Bukan ada barang nak beli pun, tapi bila dia ada kat kedai tu, umpama mengubati tekanan aku belajar. Aduh, jiwangnya aku masa tu.

Tapi aku pemalu, tak tahu macam mana nak luahkan kat dia. Aku tahu dia pun banyak peminat. Kalau dia reject luahan aku, rasanya aku pindah dah. Malu wei.

Kali terakhir aku tengok dia beberapa tahun lepas tu. Sebab kedai tu dah ditutup. Sejak tu, aku tak jumpa dia. Aku pun belajar di utara. Lepas tu kerja di KL dan bertemu jodoh di sana.

Orang kata first love ni susah untuk dilupakan. Setiap kali balik kampung, aku akan tercari- cari dia. Cari dalam hati saja la. Kalau isteri aku tahu, teruk aku dikerjakan. Maklum la, isteri garang.

Jadi aku hanya pendam dalam hati saja. Cinta yang tidak kesampaian. Padahal, sendiri tak luahkan. Kalau aku luahkan, dan ada rezeki lain pulak ceritanya.

Itulah, bila sunyi kenangan lama datang mengusik jiwa ni. Tiba- tiba jadi satu karangan.

Aku tahu dia ada kehidupan sendiri, aku pun sudah ada keluarga. Doakan hubungan aku dan isteri kembali pulih.

– MR T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *