Kisahnya… Masih keliru sama ada harus menunggu satu tak pasti atau buat satu keputusan untuk meninggalkan si dia yang membuatkan ku rasa terbeban dengan seribu persoalan.
Untuk mengetahui tindakan seterusnya memerlukan aku bertanya pandangan dan pendapat apakah keputusan terbaik yang perlu dibuatkan. Maaf sekiranya penulisan membuatkan korang tak faham.
Ceritanya begini. Aku dan si dia mula berkawan berkenalan setelah kakaknya dan mak si dia berkenan untuk jadikan aku menantu dalam keluarga dia. Lalu cerita kami bermula pada penghujung tahun 2020.
Kami bermula berchat, berwhatsapp setelah kakaknya kongsi nombor aku kepada si dia dan aku pun dapat nombor melalui kakaknya.
Tetapi untuk memulakan sebuah komunikasi, aku memulakan perbualan dengan si dia kerana si dia langsung tak memulakan perbualan dengan aku kerana dia merupakan seorang yang introvert (pendiam, pemalu).
Sebenarnya aku boleh menerima si dia kerana aku sudah mengenalinya sejak di zaman persekolahan, aku sudah perhati si dia dari jauh.
Dia seorang yang baik tapi amat pendiam. Yes , introvert dia amat ketara sehinggakan aku tak berani untuk menyapa dan menegur si dia pada waktu zaman sekolah.
Macam mana boleh aku kenal dia? Ya kakak dia dulu merupakan “ex abang aku”.
Jadi aku tak kisah sekiranya kami dijodohkan kerana mak aku dan mak dia boleh ngam untuk berbesan.
Setelah kami berkawan sejak 2020 hingga 2022 , dia mula serius untuk ajak berkahwin. Kami merancang untuk kahwin pada hujung tahun 2022 tetapi oleh kerana berlaku konflik di mana aku cemburu.
Cemburu aku hingga menyebabkan dia menangguhkan perancangan kami untuk berkahwin pada hujung tahun ini..
Salahkah aku cemburu dia komen di status rakan perempuan sekelas dia sedangkan dia seorang yang introvert yang sukar menegur orang sekeliling?
Aku jadi pelik kerana tingkah lakunya. Aku pilih dia kerana dia seorang baik, tidak mudah melayan perempuan seperti lelaki buaya lain…
Mak dia ada menyatakan bahawa anaknya seorang panas baran dan kaki game jadi disebabkan itulah dia mungkin tak boleh teguran ku setelah aku tak suka dia komen di status rakan perempuan di fb.
Dan disebabkan ini jugak dia dah delete facebook dan instagram. Adakah dia ingin menjaga perasaanku jadi sebab tu dia delete fb dia?
Konflik ini berlarutan sehingga sekarang hingga kami jadi terasing dan berjauhan. Dia mula menjauhkan diri dia dan jarang chat aku. Bila chat hanya cakap benda penting saja.
Adakah aku kena sabar sehingga keadaan kembali ok?
Aku perlukan kata kata semangat sebab kisah ini hidup mula terasa kosong tetapi cuba kelihatan bahagia di hadapan keluarga.
Aku merupakan graduan lepasan kos Pendidikan di sebuah universiti tempatan. Ada rezeki tak lama lagi aku akan menjadi seorang guru.
Doakan aku ya. Disebabkan kisah ini juga mak mula meragukan aku berjodoh dengan dia.
Mak mula berdoa berharap supaya aku bertemu jodoh dengan seorang guru jugak. Dia bukan seorang guruu tetapi bekerja sebagai tentera.
Aku masih dilema.
Adakah dia diam sehingga kini akan memilih pergi tetapi dia dah bagitau plan kahwin tangguh pada tahun hadapan kerana tak cukup duit lagi dan tak sempat nak simpan duit untuk kawin tahun ini atau pun dia dah tak nakkan aku?
Sebab ya kami berkawan atas pilihan keluarga bukan mencari sendiri.
– Iman Sufiyyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit