Si Dia Yang Kemaruk Nak Kahwin

Salam and Selamat Hari Raya. Dengan bismillah aku ingin mencerita kisah gelap ku apabila aku kenal wanita ni. Dia seorang yang rupa sederhana agak gempal dan tak lah tinggi sangat. Age dalam 30an.

Selalu nya banyak kita dengar pasal lelaki saja jahat lelaki saja salah dalam kisah kehidupan alam persahabatan percintaan. Dan kali ni aku nak luahkan apa yang terjadi dekat aku. Wanita ni nama dia Siti (bukan nama sebenar).

Pada mula aku kenal wanita ni dekat facebook love. Aku hari tu agak bosan jadi aku main lah facebook love ni. Bermula lah kisah aku dengan Siti ni.

Aku tengok dia macam wanita biasa biasa saja tak lah cantik mana tapi kita hanya nak tambah kawan. Tapi aku tak tahu lah dia ni mencari teman hidup. Aku pada mula nya malas nak melayan tapi aku ada satu perangai.

Lepas aku dengar satu ceramah dari seorang pendakwah ni. Untuk mencari pahala mudah kita kena lah selalu beri salam antau wish orang bila kita berjumpa atau pun online tak kira lah kita kenal atau tak kenal.

Sebab dia boleh jadi satu amalan yang baik untuk diri kita untuk bolot pahala seberapa bayak yang boleh. Aku pun mula lah bagi salam kat group and semua kenalan aku yang active lah.

Aku tak tahu pulak si Siti ni jenis tertarik dengan aku atas kelakuan aku ni. Biasa lelaki yang sentiasa bagi salam setiap pagi wish yang baik baik dan jugak seorang lelaki yang bangun awal pagi.

Dia mula text aku bertalu2 untuk mengenal diri aku ni. Walaupun aku busy, bila aku free aku balas lah jugak.

Pada satu hari si perempuan Siti ni dia cakap dia suka kat aku dan dia jugak nak jadi rakan serious aku. Aku menolak aku hanya cakap niat aku hanya berkawan. Tapi dia ni jenis tak putus asa terus menerus text aku.

Aku ni suka bersukan bayak kegiatan aku buat so tak lah free sangat. Bila mco masa time covid. Aku agak free.

Satu hari tu kerajaan dah bagi sikit kelongaran. Aku asik didesak dia nak sangat jumpa aku… Satu hari tu aku bagi sikit ruang untuk jumpa dia. Tapi dia ni aku tengok jenis yang biasa2 saja. Dia ni tinggal dengan akak dia and abang ipar dia seorang yang berjaya jugak lah.

Dia mula lah cerita back ground family dia yang akak dia hanya berlajar sekolah biasa dia pulak diploma saja itu pun private. Nak masuk university kerajaan tak cukup syarat.

Jadi dia ni bila jumpa aku. Dia tengok aku ni agak mewah dengan pakaian berbelanja dengan kenderaan yang aku pakai… dia jadi lagi kemarok suka kan aku.

Tapi aku ni hanya nak berkawan aku jumpa dia pun sebab nak berjoging saja.

Dia ni mula kan lah perancanggan dia yang aku boleh agak lah.

Satu hari dia plan ajak aku balik kampung. Semata2 dia kata nak ajak aku pergi sana untuk hantar dia balik kampung. Nanti balik dia boleh balik dengan akak dia.

Aku cakap boleh tapi aku nak hantar dia sahaja lepas tu aku nak balik. Dia jugak berjanji dengan aku yang family dia tak akan tanya apa2 pasal kami… ya lah aku ni kan hanya berkawan…

Sampai sana family dia agak baik. Aku suka and layan abang ipar dia yang berjaya tu nama Samad.

Lepas tu abang ipar dia mula kan bercerita pasal business last kali yang tak best dia tanya pasal kami and bila nak kawin. Rupa2 nya dia ni dah bercerita kat family dia aku bf dia… sedangkan aku nak kawan biasa jer.

Aku agak bengang tapi aku tak tunjuk lah. Aku balik dengan kecewa. Sebab benda ni dah involved family.

Satu lagi aku rasa macam terperangkap dengan dia ni. Buat perancanggan buat aku jumpa family dia. Lepas tu aku sedar dia ni tak lah hebat mana tapi suka mewah2.

Bila dia tengok aku pakai satu lagi kereta mewah. Dia ni macam nak suruh aku bagi kereta tu dia pakai untuk gantikan kereta pesona dia ni… lepas tu dia ni jugak suka makan tempat mewah.

Apa yang aku perasaan asik aku saja kena keluar duit. Aku dah mula bosan kat situ. Lepas tu yang paling tak best dia buat hal lagi untuk aku terdedah kat family dia.

Satu malam tu ajak aku pergi seri kembangan kenalkan aku dengan family dia lagi yang duduk situ. Alasan akak dia kat situ suruh aku hantar. Sedangkan aku ada kerja ni. Tapi dia desak nak jugak aku pergi sana. Aku hantar lah. Lepas tu semua ni ingat aku ni bakal suami dia.

Aku pun tak pasti si Siti ni tah apa lah dia cakap pasal aku ni kat family dia.

Last sekali yang buat aku nak putus dengan dia. Ada ke patut nak hadiah birthday dia cakap nak cincin. Hadiah ni ikhlas tapi dia letak hadiah apa dia nak.

Aku malas nak layan lah buat bodoh saja. Lepas tu dia cakap kat family dia aku nak tunang dengan dia and nak beli cincin tunang… aku sebab malas nak layan dia ni. Aku cakap suka hati kau lah… apa yang kau nak cakap. Dia yang letak tarik nak tunang lah apa lah…

Aku pun jadi lagi takut dengan tindakan dia ni… setahu aku lah kalau kita nak lebih serious kita kena lah jumpa keluarga masing2 dua2 pihak baru lah buat keputusan.

Tapi dia ni tak kisah macam kemaruk sangat nak kawin. Atau dia ni nak jadi macam akak dia. Berkawin orang yang ada kerjaya dan tak nak berkerja macam akak dia.

Bagi aku lah. Aku nasihat kan pada semua lelaki kat luar ni. Bayak sangat wanita jenis macam ni sekarang. Jenis tak malu perangkap lelaki.

Lepas aku mula nak jauhkan diri dia mula lah buat benda bukan2 kacau aku telefon bayak kali. Buat fakes facebook kacau facebook aku and family members aku. Seriously saiko gila perempuan ni.

Dia jugak aku tengok bukan perempuan yang baik macam tak kisah pasal hal aurat. Ni aku malas nak cerita bukak aib dia. Aku cuma rasa dia ni dah biasa goda lelaki dengan cara ni. Dia jugak berhijab.

Aku bukan nak bukak aib siapa2 cuma aku lelaki luar sana berhati2. Muka biasa2 ni and jenis macam baik. Tapi tak semestinya dia ni baik.

Aku jugak saja saja simpan bukti yang dia cakap nak kawan dengan aku jadi special tapi aku cakap nak jadi kawan biasa saja. Tapi jenis ni jika dia nampak lelaki yang boleh bagi dia hidup senang kat dunia ni. Dia akan buat apa saja untuk dapatkan lelaki tu. So berhati2 lah.

Aku cerita ni semua sebab nak luahkan apa yang aku rasa sebab aku terus diserang dan dia cuba aibkan aku. Dalam sosail network aku jugak telah buat report polis. Aku kat sini hanya nak luah kan apa aku nak cakap.

Sebab tak akan ada orang nak percaya bila lelaki cakap perempuan betul dalam semua cara sekali pun. Tapi aku memang tersilap kenal perempuan ni. Aku panggil dia perempuan dari neraka macam drama lah pulak.

Itu saja luahan hati aku.

– Edi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *