Si Dia Yang Tawar Hati

Assalamualaikum, Saya tak pandai untuk memulakan penulisan tapi saya cuba.

Saya Sushi, berusia pertengahan 20an. Saya mengenali si Dia sejak 10 tahun lepas iaitu sejak di bangku sekolah. Kami juga sebaya tapi saya masih belajar (Master) manakala dia bekerja.

Setelah sekian lama kami bercinta, kami mula untuk berganjak ke fasa seterusnya iaitu ke alam perkahwinan.

Pada awalnya (pertengahan tahun ini) kami dua2 sangat excited untuk tutup kisah kami dan buka buku baru. Tapi segalanya berubah bila ada sedikit masalah sebelah pihak family saya.

Dengan family si Dia saya rapat terutama dengan ibunya yang saya anggap ibu kedua saya.

Sedikit mengenai family, saya anak sulung dan juga cucu sulung yang juga seorang wanita.

Jadi hal mengenai perkahwinan saya agak kekok untuk memulakan perbualan kepada keluarga saya.

Saya hanya buka mulut mengenai ini sejak 3/4 bulan yang lepas.

Saya mengaku silap saya yang mengambil masa terlalu lama untuk menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada family saya akhirnya mengundang rasa tawar hati kepada si Dia.

Saya berat mulut untuk buka cerita tak bermaksud saya tak serius. Demi Allah saya sangat serius cuma bila ibu ayah merungut ada sedikit masalah kewangan.

Saya tak tergamak untuk bercerita sebab saya tahu kos perkahwinan agak besar.

Walaupun saya alhamdulillah diberi peluang untuk belajar di peringkat yang tinggi seperti sekarang, saya tak pernah sesekali terdetik untuk jadikan asbab untuk letak nilai hantaran yang terlampau tinggi.

Saya tak kisah untuk majlis yang sederhana & simple. Saya tak nak menyusahkan mana2 pihak. Biar la majlis simple dan selebihnya duit hantaran yang dapat tu saya nak simpan untuk kemudian hari.

Saya juga ingat nak bantu si Dia untuk kumpul duit bersama. Bagi saya, “we are in this together not just him”.

Jadi sekarang bila si Dia tawar hati, saya down. Saya tak dapat langsung focus pada research saya di lab. Saya tak nak hubungan selama ni hancur.

Saya ikhlas sayangkan dia sepenuh hati. Kami ada disaat masing2 menempuhi penat lelah susah senang bersama. At the same time saya faham apa dia rasa.

Sekarang di pihak family saya mereka dah mula sokong dan terbuka mengenai hal kami sedangkan dia mula menjauh dan tawar hati.

Layanan nya dingin dan saya amat terkesan. Family saya malah bersetuju untuk kami berkahwin andai kedua2 kami sudah bersedia, tahun depan pun tak mengapa. Janji kami bersedia.

Dia mengaku rasa sayangnya kian pudar entah ada lagi tak berbaki. Apa yang saya patut buat untuk meraih cintanya kembali? Masih ke ada peluang untuk saya selamatkan 10 tahun hubungan kami ni?

Ada ke perkhidmatan kaunseling dan sebagainya? Setahu saya bila saya menerima ajakan dia untuk berkahwin, saya sudah menjadi tunangnya dalam Islam.

Jadi adakah semua ini ujian pertunangan? Atau ianya petunjuk?

Terima kasih. Maaf ayat macam dalam novel, saya pun tak tahu kenapa.

Ikhlas,

– Sushi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *