Hai Assalamualaikum semua, saya perlukan pendapat pembaca semua, jangan kecam tau, haha. Santai lah nak bercerita walaupun “serious” sebenarnya, haha.
Hati dah pedih ni…
Ceritanya, saya kenal seseorang dari laman sesawang cari jodoh iaitu FB dating.
Perkenalan kami setahun setengah sehingga sekarang.
Ceritanya awal kenal saya tak kisah dia ni orang susah datang semenanjung untuk kerja cari duit, kiranya mula dari bawah la.
Bagi saya zaman sekarang susah boleh kerja, daripada jadi biawak hidup kan.
Dia ni kira ada ciri-ciri idaman yang saya suka la.
Contohnya, rajin kerja, baik soft spoken, suka budak-budak, tak kedekut dan macam-macam la.
Kadang-kadang orang tak banyak duit tapi cara si dia layan kita tu yang buat kita cair tau.
Orang-orang sana ni cakap dahlah lembut, macam berlagu je di telinga, haha. Tapi datang marah, kita kena ceramah panas telinga gak.
Pewit cair doh tapi hatiku sedang meronta-ronta ni.
So, lepas kenal punya kenal, masing-masing dah berjumpa, tangkap cintun la nak dikatakan.
Saya mula cerita dengan kakak, sebab saya ni jarang bercinta. Ni kira first time saya bercerita dengan keluarga tentang si dia.
Si dia ni pula melafazkan hasrat nak serious untuk menghalalkan.
Cuma jumpa family tak dapat lagi sebab kami ada terputus di tengah jalan masa plan nak jumpa family sebab masing-masing ada salah faham bergaduh.
Lepas tu, kakak ada beritahu, “kau ada cek IC dia tak? aku risau sebab dia orang sana”.
Mulalah kakak aku cerita semua benda sebab dia kerja under kerajaan, handle benda-benda common pasal orang sana berkaitan kad pengenalan dan segalanya lah.
Saya pun start tanya segala benda dengan dia, yelah asalnya niat berkawan tapi dua-dua dah suka sama suka.
Saya pun tanya lah baik-baik, “boleh tak nak tengok IC?”
Dia tanya “kenapa?”.
Dari situ kita dah pelik awat dia macam teragak-agak ni.
Dia pulak kata nantilah dah mengelak tak nak tunjuk.
Saya start tanya pasal hal family apa semua, mula-mula dia macam tak nak jujur, lepas saya paksa baru dia cerita satu per satu.
Pasal family tu saya tak kisah susah ke apa semua.
Cuma hati saya luluh sekarang rupanya dia takde IC beb, datang semenanjung dengan sijil lahir jak?? Ke passport ke apa ni? Betul ka? Ahh pening den.
So macam mana selama ni dia takde lesen, IC semua lah kan???
Apa janji nak kahwin apa semua ini. Kakak cek rupanya sijil lahir pun tiada nama mak ayah. Hancus.
Saya usha la fb dia, adik-beradik semua, abangnya ada yang berkahwin dan adik-beradiknya ada yang saya tengok terbang ke semenanjung.
So, saya punya “desperado” nak tahu, saya pergi contact abang dia, walaupun macam tak malu sebab tak dikenalkan pun, ah lantak janji kita tahu hal sebenar kan.
So, rupa-rupanya adik beradik semua tiada IC.
Abangnya cerita benda ni biasa di sana sebab masalah orang dulu-dulu tak daftar anak atau dorang ni.
Ke sebenarnya mak ayah bukan warganegara pun??
Asal usul mak ayah macam tak diketahui pulak ke macam manalah.
Abangnya kahwin pun dengan pasangan yang ada IC, so wife dia jadi penjamin ke macam mana saya pening “complicated” betul weh.
Kakak sulung dia pula, rasanya buat passport untuk diri sendiri, berkahwin dengan pasangan yang ada IC juga rasanya.
Anak-anak kakak dia dapat IC kan? Siapa-siapa boleh bantu terangkan tak?
Kahwin pun boleh dapat sijil nikah kan? Saya macam tak boleh fikir nak ajak je dia kahwin dekat sana macam lagi mudah sebab tengok kakak dan abang dia masih boleh ada family.
Family pun baik-baik saya tengok. Tak sanggup nak tinggalkan cari orang lain sebab dia sangat menepati ciri-ciri idamanku ohh tidak.
So, dari sini saya start cari dan baca masalah orang-orang sana dengan mostly semua masalah yang sama.
Kebanyakan yang betul-betul asal pedalaman, tiada pengetahuan atau kepentingan zaman dulu untuk buat IC ni atau mak ayah bukan warganegara pun sebenarnya. Terkesan ialah anak-anak.
Sijil kahwin atau kelahiran mak ayah langsung tiada ke bagaimana aku pun tak tahu.
Saya macam nak contact kakak sulung dia sebab bagaimana dia buat passport semua dan kehidupan anak-anak boleh apply IC ke tidak, masuk hospital kalau bersalin semua macam mana.
Call abangnya macam tak faham dia bercerita.
Perlu ke pembaca semua?
Kakak saya pula nasihat supaya stop bercinta, dan jangan masuk hal family dorang sebab dorang lebih arif sebenarnya pasal hal ni.
Tapi bagi saya kalau selagi ada cara untuk dia cuba dapatkan kad pengenalan apa-apalah, why not kita usaha kan? Kenapa nak kena tinggalkan?
Tak kan orang-orang yang terkesan macam ni mesti diabaikan?
Saya faham mereka yang cuba untuk permohonan semua memang ambil masa bertahun-tahun dan ada juga yang sekejap jikalau maklumat dokumen semua lengkap.
Kalau sepupu boleh ada IC kenapa tak dibantu atau usaha je lagi kan?
Si dia pun masih di semenanjung bekerja, so why not ambil peluang tak putus asa cuba apply banyak kali kan?
Saya buntu tolong!!!
Perlu ke saya cari orang lain atau sama-sama pujuk usaha dapatkan kad pengenalan walaupun kad merah?
Harap-harap siapa yang ada masalah sama atau boleh berkahwin walaupun suami tiada IC boleh tolong saya.
Saya sayang dia dan ingat nak bantu senang ubah kehidupan supaya ada kad pengenalan walaupun yang merah,
Dan bukan hidup macam pelarian tanpa IC tapi si dia dah putus harapan dan risaukan family saya tak boleh terima dia.
Saya boleh masih terima dia jikalau dia pun ada usaha nak naik turun ke Putrajaya untuk buat kad pengenalan.
Sayang untuk dia sia-siakan datang semenanjung untuk tidak buat apa-apa berkaitan IC tu.
Tolong saya rakan-rakan pembaca sekalian!!
Harap-harap dapat siarkan cerita saya ni. Saya perlukan bantuan sangat-sangat.
– Intan Payung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun ada masalah yang sama sis, and sayalah yang tiada nya.. tapi saya betul2 berharap ada jalan untuk masalah saya ni. Kalau pakai duit lebih sikit pun takpe janji boleh. Saya nak cerita panjang2 pun tak best kat sini.. kalau akak boleh tolong ataupun tau serba sedikit boleh ke akak balas balik mesej ni? Saya akan terangkan secara detail. Sbb masalah saya ni agak lain sikit la dengan lelaki akak tu. Lain sikit je
Saya sedang lalui sekarang tapi akak beruntung dia berada di semenanjung . saya pula, dia jauh di sanaa dan nak bawak dia ke semenanjung pon sya taktahu macam mana untuk uruskan di sini..kalau akak dah jumpa solusi, boleh share share dalam posting ni okay , Kalau pun beribu kena habis, saya sanggup tolong dia.
akak, kalau dah dapat solution keep on update yee posting ni. saya hargai kalau akak reply comment saya ni sebab saya pon hadapi situasi yang sama. Dan saya sayang dia sangat2. Saya tak mahu dia putus asa. Saya pon takmahu tinggal dia & sanggup tunggu dia . Bantu saya juga kak, terima kasih. Moga dimudahkan urusan akak dan pasangan akak:)
Saya pun sama jugak macam korang . Dia pun tak ada apa ii sebab haritu rumah nya terbakar habis hilang arwah ibu bapa nya pun guna passport dah bayak cara nya untuk buat ic tapi tak dapat jugak… Dah cakap sama dia boleh buat report cakap tak ada apa ii dan boleh buat dalam Jpn. Tapi dia cakap dia tak boleh buat dalam Jpn sebab dia ada kes besar itu Saya tak boleh cakap apa kes besar sebab itu rahsia nati cakap ada lah macam ii orang cakap Kat dia… Dia kerja tu kerja dah berusha cari duit tu lah susah jugak nak kumpul duit.. Sebab nak beli makanan lagi apa lagi nak kena buat semua kena ada duit…. Keluarga dah Bantu dia tapi lambat jugak nak kumpul duit ye lah ingat senang ka nak kumpul duit ini…. Keluarga nak kena urus bende lain jugak kena buat dan anak ii nya sekolah lagi dan barang kedai lagi… Tu lah…kak tolong Saya jugak kak… Semoga di permudahkan urusan kak iya
Dia nak kumpul untuk datang tempat Saya.. Dia pun orang nak jugak urus semua bende untuk di rumah nya.. Nak Naik kapal terbang lagi… Kalu dia Naik kapal terbang kena jugak check ic tu untuk datang.. Kak dia bagitau Saya dia ada ic sudah lama cari Saya di Kelantan ini… Saya nak pi sama abah Saya pun abah pun dah tak larat lagi ni pun orang bagi kerja.. Duit untuk keluarga Jah.. Kalu bayak ii duit nak pi, nak cari Mana duit nak Naik kapal terbang petaruran nak Bayar ticket apa semua tak tau… Anak ii pun kerja tak. Nak cari Mana kerja. Susah jugak nak cari markah pun tak berapa tingi… Nasih Saya ada rumah Kat Rik kereta api kalu tak tepi Jalan lah duduk nya…. Saya kerja pun orang Saya syg tak bagi… Kalu kerja susah jugak nak dapat duit kumpul sebayak nya… Saya nak kak Bantu dia cara dia untuk buat ic itu Je yang lain ii tu takpe kami uruskan
Saya pon hadapi masalah yg sama.. Saya betul2 serius nak kahwin dgn dia tapi if ada solusi utk dia dapat ic tolonglah share dekat sini ya