Si Diam Yang Ku Sangka Berbeza

Cerita bermula ketika aku mengenali Mr.M secara atas talian pada pertengahan 2020. Perkenalan tersebut hanyalah sebagai teman sahaja.

Kami berkongsi pendapat masing-masing tentang isu semasa dan minat kami. Dia bercerita tentang dirinya, termasuklah tentang dirinya yang dicurangi oleh teman wanita setelah 6 tahun bercinta.

Aku mempercayainya sebagai kawan dan tidak berfikir dia mempunyai niat yang buruk untuk berkenalan dengan aku kerana dia mengikuti aku di media sosial juga.

Melihat kepada dirinya, Dia datang dari keluarga yang baik. Dia juga kelihatan seperti seorang yang baik. Berdasarkan media sosialnya dan sepanjang perkenalan kami.

Setelah berapa bulan berkawan dengan Mr. M, dia menyuarakan isi hatinya untuk mengenali saya dengan lebih dekat.

Tetapi aku tidak menerimanya kerana kami masih belum berjumpa dan aku tidak mengenali dia secara nyata. Dan kami pun masih berkawan seperti biasa.

Cuma selepas itu dia macam banyak melakukan perkara untuk mendapatkan perhatian saya.

Mr. M akan beritahu ada orang yang stalk dia dan beri pelbagai hadiah untuk dia dan hantar gambar-gambar pemberian ‘wanita misteri’ tersebut kepada aku dan aku mempercayainya.

Sepanjang perkenalan kami, Mr. M merupakan seorang yang sangat perihatin dan mempunyai banyak masa untuk diluangkan dengan aku.

Dia juga beberapa kali meminta alamat untuk memberi aku hadiah.

Tetapi aku menolak untuk berkongsi maklumat peribadi, kerana aku masih ada sedikit keraguan terhadap Mr. M. Kerana aku merasakan mustahil untuk lelaki sebaik itu tiada kekasih atau pasangan.

Tetapi pada akhirnya, Kejujuran, usaha dan perhatiannya terhadap aku akhirnya telah menarik hatiku. Dan ketika Mr. M menyuarakan isi hatinya sekali lagi.

Aku bersetuju untuk memberi peluang kepada Mr. M. Dan bermulalah episod cinta kami secara atas talian. Aku menjadi wanita terbahagia didunia.

Perhatian Mr. M kepada saya tidak pernah berkurang dan sentiasa ada ketika aku memerlukannya untuk berkongsi masalah. walaupun kami tidak pernah berjumpa.

Mr. M juga sudah merancang untuk berjumpa dan ingin meminangku setelah tamat pkp. Dia juga bercerita sudah membeli rumah untuk kami. Aku meraskan bahawa akulah wanita yang paling beruntung ketika itu. Bodohnya.

Sehinggalah suatu hari aku terdetik untuk meninjau media sosialnya. Untuk pengetahuan, aku dan Mr. M saling mengikuti di instagram dan twitter. Mr. M mengatakan dia tidak mempunyai akaun media sosial lain selain dari itu.

Tetapi mungkin takdir ya, aku cuba mencari namanya di facebook dan Setelah hasil siasatan aku, Mr. M ternyata mempunyai akaun facebook dan Mr. M sudah mempunyai kekasih dan mereka sudah bercinta selama 6 tahun.

Menurut komen yang ditinggalkan diposting kekasih nya. Mereka sudah merancang untuk berkahwin dan kekasihnya juga sering post mereka selalu meluangkan masa bersama. kekasihnya juga sering membuat ‘surprise’ untuk Mr. M.

Dan ketika aku melihat gambar diposting kekasihnya, hadiah-hadiah dari ‘wanita misteri’ yang dikatakan oleh Mr. M adalah dari kekasihnya sendiri.

Ternyata cerita dia dicurangi oleh kekasihnya adalah penipuan semata-mata. Dan ‘wanita misteri’ tersebut adalah kekasihnya. Hancurnya hati aku saat itu, hanya tuhan yang tahu.

Setelah aku tahu tentang perkara tersebut, aku mendiamkan diri untuk memberi masa kepada diri aku. Mr.M mencari aku dan merayu untuk tidak meninggalkan dirinya. Dia bertanya mengapa aku berubah dan tidak menghiraukannya lagi.

Dan pada ketika itu, aku melihat posting kekasihnya yang mengatakan perhubungan mereka mempunyai masalah dan pentingnya memberi ruang kepada pasangan untuk saling memahami. Dan aku tahu posting tersebut merujuk kepada Mr. M.

Aku masih tidak berterus terang tentang pengetahuan aku tentang penipuannya kerana aku ingin lihat seberapa jauh Mr. M boleh pergi dengan penipuan nya.

Pada ketika itu, aku tidak berniat untuk merampas Mr. M dari kekasihnya, aku hanya keliru dan perasaan aku bercampur baur. Kerana aku sudah terlalu sayangkan Mr. M dan aku tidak menyangka Mr. M seperti itu.

Jika ada mengatakan aku mementingkan diri kerana masih menjalinkan hubungan dengan Mr. M walaupun sudah tahu Mr. M mempunyai kekasih terpulang kepada anda kerana sakit yang aku rasakan melebihi segalanya.

Dan ya, hubungan kami baik semula. Menurut aku, Aku perlu mengubat hati aku dengan pelakunya.

Setelah itu, aku melayaninya seperti biasa. Dia seperti biasa sering bercerita tentang kegiatan hariannya, masa depannya dan segalanya. Dan aku masih berfikir bagaimana dia boleh mempunyai banyak waktu untuk aku sedangkan dia sudah mempunyai kekasih.

Adakah dia berfikir dia boleh meneyembunyikan penipuan dia untuk selamanya?

Aku bertanya tentang ‘wanita misteri’ tersebut dan Mr. M mengatakan ‘wanita misteri’ tersebut masih mengganggunya dan memberi hadiah untuknya dia juga berkata tidak suka dengan dengan kewujudan ‘wanita misteri tersebut’.

Cuma pada ketika ini, aku sudah mengetahui gerangan ‘wanita misteri’ tersebut.

Setelah beberapa minggu kemudian, setelah aku move on dari Mr. M aku memutuskan untuk tidak menghubungi Mr. M lagi tanpa memberi tahu sebab kenapa aku meninggalkan dia dan aku tahu tentang hubungan dia dengan kekasihnya. Aku sudah muak dengan penipuan Mr. M.

Pada ketika itu, Mr. M di media sosialnya seperti orang hilang arah kerana ditinggalkan. Begitu juga dengan posting kekasihnya, dia sedang memberi ruang untuk kekasihnya yang sedang mempunyai ‘masalah’. Iya, akhirnya, Aku block Mr. M di semua sosial media.

Aku merasa sedikit bersalah kerana tidak memberitahu tentang kecurangan Mr. M kepada kekasihnya. Tetapi aku menganggap bahawa aku cumalah tempat untuk Mr. M melepaskan bosan dan kesunyian. Jadi biarlah mereka berjodoh.

Dan apa yang aku ingin katakan disini, sebaik manapun lelaki itu, jangan pernah percaya seratus peratus.

Anda mungkin mendapat gelaran ‘wanita misteri’, stalker dan diburuk-burukkan oleh kekasih anda sendiri didepan wanita lain. Dan yang penting, jangan mudah percaya dengan orang secara online.

Kalau nak kenal juga, stalk lah sosial media sebelum kenal secara serius dengan seseorang, Tak kisah lah kalau kau nampak macam psikopat atau apa. Semuanya adalah untuk kebaikan diri sendiri.

Bukan semua lelaki macam spesis Mr. M ni, masih ada hubungan yang berjaya walaupun berkenalan secara online. Terapi perlulah diselidik latar belakang untuk elakkan orang yang dikenali tersebut bukanlah suami atau kekasih orang.

Kepada lelaki spesis Mr. M diluar sana, bawa-bawalah bertaubat. Kifarah itu wujud.

Sekian…

– Syafeeza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *