assalamualaikum .
terima kasih kepada admin kalau approve confession ini.
aku ni seorang perempuan dan baru 19 tahun . okay berbalik kepada cerita tajuk ini. Aku berniaga secara online dan offline dalam barangan secara handmade atau homemade ni selama 4 tahun . kebanyakan pelanggan adalah berbangsa melayu dan kebanyakan mereka selalu meminta harga yang murah . untuk pengetahuan korang , barangan handmade atau homemade adalah mahal dan memerlukan masa yang banyak untuk produce satu barangan yang bernilai untuk memenuhi citarasa pelanggan tuu .
dahlah minta potongan harga murah pastu nak barang tu dalam masa 3 hari .. korang tahu tak ? aku pernah terima tempahan 5 bantal dalam masa 1 minggu dan waktu tu umur aku baru form 4 .. dan 100% dijahit dengan tangan .
memang tak tidur malam dan bersekang mata nak siapkan .. sampai lah umur aku form 5 .. aku memang dah serik dah lepas tu .. dan aku mula buat syaraat untuk perniaggan aku untuk memudahkan lagi kerja aku .. tapi syarat tu sekejap je .. sebaab aku tak boleh tengok orang susah . Dan aku buat ballik perkara sama . bersekang mata
memang penat dan letih .. tapi ada juga yang orang melayu kita yang senang-senang curi gambar dari instagram aku buat macam hak sendiri .. yang masalah nya sekarang orang melayu susah sangat nak baca. korang tahu tak ? aku penat2 tulis harga untuk setiap gambar , keterangan terperinci setiap gambar . ada juga yang comment minta Pm . haihh aku bukan tak mesra pelanggan cuma aku penat nak layan orang mcam ni . bukan setakat 1 tapi 5 orang dalaam sehari minta pm .
tu sahaja aku nak confession ..sebenarnya ada lagi tapi tulah jelah penat nak taip
– Cik.handmade
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit