Perkenalkan kawanku bernama Seri, aku mula rapat dengannya di penghujung tingkatan 5. Orangnya baik dan dari keturunan Arab yang alim.
Aku ingin ceritakan penipuannya yang aku tak nampak apa motif untuk dia tipu. Sampai kadangkala aku terfikir adakah mentalnya terganggu?
Dimulakan dahulu dengan penipuannya di zaman sekolah. Tapi cerita ini diceritakan oleh Alia, teman rapatnya. Kerana sewaktu semua ini berlaku aku tak rapat pun lagi dengan Seri.
Penipuan yang biasa dilakukannya adalah menjelang peperiksaan dan setelah keputusan keluar.
Pertamanya, bila semua orang tengah study, Alia selalu tanya “Seri, awak dah habis baca semua ke?” “Dah..” jawabnya bersahaja.
Tapi waktu malam Alia akan nampak Seri baca buku, tapi Seri cakap dia cuma nak revise semula je. Walhal jelas sekali nampak gaya dia seperti sedang pulun nak habiskan baca buku.
Pada pendapat kami, dia boleh je jawab “belum habis baca lagi, nak study malam”.
Mungkin malam dia lebih produktif untuk study, tapi kenapa nak tipu cakap dah habis study? Situasi ni memang berlaku hampir setiap peperiksaan.
Kedua, cikgu akan tampal result exam setiap pelajar dalam asrama.
Seri selalu sangat cakap cikgu salah taip markah dia, lagi-lagi subjek Addmath. Padahal semua orang tahu je dia memang pelajar biasa-biasa, tak heran la markah macamtu.
Ketiga, rakan-rakan asrama pernah dijemput menghadiri kenduri aqiqah adik Seri. Namun majlis tersebut dibatalkan tiba-tiba pagi itu kerana adiknya perlu dibawa ke hospital.
Tapi masa dapat tahu batal, kawan-kawan Seri dah sampai di pondok pengawal perumahan tu. Alang-alang dah sampai, mereka terus jela pergi ke rumah Seri, tengok dari luar.
Yang hairannya, takde tanda-tanda yang menunjukkan ada majlis pun di rumah tu. Sekurang-kurangnya adalah khemah atau beberapa orang tetamu kerana majlis dibatalkan pada hari kejadian.
Menurut Seri, semua dah balik. Tapi aku masih rasa tak masuk akal sebab majlis tu dibatalkan last minute, sampaikan kawan-kawan dah tiba di rumahnya pun sewaktu dimaklumkan majlis batal.
Semua cerita di atas diceritakan oleh Alia. Aku sejujurnya sukar nak percaya, sebab memang takde motif untuk Seri tipu.
Menurut Alia sendiri pun, memang Seri tipu tanpa motif. Cerita di bawah pula adalah cerita penipuan yang terkantoi dengan aku sendiri, iaitu tentang universiti yang dimasuki Seri.
Tapi aku cuma kongsi dengan Alia jelah pasal kekantoian ini, dan tentu sekali aku tak bagitahu Seri yang aku tahu dia tipu.
Begini ceritanya, Seri gagal mendapat tawaran upu. Maka dia masuk sebuah universiti di bawah Mara. Di universiti tersebut, Seri mengambil program asasi dan menurutnya, di cawangan tersebut hanya ada satu je program asasi.
Mula-mula aku google, ternyata tiada info tentang kewujudan program asasi di cawangan situ. Aku masih bersangka baik “mungkin intake kali ni baru asasi diperkenalkan”.
Untuk menghilangkan rasa was-was ini, aku sampai dm fasilitator yang menjadi ajk orientasi. Memang dia cakap tiada asasi di situ.
Untuk menguatkan lagi kebenaran, aku dm pihak universiti tu sendiri mengenai senarai program yang ditawarkan di situ, ternyata memang tiada asasi dalam senarai program.
Aku memang tak boleh sangka baik dah, memang betullah dia tipu. Cakap jelah kau ambil diploma, malu ke?
Yang kelakarnya, seorang rakan sekelasku semasa tingkatan 1-3, wish birthday Seri tahun lepas di ig story dengan caption “Happy birthday kawan sekolah yang start rapat di universiti”.
Wahh ini peluang baik untuk aku korek mengenai Seri. Aku mulakan dengan soalan “Oh korang satu uni rupanya.
Selalu ke jumpa?” “Selalu, kitorang banyak kelas sama-sama”, jawabnya. “Oh satu course la maksudnya?”, tanyaku lagi.
“Eh tak, Seri diploma sekian sekian, aku pulak diploma sekian sekian. Tapi subjek kitorang banyak yang sama, so ada mass lecture”. Hahahaha sudah terang lagi bersuluh.
Aku beritahu Alia. “Disebabkan asasi hanya setahun, jadi tahun depan (tahun ini) dia sepatutnya masuk degree kan. Jom kita tengok penipuan dia untuk degree pula”.
Kisah degree pula lagilah, awal-awal lagi penipuan dah kantoi. Untuk degree kan ada interview, so Seri cerita masa iv tu interviewer dah bagitau awal-awal yang course tu akan belajar di Sarawak.
So Seri kata dia berharap sangat tak dapat universiti tu sebab jauh. Aku google, uni tu mana ada kampus kat Sarawak woi! Aku makin tak sabar nak tengok dia akan dapat uni apa untuk degree hahaha.
Menurutnya, dia dapat masuk sebuah uni di Bangi. Tapi timeline dia start semester, peperiksaan akhir dan cuti semester tak sama langsung dengan kawan-kawan aku yang belajar di situ jugak.
Pengakhirannya adalah bulan lepas, Seri post di whatsapp status gambar result exam yang tunjuk nama subjek dan gred. 4 flat wehh!
Kawan sekolah kami si Hana, course sama dengan Seri tapi universiti lain. Secara umumnya, course mereka dalam bidang kesihatan.
Hana tu kawan baik aku. So dia mesej aku “Weh hebatnya Seri siap dapat A+, aku langsung tak pernah dapat A subjek tu.” Kebetulan, Hana ada kawan di sana, iaitu batchmates Seri.
Disebabkan Hana terlalu kagum dengan kepandaian dan kehebatan Seri, dia teruslah tanya kawan dia tu kenal tak Seri?
Dia bagitahu result Seri yang gempak iaitu 4 flat tu. Kawan Hana (aku namakan dia Ani) tak kenal, sebab pelajar kan ramai. Tapi Ani pelik, sebab course diorang tak guna sistem pointer.
Ani juga terkejut sebab setahu dia, batch dia memang takde sape dapat A dalam subjek tu. So Ani cari list nama pelajar batch tu, sebab yelah nak juga kenal siapa budak hebat ni. Guess what, memang takde lah nama Seri dalam list tu.
Hana pun tanya aku balik “Betul ke Seri belajar kat situ?” Dia tak tanya Seri sendiri sebab awkward la kan, lagipun diorang tak rapat.
Jadi aku terpaksa buka cerita yang daripada dulu aku dah syak dia bukan asasi, sebaliknya diploma. So ikutkan sekarang dia dah tahun akhir diploma la kot.
Itulah dia kisah si Seri, kawanku yang kuat temberang. Kalau ikut nafsu jahat, aku teringin sangat nak tanya soalan perangkap yang boleh mengantoikan penipuan, dia hehe. Tapi tak nak la, jejaskan persahabatan kami pula nanti.
Selagi mana penipuan dia tu tak kacau hidup orang lain, mungkin aku patut pejam mata jela kan? Pendapat korang macam mana.. Dan paling penting nak tahu, apa sebab penipuan-penipuan dia tanpa motif ni eh?
– Joy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit