Aku seorang perempuan obese. Bujang dan tinggal dengan parents. Kerja aku boleh dikatakan tidak memerlukan aku untuk bergerak terlalu aktif. Senang cerita sedentary living. Apa yang aku nak luahkan hari ini sebab aku nak semua orang ambil iktibar yang turunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah.
Aku nak kurus bukan sebab nak melaram pakai baju ketat ke apa tapi aku nak lebih sihat. Aku nak elak penyakit dan untuk capai BMI yang normal.
Mak aku selalu bising yang aku ni badan macam tong drum. Peha besar, perut berlipat. Muka berjerawat. Mak aku kata aku tak jaga badan sebab itu tak ada lelaki suka pada aku. Lelaki akan suka pada perempuan yang cantik. Perempuan yang cantik biasanya dapat hidup senang sebab dapat bersuamikan lelaki yang kaya.
Jadi aku tekad untuk kurus cuma bukanlah nak kurus disebabkan apa yang mak aku cakap, tapi seperti yang aku beritahu, aku nak lebih sihat dan elak penyakit. Aku tak makan jajan atau minuman berkarbonat. Jarang ambil minuman atau makanan manis.
Dalam diam, aku pernah ambil satu minuman untuk kurus. Sudahnya aku sakit pinggang yang teramat sangat sampai kena dapat injection tahan sakit. Dua hari tak boleh nak gerak sangat sebab sakit.
Sejak itu, aku taubat tak ambil apa-apa minuman atau makanan untuk kuruskan badan. Mak aku paksa pergi gym. Aku ikutkan. Aku happy sebab aku rasa seronok dapat exercise. Beberapa bulan kemudian, dekat tempat kerja ramai puji aku dah kurang mengembang berbanding dulu. Double chin, lebihan pipi dah tak ada. Alhamdulilah. Aku bersyukur sangat.
Bila balik rumah, mak aku masih lagi nampak aku macam tong drum, anak dara tak laku. Serius aku rasa down. Mak aku sendiri kata aku macam tu. Aku makan pun salah. Dia sebolehnya tak nak aku makan. Makan nasi pun salah. Masa tu pulak ramai tak makan nasi boleh kurus.
Aku cuba google dan aku cuba diet atkins. Dalam seminggu aku boleh turun sekilo. Lepas tu aku kerap rasa sakit kepala yang teramat sangat. Ada yang kata benda tu proses ketosis. Tapi aku tak boleh tahan. Terdetik masa tu untuk buat ujian darah untuk check kenapa aku kerap sakit kepala. Dapat result yang cholesterol high, dan protein pun high. Mungkin aku yang salah dalam pengambilan makanan ikut diet atkins tu atau memang aku yang tak sesuai untuk follow diet tu.
Aku pun makan macam biasa, maksudnya diet seimbang yang boelh ambil nasi tu. Alhamdulilah everything went back to normal. Result darah normal dan no more headache.
Untuk jerawat, doktor sarankan aku ambil pil perancang. Doktor dah beritahu yang kesan sampingan ubat, berat mungkin naik dan mungkin jugak turun. Setiap kali temujanji doktor akan monitor berat aku setiap bulan. Bila makin turun aku lega, bila naik sikit mak aku akan bising. Sampai doktor terpaksa tenangkan mak aku dengan cakap, it’s ok, cuma sekilo saja. Doktor ada cakap jerawat aku ni disebabkan masalah hormon. Jadi dia nak cuba pil perancang untuk stabilkan hormon aku.
Dah lama lepas tu aku rasa ada yang tak kena pada diri aku. Aku rasa murung, tak semangat nak pergi kerja, kemarahan yang meluap, susah tidur, selera makan menurun, rasa nak mati. Bila aku terbaca slip dalam kotak ubat tu, rupanya pil tu boleh menyebabkan severe depression.
Terkejut aku. Aku terus mintak doktor berhenti makan ubat tu. Selepas aku berhenti makan ubat, semua yang aku rasa sebelum ni dah takde. Berat aku pulak makin naik, jerawat aku pun naik sama cuma tak serius macam dulu.
Mak aku masih menyalahkan aku disebabkan kenaikan berat badan. Bila nampak aku tengok tv, dia tenung perut aku, peha aku. Dia akan cakap betapa besar badan aku, peha aku, punggung aku. Sometimes aku sampai rasa malu. Ada masa aku tak keluar bilik sebab nak elak dia cakap aku macam tu. Bila aku tak keluar bilik dia akan kata aku baring je dalam bilik, tidur, bermalasan. Aku menangis seorang dalam bilik sebab aku rasa macam semua tak kena dalam hidup aku. Tak kahwin lagi pun disebabkan badan gemuk. Semuanya salah di mata dia.
Sebelum ni, aku pernah bercinta dengan beberapa lelaki tapi mak aku tak setuju. Pada dia ada saja yang tak kena. Aku kenalkan dia dengan teman lelaki pun dia kata tak perlu datang rumah, nanti orang mengata. Aku nak kahwin pun dia tak setuju masa tu. Aku takut nak cerita pada dia. Takut semua tak kena. Sudahnya aku berdiam diri. Dan bila aku berdiam dia kata aku tak laku. Tak ada lelaki nak pada aku sebab aku gemuk. Jujurnya aku tak nak mak aku kata sesuatu yang tak baik pada teman lelaki aku. Jadi aku elak diri aku untuk bercinta.
Keadaan jadi makin stress dengan tempat kerja yang makin stress. Dekat rumah stress dengan mak aku. Aku rasa aku nak lari tapi aku tau perbuatan tu salah. Dan aku sebolehnya tak nak buat. Bila stress nafsu nak makan makin kuat. Aku cuba tahan dengan cara ambil air masak banyak dan tidur lebih awal.
Aku harap dengan luahan aku ni, orang lain dapat bagi sokongan moral pada orang yang cuba nak baiki hidup dia. Kita tak tahu apa yang orang lain perlu lalui untuk teruskan hidup dan tersenyum. Untuk ibu bapa yang dikasihi, maafkanlah anak anda sekiranya mereka tak dapat memenuhi kehendak anda. Jauh di sudut hati, mereka juga sangat kecewa kerana mengecewakan anda.
Adakalanya kami sudah cuba yang terbaik, dan doakanlah kami, berikanlah semangat pada usaha kami. Sesungguhnya kami tidak berniat menyakiti hati anda dengan kegagalan usaha kami.
– Anne
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit