Si Gemok Hitam Yang Masih Mencari Jodoh

Hi semua pembaca IIUM Confession. Selamat Berpuasa. Kat sini aku nak cerita betapa peritnya menjadi seorang yang gemok hitam.

Tinggi aku 170cm berat 120kg. Sejak aku period berat aku naik seperti harga barang yang kian injak naik ni tahu2 dah gemok sangat. Aku sekarang 27 tahun.

Sejak zaman sekolah aku dah kene panggil kuali sebab hitam dan berjerawat. Kadang-kadang mereka cakap aku busuk etc.

Aku punya trauma sampai aku decide pindah sekolah alang2 rumah aku nak pindah lain kawasan tapi daerah sama je. Haha, aku fobia betul lagi2 dengan budak lelaki sekolah tu.

Btw padan muka yang kutuk aku tu semua tak berjaya pun dalam hidup dorang.

Bukan aku doa benda buruk tapi tulah yang kita diajar dalam hidup. Kau buat jahat balasan kau jahat. Okay tapi hidup dorang taklah teruk mana.

Okay dah sambung, sampai dunia Universiti, kulit aku dah cerah sikit tapi masih gelap lah then orang asik suruh aku kuruskan badan.

Walaupun aku gemok tapi aku masih jaga penampilan dan diri aku. Aku belajar make up dan bergaya cuma versi plussize tapi still eh orang tak nak sebab gemok.

Ada yang pernah mengaku suka tapi minta aku kuruskan badan baru nak teruskan. Then aku malas layan aku belajar sampailah aku kerja.

Waktu intern dulu dekat kerajaan, perghh kemain pegawai tu pilih bulu. Aku diberi kerja banyak sampai aku migrain hari-hari.

Orang cantik boleh rehat tak perlu pening. A+ dalam tangan. Haha, lelaki kalau nafsu kat kepala teruk gila mereka.

Sekarang dunia kerja, rezeki aku akhirnya baik, aku dapat bos baik yang takde sikap prejudis dan bersikap sangat manis. Dia muda lagi, kaya, ada rupa cute tapi bukan muslim.

Bos aku kalau masuk office, hari-hari dia tak kan lengkap kalau tak cari gaduh dengan aku.

Dia akan ketawa besar kalau dia menang dan selalunya dia menang sebab aku tak faham sangat apa dia cakap. Hahaha.

Okay dua bulan lepas aku baru dapat tahu dia ada nafsu songsang jadi aku decide untuk cari jodoh lain di aplikasi dating apps.

Wah kemain ramai tapi semua niat yang sama. Niat untuk melepaskan nafsu gila dorang. Jenis minta pegang dan nude.

Tapi aku taklah layan. Gila amik gamba tanpa pakaian tapi bertemankan lemak yang berlipat. Eeeee teruk.

Okay kemudian aku berkenalan dengan seseorang lelaki ni, mula2 chat memang vibe ngam gila so aku seronok borak dengan dia sampailah harini kitaorang jumpa.

Hahaha betullah apa aku fikir, dia akan tinggallkan aku. Kitaorang jumpa sejam je tadi borak sikit lebih pada diam. Mungkin dia kecewa dengan fizikal aku.

Haha, takpelah aku faham walaupun sakit sangat bukan sebab aku berharap tapi sakit sebab susahnya jadi gemok dan hitam ni.

Mula2 dia cakap dia akan terima aku seadanya tapi sayang sebenarnya takpun. Lepas jumpa dia terus tak reply chat aku lagi. Takpelah aku dah pun delete akaun dah taknak dah main bendalah ni lagi.

Sakit. Aku taip ni sambil kesat air mata tapi takpe aku faham. Ada orang ujian dia lagi perit pada aku. Aku taknak taip panjang sebab aku risau aku jadi manusia tak bersyukur.

Aku doakan korang semua bahagia dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Tapi aku cuma nak pesan :

Tolong sangat orang yang bernama lelaki ni. Awak semua adalah imam, awak adalah hamba allah yang diciptakan untuk melindungi kami bukan menghancurkan kami. Kenapa perlu jadi lelaki curang?

Kenapa perlu jadi lelaki yang bertuhankan nafsu semata? Kenapa perlu jadi lelaki yang bernafsu sonsang?Puas ke weh korang jadi macam tu? Apa korang dapat?

Kebahagiaan sementara? Tak teringin ke nak jadi manusia yang bersikap sepatutnya manusia? Berhentilah jadi orang2 yang antara kau dan allah sahaja tahu perangai kau.

– Syira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *