Si Gemuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap kisah pendek ini dapat disiarkan.
aku,gadis berusia 20 an yang sedang belajar di sebuah IPTA di tahun ketiga.Berasal dari selatan tanah air.

Okay aku sebenarnya nak cerita pasal macam mana aku makin percaya yang setiap mereka yang datang dalam hidup ni tak sia-sia. Ringkasnya di sini , aku ni tergolong dalam golongan yang berbadan agak besar.

Biasalah bila badan tak berapa nak sedap mata memandang ni ada je yang mulut puaka mengejek, mencaci dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak buat apa benda pun kena ejek. Disebabkan perkara ni lah aku hilang keyakinan sejak zaman sekolah lagi . Aku pernah mencapai berat hingga tiga angka masa tingkatan 3 dulu. Masa tu aku malunya lahai nak timbang berat depan classmate semua.

Dan pada masa yang sama, aku sekelas dengan seorang lelaki yang aku namakan dia Y. Y ni murid antara paling nakal dalam sekolah aku,
Dia ni lah yang aku maksudkan dengan si mulut puaka tadi. Pelbagai gelaran dia beri pada aku.Setiap kali cacian tu menusuk telinga aku jadi makin hilang keyakinan. Nak naikkan keyakinan tu punyalah lama wei..

Bukannya apa, tapi disebabkan ejekan dia, aku sentiasa cuba untuk kurus. Malangnya tak berhasil. Sampailah satu masa ni aku give up. Aku makan je apa yang aku nak. Kadang-kadang aku terfikir jugak sampai bila aku nak give up macam ni. Aku selalu berdoa agar Allah bagi aku kekuatan kembali untuk aku teruskan misi aku.

Sejak semester 2 aku mula kenal dengan seorang budak lelaki kelas aku . Aku gelarkan kawan aku sebagai Z .

Z ni tak ada lah sekejam Y. Ayat dia lebih kepada kias dan kelakar. So, apa yang dia cuba bagi sebenarnya sebuah semangat kepada aku tanpa dia sedar. Banyak kali sebenarnya dia keluarkan kata-kata yang menaikkan semangat aku untuk kurus.

Sampai satu ketika tu aku termenung dan teringat balik kata ejekan si Y pada aku. Aku cuba ambil balik ejekan, makian dia jadi pembakar semangat aku. Dan aku rasa lebih lega bila jadi positif. Dan saat ini lah aku rasa semua yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi. Dan sekarang aku berjaya turunkan hampir 10kg heheh..And aku dapat rasakan kalau aku tak berjumpa dengan insan begini mungkin jugak aku akan jadi orang tergemuk dekat Malaysia ni huhuu

Nasihat aku kepada korang yang nak kurus tu..susah nak turun berat kalau kita mengharapkan sekali dua jogging da terus kurus ya sebab aku pun macam ni dulu. And korang kena buat research and lagi bagus kalau korang ada idola.

Mulakan senaman ringkas dan korang suka macam lompat bintang atau badminton. Kalau rasa semangat makin hilang tu cuba korang ingat balik betapa sakitnya hati diejek,betapa penatnya badan berlari dan bersenam. And tips dari aku if korang suka makan benda manis macam Milo kepal ke atau air yang pelik-pelik sekarang,cuba korang tengok kaki korang. Bayangkan kaki tu hilang kena potong sebab penyakit yang berpunca dari makanan tu.

Paling penting sekali if ada orang caci fizikal kau. kau kena stay positif walaupun hati ibarat dihiris sembilu gituu hehee . Walaupun aku masih belum capai berat yang ideal, tapi aku harap korang terima penulisan aku yang tak seberapa ni.

Akhir sekali tawakal lah lepas korang doa dan usaha ya guyss

Andai kata cerita pendek aku ni tersiar, Maafkan gaya penulisan aku.
Tolong doakan aku berjaya dan dipermudahkan.
#silajangankecamsaya

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *