Si Ibu Yang Mabuk Smartphone

Ibu.. Manusia keramat untuk setiap manusia. Ibu yang mengandung kita dalam rahim nya, menanggung sakit sepanjang 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan, menyusu dengan susu di dada nya & membesarkan kita dengan penuh kasih sayang serta cinta. Sebab itu ibu dimuliakan dari ayah.

Ibu aku wanita yang hebat, surirumah yang banyak mencari duit poket sendiri dari muda demi keberlansung hidup kami. Jual tudung, kerepek, goreng pisang, kain pasang & jual bermacam lagi demi mencari duit tepi selain mengharap gaji ayah yang sedikit. Walaupun belajar setakat darjah 1, ibu berjaya membesarkan anak2 sampai ke menara gading.

Namun, zaman kecanggihan teknologi berganti musim membuat ibu berubah identiti seperti perkataan orang putih ‘culture shock’ kalah budak sekolah. Permulaannya begini, ibu mengesyaki ayah curang dengan rakan sekerja, sampai ke tahap tuduhan ayah berzina.

Ayah pula kebetulan ada masalah ‘mati pucuk’ entah dek sebab kencing manis nya atau apa. Habis dijaja benda yang tiada bukti jelas ayah curang, mati pucuk serta terkena buatan betina itu kepada kawan2 baik ibu, adik beradik ibu, malahan ibu mentua ku juga selamba ibu bercerita.

Undur semula cerita, semasa awal kes ayah dituduh curang, ibu menangis makan hati. Selalu memberontak & pergaduhan selalu terjadi di rumah. Ayat ibu sebab ibu tidak tahu teknologi sekarang, smartphone pun tiada. Masa itu aku baru mula bekerja. Dapat gaji terus aku hadiahkan kan smartphone untuk ibu. Ibu gembira bukan main lagi. Itulah titik permulaan nya.

Kisah ayah, aku tidak tahu benarkan dia betul bersalah kerana wataknya biasa2. Solat seperti biasa, mengaji seperti biasa, tidak pernah marah tengking ibu (terjadi jika ibu terlalu provokasi), dengar saja cakap ibu, redha & pasrah ibu menjaja hal kain sendiri kepada semua orang. Suami dicop mati pucuk & semua orang tahu.. Bukan kah itu keaiban yang besar?

Ada juga adegan berubat dengan beberapa bomoh untuk mengubati kunun kegilaan ayah kepada betina tempat kerja nya & isu mati pucuk ini yang akhirnya bomoh pun mengambil kesempatan ke atas ibu ku. Dengan mengawal ibu ku dengan syaitan mereka. Tiba2 ibu tergila gila kan bomoh itu.

Sebab itu dilarang Islam jangan di canang aib perkahwinan itu, jangan dibuka kelemahan kita sampai orang luar mengambil kesempatan.

Berbalik kepada smartphone tadi. Setahun pertama masih elok. Masuk tahun kedua sudah pandai berfacebook. Masih ok lagi, aku tolong join kan & like page2 yang elok, seperti berkaitan ustaz ustazah, pertanian, masakan dll yang biar lalu di wall kita perkara elok2. Tapi ibu dah terjerumus pada group2 cintan jiwang yang merepek sangat.

Sudah pandai buat akaun palsu yang guna identiti palsu malahan gambar palsu, nama palsu umur palsu. Sehingga rakan2 Facebook ibu fikir itulah real wanita muda yang setiap hari post ayat2 skema bermadah. Sehingga ada yang sudah bank in duit & pos hadiah. Akaun ini tidak menerima friend request anak2 mahu pun sedara. Sememangnya identiti palsu.

Setiap hari jika di rumah, selesai buat kerja rumah terus bermain Facebook, melayan pm, post status, reply komen berjam2 (orang tua lama sikit mahu menaip nya, mahu merujuk kitab buku nya yang penuh ayat2 & wording). Melayan personal WhatsApp lagi. Mujur tiada Instagram. Jam 3 baru solat zuhur, sambung lagi main Facebook tertido sebentar, sambung lagi dan lagi dan lagi.

Ntah apa disembang mesej2 privasi, sebab aku pernah terlihat bahasakan diri abang, sayang,rindu dll. Agaknya lagi sama advanced dengan budak sekolah zaman sekarang.

Jikalau anak cucu balik banyak spend masa berkurung dalam bilik. Kadang2 tutup kemas pintu tidak mahu cucu usik kitab buku catatan nya atau kacau ibu main smartphone. Ipar aku pun ada sebut ‘ibu asyik main phone dlm bilik’.

Ada satu lagi hal ibu yang aku tak berkenan, obses dan taksub pada bomoh. Sudah 3-4tahun ibu asyk berubat dengan bomoh yang sama, bomoh lelaki ditemani seorang bomoh muda perempuan (bukan suami isteri) yang datang ke rumah di tengah malam sehingga pagi untuk berubat.

Ritual itu ayah ku juga sertai. Sebulan sekali sebaik saja ayah gaji mesti ibu panggil bomoh ini buang gangguan dari betina yang dikatakan menghantar jin syaitan ke ibu ayah aku.

Kalau tidak ada duit bulan ini.. Bulan depan lepas gaji bomoh datang lagi. Gila bukan seperti satu komitmen untuk membayar orang melakukan perkara bukan2 selama bertahun. Kami anak2 selalu pertikaikan, kalau hebat kenapa tidak baik sudah keluar duit setiap bulan.

Ayat obses ibu aku ‘betina itu pergi jumpa bomoh asli pula hantar lagi barang’ atau ‘ibu sakit2 beriya sekarang, betina sundal itu tembak ibu lagi dari jauh’.. Begitulah alasannya. Pengaruh kuat bomoh jahanam.

Kini ayah sudah pencen, kami anak2 mengharap ending yang baik & titik permulaan yang cantik kepada ibu & ayah. Ibu ayah sedang membina rumah di tanah mereka jauh berlainan daerah dari rumah asal. Ujian Allah bagi bukan melapangkan, ada saja tidak kena. Rutin mereka masih sama. Bomoh itu pun sudah datang memulakan ritual pembersihan di tanah itu.

Maka senanglah setiap bulan berterusan bomoh itu makan duit dari ibu. Terkini, ibu galak bercerita kalau ayah mati, nanti ibu terus kahwin lain. Ibu bangga bercerita juga pada semua orang sudah 2orang lelaki tunggu ibu untuk berkahwin. Ibu seperti perasan jiwa muda. Walhal sudah sakit kaki & lutut.

Kami perasan ibu di fasa pra-menopause. Kami sudah kaji hal ini. Panas badan yang ibu cakap sebab buatan sihir betina itu pun adalah simptom2 menopause. Tapi kami pula dimarahi ibu. Ibu defend dirinya haid konsisten datang bla.. Bla.. Bla.. Kami pula ditegur jangan tunjuk pandai dengan ibu. Seperti biasa, ibu sentiasa perasan muda..

Aku sebagai anak malu seorang ibu berubah drastik di umur senja ini. Sangat malu ibu bercerita selamba kepada ibu mentua aku walhal aku tidak pernah bercerita buruk hal keluarga aku. Aku malu juga bila balik ke kampung, mak-mak sedara sibuk sebut ‘kenapa, anak2 tidak bagi kahwin lain ke jika suami mati’ bila ibu berbicara hal kahwin ini depan aku.

Ayah tidak mati lagi tapi sudah memasang angan. Sudah kami anak2 tegur ibu, tapi ayat ibu ‘anak2 tidak faham ibu, asyik menangkan si ayah’ atau ‘buat penat ibu besarkan anak2 tapi anak2 tidak habis2 cari salah ibu’ atau pun ibu left group whatsapp family.

Rasa tidak berkudrat lagi kami anak2 nak perbetulkan keadaan kuasa & level seorang ibu tu terlalu tinggi tidak layak kami buat apa2.

Sharing perkara baik, teguran atau video agama di WhatsApp family pun ibu tidak cakna. Kes2 kecemasan yang di inform pada group family pun ibu jadi orang terakhir tahu walaupun tangan sentiasa pegang smartphone.. Sebab lansung tidak ambil peduli group itu.

Aku bercerita sekadar luahan hati seorang anak yang sentiasa kesal dengan apa terjadi. Sampai bila mahu dibiarkan orang kita sayang hanyut dengan duniawi ini. Sungguh kesian. Adakah punya penyelesaian hal ini?

Aku sentiasa berdoa Allah bagi turning point semula pada ibu ayah aku ini biar mereka jadi hamba Allah yang soleh & solehah.. Yang kembali pada Pencipta dalam keadaan sempat segalanya.

Maaf, jika jalan cerita agak serabut. Terima kasih kerana membaca.

– Si Anak Rindu Ibunya Yang Asal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *