Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali, apa yang membuatkan aku terdetik nak meluah di sini kerana aku tahu ramai lagi di luar sana yang hadapi masalah mengenai bolehkah seorang introvert jadi cikgu?
Kau pendiam.. Boleh ke mengajar?
Anda tidak berseorangan. Anda mungkin berfikir yang sama seperti saya yang merupakan golongan introvert yang sama.
Jujurnya, dri kecik aku teringin sangat nak jadi cikgu macam mak aku.. Aku dah jadikan cikgu sebagai cita ii aku.. Dan masa pun berlalu dan aku tak cukup kenal diri aku..
Aku seorang yang bising dengan kawan yang aku rapat.. Memang kami berkelompok.. Bergang haha biasa la kan so aku pasti yang aku extrovert yang nak jadi cikgu besar nanti
So tup tup aku menginjak usia 18 baru aku dapat kenal diri aku dalam ii.. And aku jadi lebih matured haha yela tu..
Aku jadi banyak diam dan selesa dengan diri aku yang diam dan tak sibuk hal orang.
Aku bebas bergaul mesra dengan sesiapa even aku introvert kecuali dengan kawan rapat aku masuk air teruk.
Sampailah one day aku masuk 20.. Aku sedar yang aku tak boleh handle stress bila orang sekeliling terlalu bising.. Aku jadi senang distracted.. Aku pemalu tapi bukan penakut. It’s different.
Aku bila bentang memang ketar tapi aku cukup confident sebab aku ada banyak idea sampaikan orang yang ingatkan aku senyap tak reti apa2 terkejut..
Tapi time ni aku still ada minat mengajar tapi bukan my first career. (sebab tengok mak aku keje penat haha)
Okay aku tahu banyak sangat bebel sini.. The main point is.. Just being yourself.. Jadi diri sendiri..
Kau lebih kenal diri kau.. Kau yang tahu ability kau sendiri dalam mengajar.. Untuk jadi seorang guru..
Doa is the important thing.. Doa selalu kepada Allah sebaik ii nya.. Dia tahu apa yang terbaik untuk kau.. Slow ii kau tanya diri kau sendiri sebab kau yang pilih jalan samada jadi cikgu atau tidak..
Aku dapat temuduga UKM pendidikan khas sebab ikut my mum choice.. Aku yakin ada rezeki yang kita tak tahu..
Whatever happens.. Yakin.. Yakin yang kau boleh.. Perbaiki niat baik kau.
Aku doakan semoga semua yang membaca ni dipermudahkan dan peroleh segala yang kau inginkan. Doakan aku juga! Bye assalamualaikum.
– Introvert yang mencuba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit