Si Isteri Jobless

Assalamualaikum & salam sejahtera, aku seorang isteri & ada anak. Nama aku Aza (bukan nama sebenar). Sebenarnya tujuan aku menulis hanya sekadar untuk luahan hati sambil-sambil mendengar pendapat korang.

Episod duka aku bermula apabila kehilangan kerja. Agak lama aku kerja di syarikat tersebut. Ketika itu aku sedang pregnant dan kandungan aku dalam lingkungan 4 bulan.

Bermula di sini semua perbelanjaan rumah yang dulunya berkongsi kini sebulat-bulatnya jatuh pada suami. Gaji suami aku ini hanya cukup-cukup makan dan perlu pula tambah dengan hutang kereta serta hutang bank. Aku tahu suami aku cukup susah nak cover hutang-hutang aku.

Semasa aku kerja aku jarang sekali minta duit untuk beli barang-barang peribadi aku, semuanya aku keluarkan duit aku sendiri sebab aku tak nak bebankan suami aku. Malahan dulu aku yang bayar duit sewa rumah & duit mengasuh anak.

Tapi disebabkan langit tak selalunya cerah, sekarang aku terpaksa meminta ehsan suami untuk cover hutang-hutang aku itu. Dan alhamdulillah suami tak berkira untuk membayar hutang-hutang aku ketika aku pregnant.

Aku ingatkan aku hilang kerjaya itu adalah satu ujian yang besar Allah bagi kepada aku. Rupanya tidak, anak aku meninggal ketika dalam perut. During time aku pregnant aku banyak stress pasal perangai suami aku. Aku dapat tahu yang dia bercinta dengan seorang wanita.

Mereka kerap kuar tapi dengan pengetahuan aku. Aku memang ada syak something pasal hubungan mereka ni. Tapi aku cuba menafikan perasaan itu. Aku cuba anggap yang aku ni cemburu buta. Tapi tak boleh kerana keakraban mereka menjadi bualan orang.

Hampir setiap malam ketika aku pregnant aku menangis. Aku rasakan diri aku tak berguna sebab jobless. Aku sering berfikir sampai terlampau overthinking. Yang akhirnya meragut nyawa anak aku.

Sepatutnya aku pegi hospital untuk bersalin tapi Allah lebih mengetahui. Aku terima pemergian anak syurga aku. Peritnya bersalin tanpa ada tangisan suara bayi. Allah.

Berbalik pada kisah suami tadi, selepas beberapa bulan dari aku habis pantang, dia menyuarakan hasrat untuk berpoligami which is semua wanita tak nak benda ni berlaku walaupun ianya sunnah. Termasuklah aku dimana aku pon tak nak bermadu bagai.

Long to short. Dorang tak jadi kahwin. Allah makbulkan setiap doa aku.

Sekarang perkahwinan aku bahagia, cuma aku masih dalam dilema kerana masih tak bekerja. Aku jadi stress bila jadi surirumah. Aku jadi stress bila tak ada duit nak bayar hutang- hutang sendiri. Aku malu nak minta duit dekat suami.

Cuma sekarang ini suami aku ada menyuarakan yang dia tak dapat nak cover hutang-hutang aku. Dan ketika ini aku kecil hati sangat dengan suami yang tak dapat nak membantu aku.

Bila ingatkan balik masa dia tak ada kerja tetap dulu aku banyak support kewangan family kami.  Sebelum itu, aku tahu lebihan gaji suami cukup  untuk cover hutang-hutang aku. Cara dia cakap seolah olah aku ni tak nak kerja.

Bukannya aku tak nak kerja tapi rezeki kerja masih belum memihak pada aku. Aku masih lagi menjadi job seeker. Masih lagi menunggu untuk dipanggil interview. Aku bukan tak usaha untuk mencari kerja, hampir setiap hari aku menghantar resume tapi belum ada rezeki.

Kadang2 aku punya tahap stress sampai salahkan diri aku. Aku rasa segan dengan suami, keluarga. Aku asa malu nak jumpa kawan2 aku yang lain disebabkan aku ni jobless. Aku pon tak tahu aku ni stress atau depress atau seangkatan dengannya.

Aku minta korang doakan aku supaya cepat dapat kerja & doakan aku kuat menghadapi ujian-ujian ini. Aku mintak maaf jika penulisan aku agak celaru.

– Aza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *