Assalamualaikum semua. Hmm entahlah, tak tahu macam mana nak luah. Yang pernah lalui keadaan ini mungkin mengerti.
Aku seorang wanita yang pendiam. Berkahwin hampir dua tahun. Belum dikurniakan zuriat dan disahkan menghidap penyakit PCOS.
Aku dan suami menyewa di rumah sewa milik mertua dan sangat berhampiran dengan rumah mertua.
Adik beradik suami aku sebelas orang, mostly yang berkahwin pun tinggal berdekatan dengan kawasan rumah mertua. Cumanya rumah kami je yang bersebelahan dengan mertua.
Kalau berborak atau gelak ketawa confirm dengar. Tak termasuk bergaduh laki bini. Aku pernah ajak suami aku duduk berjauhan dari mertua. Sebab terbaca artikel banyak pahit dari manis kalau duduk berdekatan.
Tapi suami cakap sebab kesiankan mak and adik beradik yang lain tak boleh diharap. Ya betul, kalau kita berkahwin kita bukan perlu sayang suami sahaja, tapi perlu sayangkan ahli keluarganya sekali.
Awal perkahwinan aku terlampau stress, tiba2 darah tinggi naik mencanak and warded.
Doctor inform sebab aku terlalu stress, terlampau banyak berfikir, and penyakit pcos pun punca utama sebab susah utk mengandung yang buat hidup aku sunyi takde anak.
Nak tahu punca apa yang aku stress? Bila pergi mana2 berdua dengan suami mesti ada je mak and adik2 dia yang call wassap tanya dekat mana? Cuti ke? Keje ke?
Bila weekend kot la boleh relaks2 bangun lewat, pagi2 time tidur ada je yang call and ketuk pintu nak mintak tolong itu ini.
Almost everyday everytime. Suami nak makan, nak rehat lepas balik keje, mesti ada je gangguan. Walhal yang lain pun duduk berdekatan, boleh je kalau nak mintak tolong dekat yang lain.
UNTUK PENGATAHUAN SEMUA. SUAMI AKU BUKANLAH ANAK SULUNG. Aku tahu dia pun serba salah dan tersepit dengan keadaan.
Paling hati aku sakit. Bila balik rumah parents, mak dia wassap suami aku and tanya lama lagi ke dekat sana?
Aku terasa hati sangat sebab aku memang jarang balik rumah parents. Kadang balik tak sampai setengah hari dah wassap call suami aku bagai. Aku stress! Rasa sangat2 terganggu.
Allahu.. mereka lupa ke yang laki aku ni dah kahwin, ada isteri and isteri tu diri aku ni la. Aku ni patung ke? Aku pun perlukan privacy. Takkan lah sekecil2 hal pun nak mintak tolong suami aku setiap hari.
Kadang suami aku terpaksa ketepikan diri aku bila aku ajak pergi mana2 demi kepentingan adik beradik and mak dia. Aku sedih aku suri rumah.. bila duduk rumah buat kerja rumah and hadap perangai2 mereka.
Lama2 rasa nak gila. Walaupun bukan sebumbung, tapi bersebelah pun setiap gerak geri kami terbatas.
Kadang kami laki bini nk buat keputusan sendiri pun ada je yang masok campur. Rasa hidup ni di CONTROL dan tak layak bersuara and tak buat keputusan sendiri.
Adik beradik dia bila nak pinjam duit semua minta dekat suami aku. Padahal gaji mereka lagi besar.
Suami aku pula bila tengah susah, dia jenis tak nak susahkan adik beradik. Balik kerja moto rosak pun sanggup mintak tolong kawan hantar balik rumah, and sampai rumah dah lewat.
Padahal adik beradik lain ramai dekat rumah mak dia goyang kaki je. Kereta motor ada boleh je pergi ambil suami aku.
Tapi adik beradik dia sikit pun tak nak faham. Berulang kali aku bertengkar dengan suami sebab hal mereka.
Bukan berkira, tapi bagi aku mereka seolah pergunakan suami aku tanpa fikirkan hati dan perasaan aku sebagai isteri.
Ya.. Aku akui suami aku memang terlalu baik. Tapi wajar ke mereka2 ganggu privacy rumahtangga kami. Aku sebagai isteri mmg perlukan suami aku.
Tapi mereka dah melebihi aku. Aku memang sedang memerhati dan makan hati. Tapi aku pilih untuk berdiam.
Aku nak kerja. Nak ajak suami pergi jauh dari sini. Bukan untuk bermusuh. Sekadar membawa diri dan hati yang tersakiti. Tak layakkah aku untuk bahagia???
Maaf ayat terabur. Aku banyak pendam, nak luah dengan percakapan nanti airmata yang keluar.
Mungkin sebab aku pendiam, takde pelajaran tak kerja bagus. Sewenangnya mereka pergunakan suami aku tanpa fikirkan hati aku.
Selepas berpindah jauh. Moga Allah kurniakan kebahagiaan dan zuriat untuk aku dan suami.
Thanks sudi membaca. Doakan saya boleh mengandung macam wanita lain ye. Saya down sangat.
– Hati yang merintih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit