Si Janda Perosak Rumahtangga Orang

Suami aku bekerja di sektor awam. Baru baru ini, ada pekerja baru dipindahkan di tempat kerjanya. Pekerja ini janda anak dua, punyai paras rupa yang cantik dan lemah lembut.

Pada mulanya, mereka tidak begitu rapat, namun suami aku ada bercerita kepadaku bahawa si janda ini kerap memandangnya dan mudah tersenyum kepadanya.

Aku bukan seorang yang mudah melenting, jadi suamiku mudah bercerita kepadaku perihal wanita-wanita di tempat kerjanya.

Suami aku satu satunya staf lelaki di situ, jadi dia agak popular dan selalu diberi perhatian oleh rakan sekerjanya yang lain. Tambahan pula suami aku ini kelakar dan suka buat lawak.

Ada kalanya aku akan cemburu tapi aku akan tegaskan kepada dia untuk menjaga batas pergaulan.

Aku pernah bagi amaran pada suamiku, sekiranya dia memang ada hubungan dengan perempuan lain di belakangku, dia akan hilang aku dan anaknya (suamiku sangat sayang anak kami).

Jadi dia faham walaupun aku tak mudah melenting, tak bermakna dia boleh ada hubungan dengan orang lain.

Berbalik kepada si janda tadi, lama kelamaan dia semakin kerap berbual dengan suamiku. Dia yang paling peka sekiranya suamiku memerlukan bantuan sewaktu kerja, dan dia segera membantu suamiku.

Sewaktu berbual, si janda ini akan ambil kesempatan untuk menyentuh suamiku seperti cuba menampar belakang badan, menumbuk lengan dan lain lain sentuhan.

Pernah sekali suami aku bercerita dia sengaja menggeselkan pehanya ke peha suamiku di hadapan orang ramai.

Suamiku jadi malu dan risau sekiranya orang lain mengesyaki mereka. Waktu ini memang tahap kesabaran aku tak boleh dikawal lagi.

Aku marah teruk suami aku sebab membenarkan janda tu buat sesuka hati. Saat tu, aku memang dah capai telefon untuk mesej janda tu dan bagi amaran.

Namun, suamiku membantah dengan mengatakan nanti akan menyebabkan dia tidak selesa bekerja nanti sekiranya ada pergaduhan melibatkan rumah tangga.

Salah ke aku nak memberi amaran pada janda yang mengganggu suami aku? Suami aku memberitahu bahawa dia tidak melayan dan cuba menjauhkan diri seboleh mungkin daripada bercakap dengan janda tu.

Memang waktu tu aku rasa marah dan geram sangat dengan janda tu dan suamiku sekali. Aku tegaskan lagi pada suamiku, jika terjadi lagi, aku akan buat aduan pada SISPAA agar salah seorang dipindahkan tempat kerja.

Sejak hari itu, suami aku tak bercerita lagi mengenai janda tu. Bila aku tanya, dia kata dia tak bercakap lagi dengan janda tu.

Semalam kami berbual, sengaja aku sebut nama janda tu, terus suami aku bercerita tentang janda tu. Dia kata janda tu tak sengaja tertendang kakinya sewaktu mereka nak balik kerja sekadar untuk bergurau.

Janda tu ingin menepuk seluar suamiku, tempat yang dia tak sengaja tendang tu sebab ada kotor katanya. Suamiku cepat cepat menepis sebelum si janda tu sempat pegang.

Kemudian ada beberapa kali si janda ni cuba nak menyadung kaki suamiku sekadar untuk bergurau. Aku jadi geram dan marah sangat, masih ada lagi percubaan si janda ni menggoda suamiku.

Aku katakan pada suamiku aku tak suka perbuatan janda tu dan perbuatan suamiku yang tidak tegas dalam menjaga adab pergaulan.

Suamiku meminta maaf dan meminta aku berfikir positif bahawa mungkin si janda ni memang jenis bergurau kasar dan tidak begitu menjaga adab pergaulan.

Aku suruh suami aku kata pada janda tu bahawa jangan lagi bergurau bersentuhan macam tu tapi suami aku serba salah, katanya tak nak ada gaduh dan rasa akward di tempat kerja.

Aku memang dah tak boleh sabar dengan janda ni dan suami aku. Aku katakan pada suamiku, sama ada ikut arahan aku atau hilang anak.

Suami aku kata dia akan beritahu janda tu supaya jangan sentuh dan ganggu dia lagi.

Tapi aku tak percaya pada suami aku ni lagi. Aku nak buat aduan terus agar mereka dipindahkan.

Pada pendapat korang, aku yang terlalu cemburu atau memang si janda ni yang melampau, dan patut tak aku buat aduan untuk pindahkan mereka?

– Wani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *