Si Kakak Itu

Assalamualaikum dan hai untuk semua pembaca. Kisah yang aku nak storykan mungkin biasa diluahkan disini. Namun, aku still ingin menulis untuk mengurangkan rasa sedih dan rendah diri.

Kenali aku sebagai Cahaya. Tahun ini, umur aku menganjak ke angka 30. Ye, umur yang sepatutnya sudah stabil dalam semua situasi. Namun, tidak aku. Aku masih tidak berkahwin, dan kerja biasa-biasa sahaja. Jodoh? Ya, suatu doa yang tak pernah lekang dipinta usai solat. Minta di kurniakan jodoh sebagaimana orang lain. Sedih bilamana melihat kawan-kawan seusia sudah berkeluarga, namun aku masih berseorangan. Aku tahu, aku tiada rupa, apatah lagi harta. Aku chubby, namun aku tidak pernah merasa ia sebagai suatu kekurangan diri.

Namun, hati selalu terpalit sedih bila kawan sekerja (aku gelarkan kakak itu) selalu memerli rupa paras aku. Membandingkan rupa aku dengan kawan-kawan yang lain. Menjadikan rupa aku sebagai lawaknya. Aku sedar, aku tidak secantik orang lain. Aku berkulit asia, hidung penyek, senyuman tak semanis orang lain, namun  aku ada perasaan. Pernah dia bertanya kawan sekerja lelaki aku, taste beliau sambil memerli ” takkan la taste kau dia (aku) ni”, sambil gelak memerli. Aku gelak sekali menutup sedih sambil bergegas ke tandas dan menangis. Buruk sangatkan aku sehingga tidak layak andai aku ingin berkahwin? Hinakah aku jika aku berkulit gelap, chubby dan kerja biasa-biasa?

Ayat “engkau tak cantik” sudah lali aku dengar. Tambahan aku dikelilingi orang yang cantik-cantik. Lagilah diperli dan diperlekeh. Di tempat kerja aku, kebanyakan colleagues berlatarbelakang pendidikan MA dan phD. Namun, rezeki aku hanya setakat degree. Bilamana kakak itu memperkenal kami kepada sesiapa, sampai je turn aku, dia akan cakap, “dia ni biasa-biasa je”. Yelah, kawan-kawan aku yang lain kan MA dan phD. Dia juga degree sahaja, namun memandangkan dia lepasan oversea, meletakkan dia setaraf dengan kawan-kawan aku yang lain.

Kadang aku pelik, kenapa aku selalu jadi target kakak itu. Selalu memperlekeh aku, sedangkan dalam masa yang sama, kakak itu sentiasa merungut pasal diri sendiri. Sudah tua la, sudah gemuk la. Pendek kata, insecurities dalam diri dia sangat menebal. Bila rasa insecure, terus cari aku nak lepaskan insecure dirinya tue (dengan cara perli2 aku). Dan aku seperti biasa, tahan telinga, gelak dan pendam sendiri.

Disebalik perangai annoying kakak itu, masih ada sisi baik dia. Selalu murah dengan pertolongan dan sentiasa bawakkan kami bekal untuk dikongsi bersama. Sentiasa memberi nasihat positive persis seorang ibu yang menasihati anaknya. Even setiap kali dia buat asam pedas, akulah orang pertama yang dia akan sua kan since dia tahu aku suka sangat asam pedas. Pernah dia bawak asam pedas, tapi hari tue aku bizi sampai tak sempat jumpa dia hingga abis waktu kerja, gigih dia cari aku untuk makan bekal dengan dia sama2 sebelum balik. Sungguh aku terharu, huhu. Tapi itu lah, bab2 menyakitkan hati pun bagi kat dia la. Hahahaha.

Konklusinya, manusia tak perfect. Sisi baik dan sisi tak baik tue sentiasa ada. Cuma berusahalah agar sisi baik lebih menyerlah dari sisi tak baik. Hopefully, pembaca doakan aku sentiasa sabar dengan mulut pedas kakak itu dan tak akan simpan apa2 dalam hati. Biarkan perlian dia tue, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri tanpa ada mana2 blocking samada kat hati, limpa, hempedu dan sebagainya. Hehehe.

Doakan aku bertemu jodoh tahun ini ye semua. Selamat tahun baru 2019 :)

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *