Si Kaya Dan Si Fakir

Haritu Abam ada terbaca kisah tentang #Hartawan dan #FakirMiskin. Saja nak share dengan korang, boleh la sama-sama bermuhasabah diri nanti.

Al kisah nya pada suatu hari Si Fakir ni telah mendatangi rumah Hartawan yang kaya raya. Niatnya hanya untuk meminta sedikit bantuan ataupun sumbangan. Tak kisah lah dari segi wang ataupun bahan makanan.

Sesampainya di rumah orang kaya tu, terus Si Fakir ni mengetuk pintu dan memberikan salam. Pintu dibuka, Si Kaya dengan muka bengis terus bertanya apa hajat Si Fakir ni datang kemari.

Si Fakir berkata, “Saya ingin memohon bantuan Tuan kalau-kalau ada lebihan makanan yang tak habis, bolehlah disedekahkan kepada saya buat santapan kami sekeluarga”.

Si Kaya pula terus mengambil sebuah bekas yang berisi nasi basi. “Nah, di dalam bekas ini ada nasi. Lepas ni jangan datang lagi” kata Si kaya dengan angkuh.

Si Fakir terus balik dan membawa bekas tersebut tanpa sebarang syak wasangka. Dalam hatinya sudah lega kerna pulang membawa rezeki untuk keluarga.

Namun, sesampainya di rumah dia terkejut kerana bekas tersebut berisi nasi yang sudah basi. Dia pun merasa kecewa dan sedih bila melihat anak isteri yang masing-masing menahan kelaparan. Dia tahu yang keluarganya sangat berharap dia pulang membawa makanan.

Keesokan harinya dia membasuh bekas tersebut dan mengisi dengan sesuatu “benda” sebagai balasan kepada pemberian Si Kaya kelmarin. Lalu dia berjalan menuju ke rumah Si Kaya.

Sesampainya di sana, kebetulan Si Kaya berada di halaman rumah. Lalu diserahkan bekas itu dan lantas Si Kaya terkejut apabila membuka dan melihat balasan dari Si Fakir.

“Kelmarin aku memberi kepada kamu bekas yang berisi nasi basi, tapi mengapa hari ini kamu membalas dengan bekas berisi Bunga yang segar dan cantik ni? ” soal Si Kaya kehairanan.

Balas Si Fakir “Setiap orang memberikan apa yang berada di dalam Hatinya”.

Begitulah hidup kita ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

– Jaga Hati, Jaga Iman

– Abam Jambang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *