Salam. Baru lepas baca confession tentang Crazy Rich Malaysian!! (https://iiumc.com/crazy-rich-malaysian/).
Dalam family aku ada ramai yang kaya raya. Bukan lah kategori kaya melampau macam crazy rich asian, bukan tahap usahawan konglomerat tapi masing-masing ada company sendiri dan bisnes mereka pun sangat berjaya.
Orang kaya ni ramai yang humble, macam family aku. Tak suka show off kekayaan kat socmed. Even sampai sekarang pun ada yang masih tak ada socmed. Tapi kena faham, mereka tetap ada ego dan class mereka sendiri.
Disclaimer : Family aku sederhana sebab bapa aku kahwin dengan family miskin (so bapa aku memilih untuk hidup gaya orang sederhana).
Orang kaya ni angin dia lain macam sikit. Tak semua, tapi ni yang aku perasan lah (based on my experience).
Kalau nak buat rumah, selalu akan pilih bukit-bukit tinggi. Mestilah nak buat rumah banglo sebesar yang mungkin. Biar boleh nampak dari jauh rumah mereka.
Lepas tu masing-masing berlumba rumah siapa lagi besar. Rumah siapa lagi cantik. Siapa paling banyak rumah.
Buat rumah pun mesti nak cari port-port kayangan. Mana mahu buat rumah kat kawasan kampung. Takde class. Rumah pun mesti ada swimming pool dan kolam ikan. Benda ni macam wajib ada.
Kedua, kereta. Mana lah mereka nak pakai kereta local. Mestilah kereta import yang jadi pilihan.
Kalau beli kereta local pun sebab senang nak guna untuk pergi jalan dekat-dekat rumah dan sebab nak save duit minyak. Roadtax pun murah. Tapi kalau nak jalan jauh & balik kampung, mestilah akan bawa kereta mewah sebab masa nilah nak show off.
Kedekut. Sebab tu mereka kaya, sebab mereka sangat berkira. Mentaliti diorang macam “Nak kaya kena lah usaha.”. Mereka selalu percaya yang mereka kaya pun sebab atas usaha mereka sendiri.
Dan kalau ada orang susah dan miskin minta bantuan, mereka akan persoalkan orang miskin tu “kenapa tak usaha? ada banyak lagi cara nak keluar dari kepompong kemiskinan”.
“Kahwin biar sama standard”. Family aku yang kaya raya ni semua akan kahwin dengan yang sekufu, pasangan dari family yang kaya jugak dan mestilah berpelajaran tinggi. Kalau tak, nanti kena palau dan kena buang family (macam bapa aku).
Teruk bapa aku kena hentam dengan family sendiri sebab kahwin dengan perempuan kampung yang ada SPM saja.
Padahal adik beradik lain kahwin dengan semua anak Datuk anak VVIP, kahwin dengan minah saleh, mat saleh.
Orang kaya ni of course la ada standard bab kahwin. Kalau partner tu dari family yang ‘low class atau B40’, jangan harap nak dapat restu family.
Background education sangat penting. Sebab tu orang kaya biasanya hantar anak belajar luar negara. Sekolah pun sekarang memang hantar International school/ Sbp/ mrsm saja. Ni family aku lah. Tak tau la kenapa diorang pandang slack sangat dengan SMK.
Kalau dalam negara pun biasa akan pilih IPTA yang top top saja macam UM, UKM, USM. Even kalau anak-anak nak kahwin, soalan pertama kena tanya adalah “dulu belajar mana?”.
Kalau belajar overseas high chance untuk dapat restu. Kalau setakat local uni mau kena kutuk belakang. Haha.
Speaking. Ya kawan-kawan. Dah nama pun orang kaya, mestilah kena speaking english 24 jam. Sedara mara aku ni muka saja melayu, mana fluent sangat diorang cakap malay. (Muka omputih kalau mak/bapak diorang kahwin dengan mat saleh).
Dah diasuh speak English dari kecil, belajar International school, pastu study abroad. Bagi diorang cakap malay ni macam low class gitu.
Semua benda branded ni sudah tentu jadi pilihan diorang. Even diorang Kedekut Dan berkira nak spend duit, tapi diorang akan pilih yang branded.
Sebab mindset diorang “benda murah biasanya tak elok”. Kalau shopping mana mahu pergi jalan TAR atau beli makanan di pasar malam. No standard.
Makan mesti kat high class restaurant. Sebab diaorang mementingkan kebersihan. Diaorang sangat anti dengan gerai atau warung sebab diorang kata tak bersih. Not hygiene at all.
Tapi family aku ni takde pun pakai brand LV atau Gucci gitu. Diorang pakai yang branded tapi tak overprice sangat, sebab back to basic (berkira nak mampus).
Sekular. Jarang la yang kaya ni islamik. Ada tapi sangat jarang. Mostly sekular, macam family aku. Yang perempuan dari yang budak sampai lah tua bangka masih free hair ye anak-anak. Kulit dah berkedut seribu masih tak sedar diri untuk tutup aurat.
Yang muda pakaian pun boleh tahan seksi. Kalau mak/ ayah diorang kahwin mat/ minah saleh, lagilah hauk terus. Nasib nama masih melayu. Tapi agama entahlah. Sekadar Islam atas ic saja.
Hobi orang have-have. Hobi diorang kalau tak main golf, main kuda, atau melancong. Satu lagi diorang suka berparti. Ada saja birthday sesape mesti akan throw out party. Parti pun bajet besar, mana nak small party saja.
Tapi yang bestnya rasa appreciated la kalau tiap kali birthday dapat celebrate reramai. Hadiah pun dapat mahal-mahal. Mana nak bagi hadiah bawah RM 100. Takde class.
Wedding wajib dekat Hotel. So far family aku kalau wedding mesti buat kat ballroom hotel/resort. Tak main la dewan komuniti.
Well mannered. Satu saja aku boleh puji geng kaya ni, diorang memang well mannered. Family aku ni beradab, cara perbuatan mereka tu macam tersusun, tak kluk klek macam orang kebanyakan ni.
Cara jalan pun memang classy, apatah lagi cara cakap. Nak melatah tu memang takde lah. Cara gelak diorang pun buat aku insecure. Haha.
Kalau yang lelaki memang sangat respect perempuan. Ni family aku ya aku citer ni. Lelaki dia memang helpful dan sopan. Imagine kalau gathering, diorang akan salam & cium pipi atok nenek aku dan peluk lama-lama.
Pastu kalau jumpa sesama jantina mesti nak salam pastu peluk. Maybe Western culture influenced diorang sikit. Tapi aku suka part ni, sebab melayu kita jarang nak peluk-peluk ni unless dgn sedara mara rapat saja. Kan?
Sumber kekayaan yang meragukan. Memang depa kaya, tapi sumber kekayaan diorang bukan dari 1 sumber saja. Dan family aku ni, banyak kroni dengan geng menteri, VVIP, jadi banyak projek juta-juta.
Kalau ikut bapa aku citer, banyak mainan (rasuah) juga depa ni. Pernah kena serang dgn SPRM pun tak kena pape pun. Sebab tiada bukti. Aku pun tak berani nak tuduh, cuma bapa aku tau la adik beradik dia memang ada sumber rezeki tak clean.
Melancong overseas. Bab Melancong memang depa suka pergi luar negara. Tapi satu yang aku perasan, nak pergi mekah punyalah susah.
Apalah salahnya pergi buat umrah sekali sekala, dah tiap tahun mampu pergi Melancong sama sini. Tapi kalau dah Sekular, apa kau nak expect
Aset yang terlalu banyak. Biasa diorang ada banyak gila hartanah dan orang kaya memang suka simpan duit dalam rumah. Memasing ada peti besi besar gedabak.
Banyak hutang juga. Kalau yang buat bisnes tu, memang hutang Keliling pinggang. Ada pakcik aku ni sekarang memang kaya gila, rumah agam dia tu harga berjuta-juta tapi banyak hutang orang tak bayar. Tak pasti la sengaja buat-buat lupa atau memang terlupa.
Selalu nak kena fit into their class. Bukan senang tau nak kejar level class diorang. Bapa aku lebih rela hidup sederhana, dari hidup kaya raya tapi sebenarnya banyak hutang.
Imagine dikelilingi datuk kaya raya, takkan la tak tercabar kalau member tu beli kereta baru, tapi u tak beli pun. Member ajak pergi overseas takkan tak nak pergi.
But ni story family aku jelah. Orang kaya lain mungkin tak sama. Aku, lebih memilih hidup sederhana. Buat apa hidup mewah tapi agama kelaut.
– William (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suka hati dioranglah nak hidup macam mana. Hak masing2. Kalau kau taknak buat dan tak suka buat, jangan ajak orang lain buat sekali