Si Kikis

Hi semua, nama aku Lily (bukan nama sebenar). Aku seorang surirumah yang baru berumah tangga tak sampai 2 tahun. Maaf kalau jalan cerita aku berterabur.

Aku kenal suami aku, Hud, dari zaman Universiti. Ayahnya pencen kerajaan, manakala ibunya berniaga di Pasar Tani setiap Ahad. Adik – beradiknya semua berjaya. Ada jurutera, cikgu dan sebagainya.

Hud belajar dengan mengharapkan duit biasiswa sahaja kerana tidak mahu susahkan keluarganya. Aku banyak tolong dia waktu itu.

Kakaknya nombor dua, aku gelarkan dia Kikis seorang guru di ibu kota, sering mengalami krisis kewangan dalam hidupnya.

Walaupun dia sedar yang Hud di zaman belajar tidak mencukupi wang, Kikis selalu meminjam wang daripada Hud.

Walaupun Kikis seorang yang mempunyai masalah kewangan, Kikis gigih membuat loan untuk membeli sebuah kereta yang agak mewah bagi aku, pada tahun 5 tahun lepas yang kira – kira bulanannya lebih kurang seribu lebih sebulan.

Dipendekkan cerita, enam bulan lepas kereta Kikis itu kena tarik kerana sudah berbulan Kikis tak bayar.

Dalam masa yang sama baru pecah tembelang yang Kikis juga ada membuat pinjaman peribadi dengan Ahlong.

Hidup Kikis kini berpindah – randah kerana takutkan Ahlong.

Kalau korang tanya mana suami Kikis, suami dia ada. Jadi biawak hidup. Last aku tahu suami dia kerja pengawal keselamatan.

Bulan lepas Kikis ada contact Hud untuk minta tolong. Katanya dia memerlukan Hud untuk jadi guarantor. Kikis nak beli kereta baru tapi tak lepas, kena ada guarantor.

Yang aku sakit hati, dalam ramai – ramai adik beradik, si Kikis ni memang nampak Hud je.

Hud kerja biasa, tapi Alhamdulillah semua cukup. Lagipun kami tiada anak, maka kami ada simpanan, tak banyak tapi ada. Bila kecemasan,

InsyaAllah cukup tanpa perlu meminjam dari orang lain.

Hud ni baik orangnya. Lagipun dia tak boleh tengok adik beradik dia susah.

Tapi bagi aku, si Kikis ni tak susah kot. Dia sendiri yang cari penyakit. Hidup nak mewah, tapi sendiri merana. Bila sendiri merana, sibuk nak berpaut dengan orang lain.

Boleh dikatakan hampir dua bulan sekali Kikis akan contact Hud untuk pinjam duit.

Untuk pengetahuan korang, daripada zaman belajar dulu, bila Kikis cakap nak pinjam, Kikis tak pernah bayar. Adik beradik dorang yang lain memang dah tak layan Kikis kalau nak pinjam duit.

Hud ni je masih baik hati.

Kalau bab adik – beradik, Hud jarang nak berbincang dengan aku. Mungkin dia takut aku judge family dia.

Minggu depan, Hud nak balik kampung untuk berbincang dengan kedua ibu bapanya tentang Kikis nak menggunakan namanya sebagai guarantor. Hud ada suarakan dekat aku tentang masalah Kikis.

Aku hanya diamkan diri. Hud tahu aku tak setuju.

Kalau sampai sekarang pun dia masih meminta wang ihsan dari orang lain, yakin ke dia boleh bayar kereta itu bulan- bulan tanpa culas? Apa kesan dekat Hud kalau Kikis tak boleh bayar nanti? Macam – macam otak aku berfikir.

Berdenyut- denyut kepala aku.Hud tak pernah buat apa – apa pinjaman selama ni. Kereta sekarang pun kami beli cash yang secondhand, sebab nak jimat.

Aku sedih sebab Kikis suka ambil kesempatan dekat Hud. Tak fikir ke kami baru nak mula bina hidup kami. Aku yakin ibu bapanya mesti suruh Hud bantu Kikis.

Selama ni pun ibu bapanya memang berharap Hud bantu Kikis sebab adik beradik lain semua dah ada anak. Kami je yang nampak macam tiada masalah kewangan. Tapi sampai bila?

Dah bertahun tahun Kikis ada masalah kewangan, tak pernah selesai.

Harap korang boleh bagi kata-kata semangat dekat aku. Dalam hati aku penuh kebencian dekat Kikis.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *