Si Kuntum Tersakiti

Assalamualaikum. Harap semuanya yang membaca ni sihat belaka.

Saya kuntum, saja nak bercerita atau lebih kepada meluah atau berkongsi perasaan saya.

Saya dah berkahwin dan mempunyai anak anak yang comel dan sihat. Bahagia? Entah laa. Hahaha. Suami tuh pilihan sendiri, bukan dijodohkan.

Macam biasa, sebelum kahwin, memang semua indah-indah kan? Sebab kita tak kenal dia yang sebenar-sebenarya.

Saya berharap dapat seorang lelaki yang macam ayah saya. Maksudnya seorang suami yang sayang pada isteri, menjaga isteri sebaiknya, buat isteri tuh bergantung pada dia.

Walaupon gaduh, tak pernah memaki-maki, kalau gaduh tinggi suara tuh, saya rasa semua orang pon sama.

Tapi pasangan yang saya dapat tuh, jauh panggang dari api dengan ayah saya. Kadang-kadang rasa kecewa. Saya dibesarkan bukan dengan dengar kata-kata makian.

Maksudnya mak ayah saya tak ada memaki-maki sesame sendiri, tak memaki anak-anak dan anak-anak pon tak bole maki adik beradik sendiri. Cakap kau aku pon tak boleh.

Jadi, bila bergaduh dengan pasangan sendiri, bila gaduh benda kecik pon dah maki-maki. Sakit hati teramat.

Mungkin ada yang akan cakap saya over, tapi entah lah. Saya marah macam mana pon, saya tak memaki. Kalau gaduh masih bersaya awak lagi.

Kadang-kadang sedih, sebab kenapa saya tak dapat pasangan yang layan saya macam ayah layan mak saya. Kadang-kadang, apa yang saya nak, kena buat sendiri. Dia tak bagi saya bergantung penuh pada dia.

Nak pergi mana-mana, saya pergi sendiri. Dia jenis malas nak ikot kehendak saya. Saya ni bukan jenis orang yang macam orang-oanrg sekarang yang suka melepak café-café hipster atau tempat viral.

Pernah ajak ke pantai je bawak anak-anak. Dia taknak pergi. Dia lagi suka duduk rumah dari keluar rumah berjalan dengan kami.

Kadang-kadang ada baca, orang yang baik untuk orang yang baik dan sebaliknya. Tapi, bila fikir balik, perangai saya tak macam pasangan saya. Isteri cerminan suami? Suami suka maki, ye. Tapi bukan saya.

Kadang-kadang rasa, aku jahat sangat ke sampai dapat pasangan yang macam tuh. Panas baran, melenting 24jam.

Bab jaga anak pon kadang-kadang jadi isu. Tapi setakat ni, dia tak pernah naik tangan lagi, nafkah pun masih ok. Cuma tulah, perangai baran dia.

Mungkin akan ada yang cakap, kalau saya tak mulakan dulu pergaduhan, mungkin dia ok. Masalahnya dia jenis tegur saya tuh, dengan nada yang tinggi, walaupon benda tu kecik.

Kadang-kadang malas nak layan, saya biar je dia memaki maki sendiri.

Tapi bila dah hilang sabar, saya akan menjawab juga. Jadi, akan tak bertegur selama berbulan-bulan. Dan jangan mimpi dia akan pujuk atau cakap sorry.

Hati saya kosong, tak tahu lah masing ada rasa sayang ke tak. Entah.

Kalau mak ayah saya tahu yang orang lain tak jaga anak dia macam mana dorang jaga, mesti sedih kan. Mak ayah kita jaga kita sehabis baik, dapat kat orang lain, macam sampah dia layan.

Kalau ada yang cakap, cerai je. Dah banyak kali mintak, tapi dia taknak lepaskan.

Nak suruh saya pegi mahkamah? Saya dan pergi, tapi saya surirumah, saya tak ada duit nak buat permohonan cerai. Yang lawyer kerajaan pulak, kena tunggu giliran.

Tiap solat saya selalu doa supaya dia dilembutkan hati, tak panas baran lagi. Tak memaki-maki lagi. Tolong doakan dia ye. Doakan saya jugak supaya kesabaran saya tiada hadnya.

Semoga semua pembaca yang sudi baca cerita ni selalu dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, selalu bahagia, sihat selalu, sentiasa dikelilingi orang-orang yang tersayang. Aamiin.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. pengalaman saya bab cerai. awak pergi ja kaunter mahkamah syariah. isi borang. pastu bayar sikit ja tak sampai seratus. dan tak payah lawyer. sebab saya nak fast track.

  2. Terbaca komen orang tak tahu bagaimana rumahtangga sebab keluarga mungkin kucar-kacir dari kecil.

    Tapi dalam bab bercakap secara sopan, mungkin ada orang tak pernah jumpa ibu, ibu tiri, madu, bapa, bapa tiri semua juga jenis bercakap sopan. Wujud yang begini. Jangan ingat tak ada. Jangan ingat kalau keluarga mereka tak seperti orang lain mereka tak biasa dengar orang cakap sopan.

    Percakapan sopan ni tiada kaitan dengan keluarga bagaimana, ia berkaitan dengan cara bercakap. Keluarga bagaimana pun, kalau tak biasa dengar orang terdekat dengan mereka, walaupun bukan ibu kandung atau bapa kandung bercakap kesat, mereka akan rasa hairan sebab mereka tak tergamak nak luah perkataan kesat kepada orang lain.

    Marah macam mana pun mereka akan cakap dengan cara yang vocabulary meluas takkan sebut kata-kata kesat.

    Jenis yang keluarga cakap berhalus, dengar orang naik suara pun mereka boleh menangis. Betul nasihat pergi pejabat agama.

    Jangan buat sikap screen shot, sebar menyebar dan sebagainya. Lagi satu sikap ialah mencari tahu perkara tak perlu (tajassus) walhal kalau tahu pun tak jadi apa. Hanya untuk sakitkan hati sendiri.

    Saya selalu wonder, orang kalau betul mereka ada urusan, mereka akan pergi ke tempat yang betul seperti pejabat agama atau mahkamah. Kalau mereka tak buat perkara itu maksudnya isu tu mungkin tiada apa sangat. Sebab kalau betul memang ada apa-apa mesti dah lama ambil tindakan.

  3. Cara bercakap ni memang penting sebab apa.
    Kata ganti nama tu mungkin tidak hal sangat (ikut kesesuaian) tapi kalau keluar kata-kata kesat dan memaki.

    Sebenarnya nak fix sikap pemarah mesti mula dengan fix cara bercakap sebab itu perkara kecil boleh jadi besar dengan wujudnya batu api dan adu domba.

    Adakah maksudnya tak boleh tunjuk rasa marah tu. Normal lah orang tunjuk marah takkan penyabar sentiasa. Memang biasa orang marah tapi kita nak tengok jenis melampau-lampau ke, marah tu hal kecil tapi mengamuk bukan main lagi ke, jenis sendiri cari tahu benda takde apa isu kemudian sendiri geram ke, jenis jump to conclusion ke, jenis assuming ke, jenis naratif yang mereka tahu sebenarnya tak tepat tapi nak percaya version dalam kepala mereka ke (imaginary), jenis tokok tambah ke, jenis paling tak boleh terima kalau jenis berdendam.

    Berdendam ni maksudnya kalau mereka ada bergaduh ke atau ada beef dengan orang lain sampai nak tengok orang tu dapat balasan atas doanya makbul.

    Walhal kalau doanya makbul, doalah kebaikan melimpah-ruah datang kepada diri sendiri sebab sikap berdendam ni mereka bukan lega pun bila tengok orang yang mereka nak dapat balasan ke apa.

  4. Ats dnia ni mne blh dpt sume mnde, ad mnd kte dpt ad mnd kte xdpt. That’s life. Bak kata gattuso, “sometimes maybe good, sometimes maybe sheet”

  5. Kalau suka cakap memaki memang tak sekufu dengan orang cakap sopan. Sebab pertuturan sopan ni memang selalunya adalah tabiat ahli keluarga bermula dengan ibu bapa even bila keluarga mereka besar atau ada ibu tiri ke bapa tiri etc.

    Walaupun yang suka memaki lebih alim. Sebab dalam dunia ni kita nak jaga hubungan dengan Allah SWT dan juga dengan manusia. Dan keharmonian keluarga adalah perkara yang penting. Harmoni tu maksud jangan bertengkar depan orang ramai etc.

    Kalau jenis cakap sopan sentiasa boleh baik dengan semua ahli keluarga tidak kisahlah kalau ada apa pun yang berlaku. Anak akan sentiasa digalakkan baik dengan ibu/bapa/extended family even kalau ada apa hal di kemudian hari.

    Saya pernah bertanya dengan orang yang suka memaki dan jawapan mengejutkan diberi ialah perkataan itu adalah nothing jika ia tidak diberikan maksud.

    Maksudnya memang dia tak rasa apa kalau maki hamun orang even gelar orang perkara tidak betul sebab bagi dia ia hanyalah perkataan. Kenapa nak kena sensitif?

    Atau mulut jahat hati baik. There is no such thing. Apa yang keluar dari mulut, itulah yang ada dalam hati. Banyak cara nak sampaikan sesuatu perkara even dalam keadaan sangat marah.

    Kita faham lah kadang-kadang orang bercakap begitu sesama orang mereka biasa, sebaya dan umur lebih kurang.

    Dengan ahli keluarga atau orang yang sentiasa akan maafkan mereka bila bercakap memang mereka boleh buat begitu, tapi itu belum tentu akan berlaku dalam professional setting. Nak bawak ke majlis pun susah takut terlepas cakap merepek depan client atau stakeholders.

    Takkan sebab mulut orang lain semua nak kena tanggung. Takde disiplin bercakap orang kata padahal jaga pertuturan lah perkara paling simple yang boleh dilakukan.

  6. Bila bercakap apa pun tak kisah, means tak kisahlah bila berlaku verbal abuse. Kalau tak kisah pasal verbal abuse, esok lusa tak kisah juga tentang semua type of abuses yang lain. Ia semua bermula dengan percakapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *