Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak beri tajuk apa untuk kisah yang ingin aku kongsikan dekat sini. Semoga berminat untuk membaca kisah aku sampai habis.
Aku sebenarnya sudah lama tak menulis rasanya terakhir kali aku menulis dekat IIUM Confession ini 3-4 tahun yang lalu. Semasa zaman aku masih belajar di ipt. Sekarang aku sudah 24 tahun dan sudah bekerja setelah 3 bulan menganggur.
Untuk pengetahuan aku tinggal di kedah. Sini susah sikit nak cari kerja memandangkan peluang agak terhad.
Habis sahaja aku internship dalam bidang marketing. Aku rasa sangat tertekan sepanjang internship disebabkan ex majikan aku memang perah kudrat aku betul2 dan 24 hours waktu aku untuk kerja. Sampai waktu malam pon ex boss aku kacau waktu aku lagi.
Dan setelah tamat internship, aku pilih untuk break sekejap dalam bidang aku. Dan bekerja part time dalam bidang f&b dan retail.
Hampir 2 tahun jugak aku lari bidang. Aku terlalu selesa dengan apa yang aku buat. Dan pernah terpikir nak terus stay dalam bidang ni. Kerja best, tapi aku selalu sakit sebab banyak buat kerja berat dan waktu balik tak menentu.
Until one day, aku terdetik sampai bila nak kerja macamni? Badan aku dah tak boleh nak terima lagi. Jadi tahun lepas aku terus decide untuk berhenti dalam bidang ini. Dan nak cari kerja office hours.
Aku buat kerja paling gila dimana aku berhenti tanpa backup plan. Bodohnya aku terlalu yakin yang apa yang aku plan aku akan dapat. Aku plan dalam masa sebulan mesti aku dapat kerja dalam bidang aku. Bodohnya aku fikir yang experience yang aku ada membolehkan aku cepat dapat kerja.
Dari sebulan bertukar menjadi sampai 3 bulan aku menganggur. Sampai savings aku terus tinggal nyawa nyawa ikan disebabkan aku membuat keputusan secara melulu. Terlalu ikut perasaan.
Dalam masa 3 bulan tu, aku pergi banyak iv, macam2 company aku pergi dan dari situ aku gain experience macam mana nak jawab semasa dalam iv. Maklumlah dah lama tak pergi iv.
Dari situ aku mula tersedar yang aku ni ikan bilis ja, tak banyak experience. So banyak majikan tak yakin dan tak berminat untuk amek aku as pekerja. Dari situ aku sedar experience sangat penting, bukan sahaja nak attract majikan tapi untuk kegunaan semasa kita nak kerja nanti.
Aku terfikir kenapala aku lari bidang lama sangat. Kenapala dari dulu aku tak cari kerja dalam bidang aku. Sedikit demi sedikit membuat aku rasa menyesal. Tapi aku anggap semua ini adalah pengalaman untuk hidup aku.
Aku pergi banyak iv masa 3 bulan tu, hujan panas pergi sana sini. Aku ada satu kelebihan aku memang petah bercakap, tapi petah bercakap sahaja tak guna, kena ada experience.
Sampaila aku pernah berada pada titik yang terendah dalam hidup aku, masih tak dapat kerja dalam bidang aku. Duit dah habis. Stress duduk rumah jadi jobless. Aku putus asa. Aku menangis dekat Allah mintak petunjuk apa yang aku perlu buat.
Sampai la aku cakap last bulan ni, kalau tak dapat jugak aku kerja balik la dalam bidang f&b atau retail untuk sementara waktu. Aku menangis dan mengadu dekat Allah yang aku betul2 dah penat. Dah tak larat dah nak pergi iv.
Tiba-tiba aku tengok iklan kerja kosong jadi seller dekat kedai baby. Walaupun balik lewat tapi kedai ni dekat ja dengan rumah aku. Jadi aku fikir takpala kerja la dulu sementara. InshaAllah aku akan usaha lagi cari kerja dalam bidang aku selepas ni. Dan aku mula redha.
Tiba hari nak pergi iv dekat kedai tu, aku tengok dari luar kedai tu, ramai jugak calon yang pergi, terdetik dalam hati aku kerja macamni pun susah jugak ka nak dapat hmm…..
Di saat aku ingin melangkah dalam kedai tu tiba-tiba ada orang telefon aku, pada mulanya aku nak ignore sahaja panggilan telefon tu sebab fikir nak masuk iv. Tapi rasa terdetik jugak nak menjawab panggilan, risau penting.
Sejurus menjawab panggilan, aku diajukan dengan soalan Cik masih berminat kerja dengan firma kami?
Ya Allah aku dapat kerja dah Ya Allah. Akhirnya aku dapat jugak. Walaupun aku tak dapat dalam bidang aku tapi aku dapat yang aku nak.
Aku nak kerja office hours, nak cuti 2 hari, nak raya dengan family. Nak rawat insomnia aku. Sebab aku memang ada masalah dgn waktu tidur semenjak kerja shift ni.
Sekarang aku dah nak tamat tempoh probation dengan firma ini. Alhamdulillah kerja dekat tempat baru ni, aku dikurniakan dengan officemate, lawyer dan boss yang sangat baik. Semua sabar dalam memberi tunjuk ajar dekat aku.
Walaupun kerja dalam bidang ni agak mencabar kerana di luar bidang aku dan banyak terms yang aku nak kena hadam tapi aku jadikan ini sebagai pengalaman yang boleh aku gunakan di masa depan. Tak apalah lari bidang lagi.
Mungkin Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita betul2 perlu.
Mungkin ada yang tertanya, aku kan muda lagi kenapa tak merantau dan mencari pekerjaan di area yang lebih banyak peluang pekerjaan?
Untuk pengetahuan Aku anak bongsu dan setelah habis belajar di ipt. Aku memang tinggal dengan mak aku ja.
Adik beradik yang lain banyak yang dah berkahwin dan semua merantau di negeri lain disebabkan permintaan adik beradik yang lain untuk aku tinggal di sini dengan mak sampaila aku berkahwin.
Aku turuti ja memandangkan mak aku pon mintak sebelum aku berkahwin dia nak aku dengan dia tinggal dekat kampung. Sebab ini sahaja masa yang dia ada untuk dia duduk dekat kampung tempat aku membesar, aku anak perempuan faham2 la kenapa kan.
Mula2 aku pernah marah aku fikir aku tak dapat peluang mcm kawan2 aku yang lain, habis belajar terus merantau tapi aku sedar tanggungjawab aku untuk bahagiakan mak aku lagi penting dari impian aku.
Dari situ aku mula redha dan yakin inilah yang paling terbaik untuk aku. Dan inilah yang Allah dah tetapkan untuk aku.
Untuk tengok mak aku gembira duduk di kampung sudah cukup membuat aku turut bahagia. Dan moga aku sentiasa menjadi anak yang baik untuk mak aku.
Kepada semua yang masih mencari kerja, jangan putus asa tau, rezeki ada cuma masanya belum tahu lagi bila. Sabar tau dan yakin dengan perancangan Allah.
Dan setiap apa yang kita nak buat, pastikan kita plan dan fikir dahulu ya. Moga urusan kalian semua sentiasa dipermudahkan.
Serius taktau nak bagi tajuk apa dekat confession aku ni. Hahaha..
Moga ini bukan confession aku yang terakhir.
Assalamualaikum semua.
– Lemon Suam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulilah, bersyukur dapat kerja office hour dan dekat dengan Mak. Terus memberikan yang terbaik di tempat kerja, Yang penting berkat.