Aku di lahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayah sahaja yang bekerja. Atas beberapa faktor mak tak kerja. Aku 3 beradik. Tapi kadang2 masih sempit juga. Kereta pun kereta lama. Rumah buruk. Pernah ada orang rumah PPRT datang rumah aku dan cakap. “Takkan ni je rumah. Teruk sangat. Dhaif sangat2”.
Ada jugak jiran2 pernah datang rumah kami. Dia tengok perabot. “Miskinnye lah. Lame dah perabot ni. Mana ade orang pakai” Aku tahu mak aku menangis malam tu sambil cerita kepada ayah aku. Macam2 hinaan kami terima.
Ada yang cikgu aku marah bila aku datang sekolah dengan kasut koyak. Dia tanya kenapa tak beli baru. Aku senyap kan aje dan aku kena denda. Lepas tu bila cikgu lain dengar cikgu tu tegur, dia panggil aku, kat hujung. Ustazah Siti nama ustazah tu. “Lia, awak ade duit tak beli kasut?” Aku geleng dan dia terus keluarkan duit suruh aku beli kasut baru.
Keadaan masa tu telefon pun tak de. Boleh kata keluarga aku ni paling tersisih dengan saudara mara. Sebab rumah kami buruk. Ada yang masuk rumah kami pakai selipar. Sebab tak nak kaki kena habuk simen yang pecah pecah.
Masa tu aku sekolah pun aku tahu keadaan keluarga macam mana. Rumah bila petang panas sangat sangat. Kipas angin ada satu je kat rumah. Kalau malam mak ayah guna. Siang je aku boleh guna. Aku dah pernah minta. Tapi ayah aku diamkan aje. Pastu aku faham yang ayah aku tak mampu.
Masa raya pun sedih. Baju sehelai je. Baju pakai hari2 susah sangat2 nak ganti. Ayah atau mak takkan beli baru. Melainkan aku merayu sangat2. Masa aku masuk U, tudung ade 2 helai. Tudung hitam dan tudung krim. Baju kurung yang makcik2 aku punya. Bertahi lalat dan fesyen lama.
Masa mula2 masuk U aku jadi segan sebab pakaian aku sangat lusuh. Aku masih ingat roomate aku kutuk pakaian aku macam orang asli pendalaman (maafkan kan aku, tak berniat nak kutuk). Satu demi satu benda orang pandang hina. Pakaian, life style aku. Dulu nak makan pun berkira sangat2.
Masa U ada kawan aku pesan aku belikan makanan. Harga dalam RM20. Lepas tu aku mintak dengan dia duitnya, sebab aku pun tak ada duit. Kemudian, dia pergi sebarkan cerita aku kedekut, makanan berkira walaupun seposen. Dia tak tahu tu jelah duit aku untuk makan sampai last sem. Selepas tu aku dah serik. Aku tak kan ambik pesan kalau kawan aku pesan makanan. Aku cakap jujur tak ada duit dah.
Sampai last, akhirnya aku berjaya jugak graduate. Pointer aku biasa2 sebab aku bukan pelajar yang cemerlang sangat. Tapi aku sangat sangat bersyukur aku mampu hidup walaupun serba kekurangan. Hidup dengan rasa malu dan penuh cercaan.
Sampai sekarang bila ingat balik apa yang aku rasa. Kadang kala air mata jatuh menitik. Nak beli roti harga RM0.80 pun kadang2 tak mampu bila bajet dah habis. Sekarang aku dah kerja dan dah dapat pegang duit sendiri. Aku berjimat sehabis mungkin.
Di bulan Ramadhan ni, bila rasa lapar dan dapat rasa balik macam mana jadi miskin dulu. Aku terkadang menitik air mata. Aku merayu kepada masyarakat kalau nampak orang yang susah. Tolong jangan hina. Bukan mereka malas untuk cari duit.
Budak2 yang pakai selekeh2 kadang2 aku rasa sayu, sebab aku teringat kembali macam mana aku dulu. Moga kita semua dapat menyantuni orang2 miskin dan jangan menghina. Masa aku susah dulu aku tak pernah meminta kat siapa2. Cukup jangan menghina.
Sekian kisah dari aku. Kalau admin rasa ada manfaat silakan post untuk pengajaran.
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit