Salam Malaysia Baru,
Harini aku cuma nk bertanyakan pendapat shj tentang si miskin yang kenyang perut dan si kaya yang kebulur. Aku hanya nk meluah pendapat dan nk dengar pendapat readers sekalian. Sebab tak semua org fikir mcm aku dan tak semua org fikir mcm kau. Jangan risau, aku seorang yang “open minded”, aku akan terima semua dan simpulkan yg terbaik utk diri sendiri.
Aku seorang student, pemimpin yang sedang belajar memimpin, kawan yang busy body dan kecoh orgnya. Kolej tempat aku belajar ada box utk makanan yg didermakan kepada ‘pelajar miskin’. Untuk berkongsi rezeki, dan kat box tu juga ada tulis untuk yg memerlukan boleh ambil mknn ini dan jangan ambil hak org lain. Biasalah kan kalau ada org derma mcm ni.
Tpi menjadi kemusyikalan aku, adakah mknn tu mmg utk pelajar miskin? Mcm mana dgn si kaya tpi haritu dia tiada wang dan sangat lapar dari pagi tak makan? Salah ke kalau dia ambil? Dan aku ada tanya kt member pasal hal ni sbb bagi aku boleh je kalau si kaya tu nk ambil sbb mungkin dia lapar sgt. Tpi member aku ni marah sgt2 (panas baran n cepat melenting) sbb dia ckp mknn tu mmg utk pelajar miskin je. Aku pun balas laa, apa salahnya kalau dia nk ambil, nnti dia sakit? Member pun jawab, dh tu salah dia laa, sapa suruh xbwk duit. Aku pun diam sbb malas nk bertekak. Api tambah api nanti hangus pulak kolej tu. Dan aku pelik, perlu ke tulis mcm tu kalau nk kongsi rezeki?(@ mmg tu dana utk pljr miskin-sorry my bad, im not sure) Aku maksudkan tidak perlu membandingkan taraf seseorang, bagi aku kalau seseorg tu betul2 terdesak n memerlukan boleh amik tak kesah miskin ke kaya. Ye mmg hati manusia lain2, ada je yg kaya n kenyang ambil je.. tpi tu mungkin kesilapan dia.
Aku tulis ni sbb aku pernah melaluinya, aku bukan kaya dan bukan juga miskin, alhamdulillah mampu makan setiap pagi. Setiap hari aku akan bwk bekal , dan akan makan, org mintak aku bagi je sbb aku jenis xkesah berkongsi tpi disebabkan hal tu org igt aku berkemampuan, padahal dyeorg xtahu aku bwk bekal sbb parents bagi duit cukup2 dan duit cukup2 tu aku guna utk beli minyak, aku mmg selalu lapar gila tpi aku mmg bukan jenis meminta mknn kt org sbb aku tahu org tu pun mesti lapar, kalau ada org tawarkan baru aku amik, tu pun sikit je. Sedangkan kawan aku, org susah, tpi hari2 dia kenyang, sbb tu rezeki dia dpt berkongsi mknn dgn kawan2 yg lain (ramai bagi dia mknn). Yes, aku agak cemburu (maafkan aku) sbb masa tu aku ade dpn dyeorg tpi dyeorg tak tawarkan mknn tu utk aku sedangkan time tu aku lapar gila tpi aku tahu tu rezeki dia, rezeki aku lain. In the end, aku teguk air masak dgn rasuk, sendawa jugak aku. Aku kalau ada mknn mmg akan share dgn semua. Sbb mak ckp biarlah sikit, asal semua dpt rasa.
Jadi salah ke kalau org yg mcm aku nk ambil mknn tu? Sbb aku takut salah kalau aku makan sbb hak org lain. Nnti haram jadinya, naya aku. Setakat ni aku xpernah ambil lagi, insyaAllah akan dtg pun xde. Ini hanya keinginan utk mengetahui pendapat korang semua. No hate okay. Sbb kwn aku tegaskan mmg utk pelajar miskin.
– Zizayyy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit