Si Pedo Ustaz dan Guru

Hai semua, first time meluah rasa. Mungkin ada citer susulannya. Maaf jika ayat dan citer berterabur sebab tak reti mengarang. Sebab kan isu pedophilia tengah hangat aku nak citer pasal ni dan mangsanya adalah aku.

Kejadian ni dah lama berlaku 25 tahun yang lepas. 5 tahun kebelakangan ni baru tau. Oo rupanya mende ni dipanggil pedo. Harapnya menjadi panduan dan manfaat kepada pembaca.

Serba sedikit latar belakang aku. Dari kecik dilahirkan tanpa kasih sayang ibu bapa dijaga oleh orang lain. Penjaga aku tu takde suami. Tinggal di kampung.

Tapi hebatnya ayah aku tidak pernah culas bab nafkah. Sekecik2 nilai RM50 setiap bulan hantar pada penjagaku. Weekends mesti datang ambil sebulan sekali. Sangat bersyukur sekurang tak pernah lupa pada aku kan.

Sekarang alhamdulillah kira berjaya lah kot ada kete dah habis bayar, ada rumah. Kerja yang stabil. Saving 1.5k. Boleh bagi makyah dan penjaga sikit dan makan minum sekeluarga. Ok itu sikit2 kisah aku.

Aku tak tau lah kenapa aku target si pedo ni. Aku muka awam biasa2 je. Mungkin diri aku ni dari kecik nampak matured sebab terlebih berdikari dan badan berisi. Dan mungkin tau sebab aku takde sape2 yang akan protect (sedih). Alasan last paling munasabah kan.

Perkara2 yang terjadi pada aku masa kecik mungkin serba sedikit telah membentuk aku pada harini. Orang duk panggil trauma. Aku malas nak ambik port pasal isu trauma aku cuma anggap itu mungkin sebahagian proses hidup aku.

Short story kisah pedo bermula disini. Si pedo ustaz. Aku duk dengan penjaga bab agama tak pernah kurang. Petang aku akan pergi mengaji masa tu masa tu umur 5/6 tahun.

Aku cukup menyirap dengan anak guru mengaji aku (bila besar baru tau benci sebab kurang kasih sayang seorang ayah jadi tak tau perbuatan pedo tu dalah ingatkan nak beri kasih sayang). Bukan main berserban, berjubah tiap kali dia yang ajar mengaji aku dah haru.

Tengah aku duk tunjuk bacaan ngaji dengan gatal lelaki tak sedar diri tu konon kata aku salah bacaan sambil pegang tangan aku. “Sini bacaan awak salah”.

Lupa nak bagitau lelaki ni bujang, dekat kampung selalu bagi ceramah dekat masjid, imam solat jumaat, kira disanjung sebagai ustaz. Geli!!!! Kalau yang lahir 80-90an akan tahu lepas ngaji letak alquran dan rehal simpan dekat rak2 rumah guru mengaji.

Masa aku nak simpan dia datang, masa tu aku orang last ngaji. Dicium pipi aku dengan janggut dan kisai tu terkena. Jijik!!!. Pastu pesan jangan bagitau orang. Sebagai budak kita akan pikir perkara tu biasa kan. Haishhhh. Tapi kalau orang tengok dia memang ustaz gatal. Jelas nampak pada air muka.

Sampai situ je kejadian tu. Kejadian cium pipi berulang 2 kali macam tu. Mangsa seterusnya aku ada dengar jugak tapi tak pasti sejauh mana. Sekarang aku nengok dari jauh je ustaz ni bukak pusat tahfiz, jadi imam, tok kadi negeri. Sampai mati aku takkan maafkan.

Si Guru pedo yang ni dahsyat sikit. Licik dan tersusun. Aku tak tau lah dah pencen beranak pinak ke apa. Last aku tau dah berpindah ke negeri asal dan berkahwin. Aku cuba cari fb ig nya tapi tak jumpa.

Ini pun dasar babi bila diingat. Sehingga bau nafas air liur cikgu tu pun aku masih terngiang2. Mangsa cikgu ni ramai. Aku kena dengan cikgu ni masa umur 8-9 tahun. Berkali2. Mula2 cium pipi. Last2 cium mulut dengan rakusnya macam hollywood.

Cara dia senang. Sekolah tendah kan ada waktu muzik. Haritu dia ujian konon nak test sorang2 murid. Semua murid duk luar aku tak pasti bilik apa waktu tu. Bilik muzik lah kot kan. Masuk sorang dipanggil nama.

Aku dah agak time aku masuk berlaku lah adegan bercumbuan. Habis air liur sampai keluar bibir. Siap pesan sama kes pertama jangan bagitau orang. Budak2 bukan tau apa citer dekat kawan2.

Kejadian seterusnya bilik stor sukan. Pandai ya tak suruh budak lain simpan barang. Suruh aku pergi simpan sorang. Dulu2 sukan takde seperate laki perempuan kan. Jadi lagi dekat bilik stor.

Lepas tu ingat tak dulu ada bilik kertas macam a4 tapi warna kertas macam kuning coklat gitu. Suruh aku pergi ambik kira 30 kot lupa dah angka. Bilik ftostat tu macam stor kan. Dia datang terbantut nak kira bercium lagi. Nasib aku baik takde pegang bre**t atau r@g*l. Hanya bercium sahaja.

Letihh sampai lah murid2 darjah 6 tau diorang pandai membawang kan. Aku kan tak berahsia. Budak 8 tahun tak pandai simpan rahsia. Pastu cg ni cg badan uniform. Dan2 ya buat perkhemahan bagi mengaburi perbuatan keji nya. Budak 8 tahun boleh join ya.

Omg bodohnya aku tak tau apa2 kan. Aku boleh join free. Mungkin time tu semua free. Waktu perkhemahan tu kan dekat sekolah je. Tido dalam kelas je. Ya2 je kan aku dalam group cikgu tu. Macam biasa ada night walk kan. Tutup mata pastu akan diletakkan mana2 tempat dalam sekolah dalam waktu sejam 2 gitu.

Pastu ada lah budak darjah 6 mengusik gitu. Disebabkan aku kumpulan cikgu tu. Pandai dia sorokkan aku tempat tersembunyi. Apa yang aku boleh katakan cikgu ji sangat romantik. Masa tu tak tau lah dia romantik ke apa kan. Jalan tutup mata tu pegang tangan aku. “Hati2 ada kayu langkah elok3.”. Contoh ayat.

Lepas dah diletakkan semua ahli group dekat tempat tertentu. Aku boleh dengar dan cam cikgu tu berjalan sebab seluar bergesel. Seluar jenis macam plastik tu. Datang menghampiri aku.

Aku kena sorok dekat belakang tandas. Memang takde sape kena sorok situ sebab cikgu pun pandai tempat mana boleh tempat mana tak boleh dah pesan siap2 dekat ketua kumpulan lain kan.

Duduklah dia menemani aku. Siap tanya aku. “Takut tak? Takyah takut cg ada”. Pastu dia tanya kenapa bagitau orang pasal cikgu cium. Pastu dia kata ni last dia cium aku lepas ni takde.

Habis je malam tu memang betul2 takde tapi dia siap dendam ngan aku weyy. Dendam macam ignore je aku dekat sekolah bukan buat benda bukan2. Tapi alhamdulillah habis episod pedo aku. Sampai mati pun aku takkan maafkan jugak.

Sekarang ni aku sangat takut kalau jd pada anak2 aku pulak. Nauzubillah simpang malaikat maut 44. Pastu kan hati2 lah time raya/ family gathering Orang terdekat pun tak leh dipercayai.

Lagi2 orang tua yang jenis salam pastu jari telunjuk duk garu2 tapak tangan kita. Euwwwww. Pastu peluk cium tepuk2 kuat belakang. Pastu jenis pacik yang suka gesel janggut atau kisai lepas cukur tu dekat pipi anak2. Geliiii!!!!

So, aku nak mintak parents tolonglah alert anak2 sekolah rendah tak boleh nak defend diri sendiri. Something wrong bila cikgu ajak anak2 tido dekat rumah. Anak lelaki atau perempuan sekarang dah tak selamat.

Dengar lah cakap anak2. Aduan anak2. Siasat aduan dan lapor pada polis. Ada hari rajin insha allah aku citer kisah sedih hidup aku sedari kecil. Sob2. Doakan aku kuat seperti son goku untuk menempuhi hidup ini. Terima kasih sudi membaca.

– Cicit Goku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *