Kejadian yg berlaku di KLCC banyak stigma yg aku baca dan dengar. Di Facebook, di Twitter. Ya sebenarnya aku cuba utk tidak membaca komen2 netizen ini tapi sikap ingin tahu aku memuncak sebab aku lihat kerja keras dari pelbagai pihak utk menyebarkan tentang bahaya nya DEPRESI.
MIASAMalaysia, DrAmerSiddiqPsy, BefriendersKL Mereka berusaha keras dalam menyampaikan kepada semua rakyat Malaysia dan netizen tentang Mental Illness ini. AimanPsikologis bersusah payah mengadakan Kempen Kesedaran Mental untuk membuat masyarakat sedar tentang ” Depresi”
Aku dan semua Pejuang Kesihatan Mental amat berterima kasih atas usaha keras mereka.. Tapi masyarakat seolah tak ambil peduli tentang ini. Kami tidak meminta simpati sesiapa, kami tidak meminta kalian untuk memahami kami cukup sekedar mempunyai Empati terhadap diri kami
Kami tidak pernah meminta untuk sakit sebegini. Tiap hari kami berjuang melawan sakit di dalam diri kami sendiri. Setiap hari kami membenci diri kami sendiri kerana sakit ini yang menyiksa hidup kami. Setiap hari kami menderita kerana kejadian yang menimpa diri kami.
Setiap hari kami menghukum diri kami sendiri dengan kesalaham yang bahkan bukan dari kami. Kerana kami benar2 sakit dan tersiksa. Terlalu perit utk kami tahan sehingga itu terjadi nya SELF HARM kerana di dalam ini terlalu sakit utk menahan lalu kami pindah kan sakit ini ke luar
Supaya sakit di dalam boleh sedikit berkurang. Bukan mahu kan perhatian tapi sakit di dalam dah tak mampu kami tanggung. Tapi disebabkan tindakan itu yang kami ambil kamu semua mula berkata yang kami “Attention Seekers “dan “Kenapa tak kelar bagi mati terus”.
Sakit yang kami lalui dan perit yang kami rasai ditambah dengan stigma masyarakat yang sebegitu. Penderitaan kian bertambah dan kelakuan kami tak mampu di kawal jadi kami ambil keputusan utk MATI ya jika aku MATI sakit ini akan hilang.. Stigma itu akan pergi
Sedang aku berdiri di tempat tinggi yg sebenarnya tempat yg aku paling takuti tapi kerana sakit yang aku rasai takut itu hilang.. Dalam fikiranku aku hanya perlu terjun dan semua ini berakhir. Tapi di akhir saat2 aku. Terdetik di hati aku hanya aku masih punya ALLAH
Ya hanya itu yg tersisa jadi niat itu terpaksa aku batalkan kerana aku telah sekse didunia aku benar2 ingin KE SYURGA. Aku tahu angan2 ku terlalu jauh dengan sakit yang aku hadapi aku tak dapat lari dari melakukan SELF HARM lagi kerana sesungguhnya kadang2 aku benar2 tidak mampu
Mengawal tindakan aku. Mesti semua bertanya hanya Allah yg aku fikir kan sewaktu aku ingin membunuh diri ini, Kemana pergi semua Keluarga kau ? Kau tak fikir kan mereka?
Setiap hari aku memikir kan mereka setiap detik dan saat. Aku terlalu menyayangi mereka kerana terlalu sayang aku menghukum diri aku sendiri atas kesalahan meraka
Di pukul oleh ayah yang benar2 aku sayang tanpa sebab. Getah paip ? Rotan ? Disepak ? Ditampar ?Itu biasa kerana dengan BESI pun sudah biasa. Aku sendiri menahan sakit itu sendiri.
Ada yang tanya mengapa tak kau mengadu pada ibumu ? Itu hanya sia2 sebab tiada sesiapa yang akan percaya wlaupun ibu ku sendiri yang lebih percaya pada ayah katanya aku tidak mendengar kata
Sedangkan aku tidak pernah melawan kata mereka mahupun meninggi suara. Tapi aku masih diam dan bertahan aku terus berusaha melakukan segala yang mereka minta kerana aku benar2 ingin mereka sedar akan kewujudan aku ANAK mereka dan berharap satu hari nanti mereka akan syg padaku
Walau sehabis baik mana pun aku lakukan aku tak mampu memenangi hati mereka. Cacian makian jadi nyanyian di telinga aku setiap hari. Tapi tak mengapa aku masih sayang mereka. Sesakit bagaimana pun ayah memukulku ibu memaki dan memarahi aku. Aku bertahan.
Ibu berkata pda semua saudara tentang aku memburukkan aku sampai semua makcik aku memandang serong padaku dan memperlukan aku seburuk2 nya. Tapi aku masih bertahan kerana dia IBU ku.. Salah kah aku ingin kan syurga yang terletak pda redha seorang ibu
Aku telah cuba sehabis mampu ku utk menjadi ANAK yang terbaik utk mereka.. Akhirnya aku menyalahkan diriku sendiri mungkin aku belum benar2 sempurna. Aku hilang pertimbangan akan kah aku ke NEREKA kerana ibu ku tidak benar2 redha dan suka pada aku.
Tidak cukup dengan itu aku pernah beberapa kali hadapi kejadian hampir DINODA. Ya dengan sepupu aku sendiri.. Trauma itu masih aku rasa sampai sekarang ini dan aku tidak mampu memberitahu sesiapa kerana tiada yang akan percaya
Dan aku juga tidak mahu ibu dan ayah terus membenci kerana hal itu jdi disebabkan anak buah mereka sendiri.. Penderitaan aku bertambah dan aku berseorangan
Aku bercerita bukan untuk menarik perhatian sesiapa dan sebenarnya aku mengunakan seluruh kekuatan aku untuk menulis ini bukan kerana perhatian tapi hanya ingin kalian tahu setiap PEJUANG seperti kami ada cerita tersendiri mengapa kami jadi begini.. Dan ini bukan pilihan kami
Dan kami redha atas ujian yg Allah berikan buat kami. Kami tidak mengharap apa2 dari kalian cuma EMPATI supaya penderitan kami tidak lagi bertambah dengan stigma masyarakat dan netizen
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca thread ini sy harap ramai2 share supaya dapat memberi kesedaran pada meraka yang melemparkan stigma.
Sekian dari saya..
Si Pejuang, (Major Deppressive Disorder, Persistant Deppressive Disorder dan Generalized Anxiety Disorder)
– Unknown
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit