Assalamualaikum admin iium confession..
Terima kasih kerana sudi menyiarkan luahan ini.
Luahan ini adalah bertujuan untuk memujuk hati saya sendiri dan mendapat sokongan untuk keluar daripada kemurungan yang telah saya alami sejak 2tahun yg lalu.
Saya merupakan seorang wanita yg berumur 26 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum ini saya merupakan seorang pelajar cemerlang, aktif ,periang di rumah dan agak pendiam dalam kalangan kawan sekelas kerana sifat saya yang agak pemalu. Saya tidak pernah dibiasakan oleh keluarga untuk melihat pertengkaran walaupun kecil dan jarang sekali marah dalam kalangan rakan sebaya. Boleh dikatakan mereka tidak pernah melihat saya dalam keadaan marah. Saya juga merupakan seorang yg pemaaf. Bagi saya setiap org akan melakukan kesilapan dalam hidupnya dan layak untuk diberi peluang berkali-kali sehingga akhir hayatnya.
Namun kini saya berubah menjadi seorang yg pemarah. Saya sedang bergelut dengan satu perasaan di mana saya harus memaafkan orang sekeliling dan diri saya sendiri. Dan kemarahan itu saya luahkan dengan tangisan. Setiap hari zikir di lidah dan hati saya ungkapkan namun gangguan daripada syaitan kadangkala menguasai diri saya. Dalam satu keadaan saya akan hilang dari kesibukan dunia. Apa yg saya rasa hanyalah tekanan yg terlalu kuat semata mata sehingga menyebabkan saya terlalu letih dan tidak dapat menyelesaikan tugas sebagai seorang ibu dan isteri dengan sempurna.
Saya kerap melakukan kesalahan bodoh seprti lupa di mana meletakkan kunci, tidak dapat menyusun barang dengan baik, tidak peka dan tidak terurus. Bagi saya tiada apa lagi yg ibu bapa dapat banggakan dengan saya. Saya rasa tidak layak untuk bergelar seorg isteri. Yang saya tahu saya rasa seperti seorg pekerja yg diletakkan di sebuah tempat dimana saya perlu ikut rentak semua orang di dalamnya.
Saya tahu apa yang saya fikirkan adalah salah. Tetapi saya tetap menerima tekanan apabila mendengar pertengkaran, dimarah atas kesalahan kecil berkali kali. Saya rasa sedih. Sangat sedih. Bagi saya punca utama terjadinya kemurungan ini adalah pada waktu saya sedang sarat mengandung suami saya selalu mencari peluang untuk bermesej dengan kawan kawan perempuannya. Sejak awal perkahwinan lagi saya telah memaafkan beliau kerana saya yakin satu hati nanti dia pasti berubah menjadi seorang lelaki yg soleh.
Namun sehingga saya melahirkan anak dia masih melakukan perkara yang sama. Pada satu tahap diri saya hilang kawalan dan menjerit seperti orang gila. Perasaan sedih seakan akan tidak dapat dibendung lagi. Saya meminta suami saya untuk menceraikan saya namun dia masih sayangkan saya. Namun hati ini telah parah. Terasa seperti ditikam berkali kali.
Sehinggalah pada saat ini suami saya telah berubah ke arah kebaikan namun kini saya tidak dapat mengawal perasaan saya apabila saya berhadapan dengan situasi pertengkaran. Saya hilang. Saya hilang darpada dunia seorang ibu dan isteri. Apa yg saya rasa kini hanyalah tekanan kuat dalam diri. Hilang keyakinan dan selalu bersedih. Kini suami selalu memberi semangat. Tapi dalam memberi semangat itu terkadang terkeluar kemarahan dan ego nya sebagai seorang lelaki. Dan saya akan terus bersedih merasakan tiada guna nya lagi menjadi seorang isteri. Saya menangis sekuat hati sehingga sakit segala isi. Menggigil tubuh ini menahankan emosi. Kuatnya ujian ini bagi saya.
Saya tahu. Saya perlu suburkan hati dengan kesyukuran. Namun setiap kali saya mengalami tekanan tersebut saya akan hilang. Saya tergamam memikirkan pengorbanan saya melahirkan dan memaafkan disiakan begitu sahaja. Kini suami telah menjadi semakin baik dan saya sedang melawan perasaan untuk melupakan segala keburukan.
Saya tahu Allah adalah tempat untuk mengadu. Saya tahu Allah sahaja yang mampu memulihkan hati saya. Saya perlu usaha lebih lagi untuk keluar daripada kemurungan ini.
Saya manusia yang penuh dengan kesilapan. Saya ingin kembali menjadi seorang isteri yang solehah yang sentiasa mendoakan suaminya. Saya rasa berdosa. Saya rasa jahat dan kejam kerana dengan keadaan kemurungan ini telah memberi kesan yang tidak baik terhadap orang sekeliling terutamanya keluarga terdekat.
Saya cemburu melihat isteri solehah yg meletakkan niqab di atas mukanya,berjalan penuh keyakinan. Tak mengharapkan apa apa daripada manusia. Hanya Allah tempat bergantung semata mata. Saya cemburu melihat kekuatan seorang wanita yang bergelar suri rumah. Saya cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga.
Kini saya ingin bangun melawan segala hasutan syaitan. Kini saya ingin keluar daripada segala kemurungan dan ingin menjadi seorang isteri solehah yg sentiasa memaafkan dan memberi pedoman. Saya tahu ramai yang mengalami situasi ini tapi.tak terungkap dengan luahan kata kata apa yang dilaluinya.
Terima kasih kepada pembaca. Saya mengharapkan secebis doa daripada kalian supaya hati ini kembali kuat dan teguh apabila diuji. Sokongan dan pemahaman amat diperlukan pada saat ini.
Semoga kita menjadi umat yg kuat diakhir zaman ini.
– Intan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit